Lagu berhantu dari band legenda British, Queen, ini telah berusia 44 tahun semenjak ia diterbitkan pertama kali pada 31 Oktober 1975. Tajuk lagu legenda ini juga telah dijadikan tajuk filem biografi vokalis Queen, Freddie Mercury. Walaupun mengundang pelbagai reaksi sewaktu diperdengarkan kepada pendengar pra-dengar, lagu ini berjaya menduduki tangga pertama carta lagu United Kingdom pada tahun 1976.
Malah, lagu ini berada di tempat ketiga single paling laris di UK sepanjang zaman di belakang lagu Candle in the Wind oleh Elton John, dan lagu Do They Its Christmas oleh Band Aid.
Cukup dengan pengenalan tentang kejayaan lagu yang juga dikenali sebagai Bo-Rhap di kalangan peminat Queen ini, jom kita baca 10 fakta tentang lagu Bohemian Rhapsody ini.
1.Freddie Mercury mula menulisnya pada tahun 1968. Lagu ini mula ditulis oleh Freddy semasa belajar di Kolej Ealing Art di London. Lirik pertama yang ditulis ialah Mama, just killed a man tanpa melodi. Dia sedang memikirkan tentang Old West semasa menulis lirik, jadi dia menamakan lirik yang belum selesai pada waktu itu sebagai The Cowboy Song.
2.Bohemian Rhapsody menduduki tempat pertama carta UK Single Chart selama 9 minggu berturut-turut sehingga penghujung tahun 1975.
3. Scaramouche yang disebut di dalam lirik lagu ini adalah watak dalam komik Dell Arte, badut yang selalu berjaya terlepas dari situasi sukar. Badut ini seringkali menemukan penyelesaian kepada situasi sulit, tapi dengan mengorbankan orang lain.
4. Lagu ini diperdengarkan buat pertama kalinya di radio oleh pelakon komedi Kenny Everett, yang juga seorang DJ di Capital Radio. Pada mulanya dia merasakan durasi lagu itu terlalu panjang, tetapi setelah mendengarnya pada kali pertama, lagu ia terus mencuri hatinya.
5. EMI pada mulanya cuba untuk memotong durasi lagu ini ke durasi yang lebih pendek. Tapi dibantah keras oleh Queen. Kekalkan durasinya atau tidak menerbitkannya sama sekali, itu kata dua yang pernah diberikan oleh Roger Taylor, drummer kumpulan Queen.
Foto: Carian internet
6. 70 jam diperlukan untuk menghasilkan bahagian opera pada lagu ini.
7. Freddie Mercury menulis lagu ini pada buku telefon dan kepingan-kepingan kertas, menyukarkan anggota Queen yang lain untuk memahami lagu ini pada mulanya.
8.180 overdub diperlukan untuk menyiapkan lagu. 180 overdub adalah sesuatu yang sangat luar biasa. Tapi berbaloi kerana lagu ini menjadi hit sepanjang zaman.
9. Lagu ini diterbitkan semula dalam album These Are The Days of Our Lives setelah kematian Freddie Mercury pada 1991. Ia berjaya mencipta satu lagi fenomena dan menduduki carta pertama pada waktu itu.
10.Persoalan paling penting yang sering ditimbulkan pendengar, apakah makna lagu ini? Jawapan penciptanya, Freddie Mercury, ia boleh jadi apa-apa saja, terpulang kepada anda". - CARI
Post time 18-2-2019 04:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
intro dia sangat panjang. tapi lama2 dengar its not that rengsa anymore hahaha. iol suka bila start mama part tu. Sedap lagu ni. Freddie betul2 music genius. We will rock u, budak zaman 80-90’s mana yg tak penah dengar? Even ke ceruk2 kampung pun tahu
Post time 18-2-2019 10:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
supernaturalee: so...sape2 blh bg sinopsisatau ape sj yg korang faham ttg lagu bo-rhap nieh...mcm xsedap je bunyi singkatan tuseriously, queen's fan?
Sebenarnya populariti lagu Bohemian Rhapsody dah sendu, tp dihidupkan semula pd era 90an apabila filem "Wayne's World" mainkannya dlm scene kereta yg ikonik.
Galileo tu siapa tak sing along memang i tak tau lah nak kata apa haha! I suka this song, the movie is good and I paling suka yang rock part dalam lagu ni "so you think you can spit in my eye"~~
I pun suka lagu-lagu you mention tu and radio gaga, another bites the dust, somebody to love, we are the champion, we will rock you argggghhhhh bestttttttttttttt
penah baca.. hanya queen member saja tahu lagu neh pasal apa.ramai speku lagu neh pasal freddie open up psl sexualiti tapi manager diorg pun denied.queen member pun sgt protective dan berhati-hati kalu berckp psl lagu neh.kalau pasal sexual orientation dia tak payah beriya nafi sgt la sampai skrg la.aku punya interpretation lagu neh memula ..ada kena mengena dgn chillhood dia.satu tragedi telah berlaku tapi tak tau apa dia.bila aku tgk filem BR aku dapat rase awkwardness dan tense antara dia dgn bapk dia.biasanya ank2 mmg rebel terhadap parents.tapi freddie ngn bapak dia lain mcm je.
aku speku dia penah kena sexual abused oleh family member ..mungkin bapak dia.the last part of the song mcm nak kata' aku penah kena betrayed oleh org yg sepatutnya sayang dan protect aku'tapi aku survived.so ko pun nak tinggalkan aku?'mungkin part tu ditujukan pada acik mary atau gay lover dia masa tu.mungkin la..mungkin...aku speku je.
Post time 17-3-2019 05:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Start suka the queen bila dgr lagu i was born to love u tu haaa..baru start we will rock u n we r the champion..suka tgk iv dia..sejenis klako gak orgnye