View: 1976|Reply: 5
|
Mulut Bau Lipas, Salah Picit Ubat Gigi Jadi Punca Cerai
[Copy link]
|
|
Antara alasan remeh pasangan suami isteri menuntut cerai adalah badan bau lipas, salah picit ubat gigi, tidak pandai gosok baju dan ‘mulut bau longkang’.
Ada yang masih gagal mencari persefahaman walaupun ada yang lebih 20 tahun berkahwin.
Kaunselor Berdaftar Hushim Salleh berkata kepada Harian Metro,
“Pasangan pertama ini mahu berpisah selepas isteri mendakwa badan suaminya berbau lipas dan kerana itu, wanita berkenaan enggan membiarkan dia ‘digauli’ suami sejak empat tahun lalu.
“Akibatnya, lelaki terbabit terpaksa ‘berpuasa’ sepanjang tempoh berkenaan. Pelbagai usaha dilakukan namun si isteri tetap mahu berpisah. Pasangan ini sudah lima tahun berkahwin dan dikurniakan seorang anak.”
Foto: Harian Metro
Ada kes lain, si isteri tuntut cerai kerana bengang dengan sikap suami kerana kerap memicit ubat gigi sebarangan.
“Wanita berkenaan memicit ubat gigi daripada bawah dan berharap suaminya akan melakukan kaedah sama namun sebaliknya yang berlaku sejak mereka berkahwin enam tahun lalu."
Kes ketiga melibatkan seorang eksekutif mahu menceraikan isteri kerana mendakwa wanita berkenaan tidak pandai menggosok baju.
“Wanita itu suri rumah dan sering dimarahi suaminya kerana lelaki berkenaan bukan saja teliti, malah dia mahukan kesempurnaan.
“Pasangan itu berusia 40-an dan dikurniakan tujuh anak. Suami mendakwa, isterinya gagal menggosok baju dengan kemas sebaliknya penuh dengan kesalahan seperti garisan tidak lurus.
“Lelaki terbabit bertegas mahu bercerai namun isterinya memujuk kerana mereka sudah lebih 20 tahun berkahwin selain berjanji akan mencuba untuk memperbaiki kekurangan berkenaan."
Kes keempat, si isteri tuntut cerai kerana mulut suaminya berbau lipas.
“Wanita itu mengatakan sudah banyak kali menegur suaminya sepanjang tempoh 10 tahun perkahwinan namun lelaki terbabit tidak mengendahkannya sehingga ia membawa kepada bibit perceraian.” -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Anak ramai bukan ukuran seseorang utk jadi matang..buat anak ja pandai..sila cari bini yg kja kdai dobi..bini bkn maid oiii |
|
|
|
|
|
|
|
aku setuju kata kau, buat anak pandai tp tunaikan tanggungjawab tak pandai
|
|
|
|
|
|
|
|
badan bau lipas tu jangan kan suami, opismate i ada sorang bau kepam lipas pon i sound ok (tapi cakap baik2 la)
bau rokok pon i tak boleh tahan
sampai kn budak2 laki opis i sediakan perfume dlm drawer mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
lee_sakura replied at 18-2-2019 04:54 PM
aku setuju kata kau, buat anak pandai tp tunaikan tanggungjawab tak pandai
Aku tefikir jgk dia ni bini tak complaint ke tau tabur benih je ank smpai 7..buat malu kaum ja |
|
|
|
|
|
|
|
Senang ke bercerai klu kes kecik2 mcm tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|