CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4249|Reply: 4

5 Jenis Lawatan Pelancongan Paling Bahaya Di Dunia

[Copy link]
Post time 18-2-2019 05:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by hanglipolopo at 18-2-2019 05:03 PM


5. Lawatan kilat - Venezuela
Kilat adalah salah satu fenomena semulajadi yang paling indah yang wujud secara semulajadi. Setiap hari, cahaya luar biasa ini membuatkan kita terpesona dan takut dalam masa yang sama.
Namun, "pertunjukan cahaya" ini tidak seperti apa yang dapat disaksikan di Venezuela di kawasan di mana Sungai Catatumbo bertemu Lake Maracaibo, iaitu sebuah tempat misteri yang dikenali sebagai ibu negara kilat dunia secara tak rasmi dan rumah kepada "ribut yang kekal".
Di sini, lawatan berbahaya disediakan untuk membawa para pelancong bersiar-siar ke kampung-kampung tempatan, safari malam untuk melihat buaya, ular, dan burung, peluang untuk melihat beberapa ikan lumba-lumba, sudah tentu acara utama iaitu melihat kilat bersabung.
Adalah sangat mudah untuk terleka dalam keseronokan menyaksikan sesuatu yang istimewa dan terlupa akan bahaya yang mendatang tanpa amaran.
Kilat diketahui mampu untuk memancar berkilometer jauhnya dan lawatan ini diadakan di "pusat kilat", iaitu di bandar Maracaibo yang mengalami sabungan kilat sebanyak 1,000 kali setiap jam.
Walau bagaimanapun, petir bukanlah satu-satunya fenomena cuaca yang sudah biasa dirasai oleh penduduk Maracaibo, tetapi juga ribut petir dan taufan.
Angin taufan berlaku melalui ribut petir dan dengan 260 hari yang disertai kilat setiap tahun, peluang untuk berlakunya angin taufan sangat tinggi.
Badai tidak menentu dan boleh beralih arah dalam masa kurang daripada seminit yang boleh membunuh ratusan malahan ribuan orang sekaligus.


4. Lawatan puting beliung
Dengan populariti yang semakin meningkat disebabkan oleh Chasters Storm Discovery Channel, lawatan puting beliung telah menjadi perniagaan yang berkembang pesat.
Setiap tahun, peminat cuaca yang melampau berpusu-pusu ke Tornado Alley di Amerika Syarikat dengan harapan dapat mencapai impian mereka untuk menyaksikan "karya seni" yang paling merosakkan alam semulajadi.
Tornado Alley adalah kawasan di tengah-tengah Amerika Syarikat, yang dinamakan bersempena kekerapan puting beliung yang berlaku disebabkan oleh udara kering dari kedua-dua Kanada dan Mexico Plateau, bertembung dengan udara lembap dari Teluk Mexico untuk menghasilkan situasi terbaik dalam mewujudkan ribut petir dan puting beliung.
Lawatan puting beliung direka untuk membawa para pelancong merasai pengalaman sekali seumur hidup, namun ia tak akan berlaku tanpa risiko yang tersangat berbahaya
Disebabkan permintaan yang semakin meningkat terhadap lawatan seperti ini, lebih daripada sedozen syarikat telah wujud dalam 20 tahun yang lalu, menambah jumlah kenderaan di jalan raya, meningkatkan kesesakan dan meletakkan penumpang dan pemburu ribut dalam situasi yang sangat berbahaya.
Perkara ini sangat dibimbangkan oleh pakar dan penguatkuasa undang-undang tempatan.
Syarikat-syarikat pelancongan mempunyai penekanan yang kuat terhadap keselamatan, tetapi para profesional yang paling berpengalaman sendiri boleh berhadapan dengan bahaya yang tak dapat dijangka.
Seperti dalam insiden yang berlaku pada tahun 2013, 3 pelancong di Oklahoma dan 3 lai di Texas ketika ribut tahun 2017. Tiada amaran keselamatan jika puting beliung berubah arah dengan tiba-tiba.

3. Lawatan bot lava gunung berapi
Melihat lava mengalir adalah salah merupakan sat pemandangan yang sangat memuaskan dan dapat melihatnya mengalir ke laut secara dekat pastinya menarik perhatian sesiapa sahaka.
Di Hawaii, terdapat pelancongan bot lava yang akan membawa anda cukup dekat untuk mendengar dan merasai panas lava itu ketika ia mengalir ke laut lalu menyejuk.
Pelancongan ini sangat menarik tetapi juga mempunyai risiko tersendiri yang tidak dapat dijangka oleh semua orang.
Semua orang tahu bahawa lava adalah berbahaya dan adalah satu tindakan yang kurang cerdik untuk berada dalam jarak yang sangat dekat dengan cecair yang mampu membunuh ini.
Berada di atas kapal ketika mana ia kemalangan boleh berlaku bukanlah sesuatu yang diinginkan dan kejadian ini pernah berlaku.
Pada Julai 2018, satu letupan telah melepaskan batu lebur menghujani sebuah bot dan mencederakan 23 pelancong apabila ia masuk ke dalam bot melalui bumbung yang cair.
Walaupun kejadian berbahaya ini berlaku, syarikat pelancongan tersebut meneruskan perkhidmatan mereka namun berpegang kepada dasar yang dipinda oleh Pengawal Pantai.




2.  Lawatan medan perang
Lawatan ke zon perang membawa mereka yang sukakan cabaran ke tahap yang lebih tinggi dengan ekspedisi bersiar-siar yang membahayakan nyawa melalui destinasi yang masih atau pernah menjadi medan perang.
Pelancong dapat menyaksikan kesan peperangan secara langsung kesan, termasuk aksi dan letupan langsung di beberapa tempat.
Dengan lawatan seperti ini ditawarkan banyak kawasan yang berbeza, termasuk Iraq, Mexico, dan Afrika, peluang untuk anda merasai pengalaman ini ada di mana-mana.
Sebuah syarikat yang dikenali sebagai War Zone Tours (WZT) telah mengadakan lawatan di lebih dari 50 negara yang berbeza sejak ia ditubuhkan pada tahun 1993.
Semua lawatan dibangunkan dan dirancang khusus untuk pengalaman yang anda inginkan dan diketuai oleh pemandu pelancong yang profesional dan terlatih.
Walau bagaimanapun, ini tidak banyak membantu apabila ia melibatkan peluru berpandu, seperti dalam kejadian pada tahun 2016 di mana 8 pelancong hampir terbunuh apabila bas mereka dihentam oleh roket di Afghanistan.
Kebanyakan lawatan ini diadakan di mana kawasan yang sangat tidak disarankan untuk pelancongan.

1. Bungee Jumping di kawasan dipenuhi buaya
Lompat bungee adalah sejenis sukan ekstrem yang sangat popular, tetapi ia adalah satu perkara yang berbeza apabila anda terjun ke dari ketinggian 111 meter ke arah perairan yang dipenuhi dengan buaya dalam keadaan kaki terikat.
Di Jambatan Victoria Falls di antara Zimbabwe dan Zambia, pengalaman dahsyat dan membahayakan ini ditawarkan, tetapi anda perlu berhadapan dengan risiko yang sangat tinggi.
Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja walaupun terdapat langkah-langkah keselamatan. Tiada siapa yang mahu membayar wang untuk mencari nahas, apatah lagi jika tali tersebut putus.
Namun itulah yang berlaku kepada seorang wanita Australia bernama Erin Langworthy ketika percutiannya pada Tahun Baru 2011.
Nasib baik, dia hanya cedera ringan walaupun terpaksa berenang dalam keadaan kaki terikat dan terpaksa membuang tali tersebut apabila ia tersangkut pada batu.
Pengalaman ini memang kedengaran seperti mengujakan tetapi ia juga boleh meragut nyawa.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2019 12:15 AM | Show all posts
menarik yang no 1 ngan 2 tu.. ai sanggup pergi
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 12:18 PM | Show all posts
Mereka yang suka benda2 extreme je suka buat aktiviti sebegitu
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
No 1 and 3 je aku sanggup kot
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 06:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih saja lah. Iols cukup setakat tengok gambar jah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.077412 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list