Bagi mereka yang suka dengan resipi dan masakan, pastinya kenal dengan Insta Famous cilik ini, Danish Harraz yang baru berusia 11 tahun tetapi sudah banyak berkongsi resepi dengan pengikutnya di laman media sosial. Ramai netizen memuji kebaikan Danish yang memudahkan kerja di dapur.
Bagaimanapun, apabila ada ahli politik yang memberi komen bahawa Danish telah membazirkan bakatnya dengan membuat resepi marhein, ramai netizen marah! Ini kerana ahli politik tersebut, Louis Liaw tidak tahu menahu pun niat Danish serta kerja amalnya, namun pandai-pandai pula memberi komen tidak sewajarnya.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: IG
Menurut Carmen lagi, dia pernah berbual dengan ibu Danish dan mereka tahu yang terbaik untuknya kerana Danish adalah satu-satunya anak mereka. Apabila kanak-kanak ini suka berkongsi resepi dan memasak serta mengispirasikan ramai orang, ia sudah cukup menggembirakannya. Netizen juga berpendapat pendapat Liaw itu kerana mahu tunjuk pandai.
Kredit foto: Twitter
Masalah berlaku apabila Liaw sendiri tidak tahu menahu mengenai bidang kulinari lalu meminta Danish menyambung belajar dalam bidang tersebut, sedangkan Danish masih lagi kanak-kanak. Ucapan tersebut berbau angkuh malahan menghina makanan yang dimasak oleh Danish sebagai marhein sedangkan makanan tersebut lah yang lebih sedap daripada makanan lain.
Bagaimanapun, setelah mendapat kritikan, Liaw akhirnya memadam statusnya. Namun dia masih mendapat kecaman kerana memandai-mandai mereka cerita, malahan kelemahannya yang tidak pernah terbabit dalam kerja amal juga mendapat perhatian.
Antara kerja amal yang dilakukan oleh Danish
Akhirnya Danish bersuara meredakan keadaan dengan menyatakan yang niatnya mahu menolong ibu yang sibuk. Dia juga mahu menjadikan dirinya sebagai inspirasi kepada orang lain yang sebenarnya boleh memasak juga. Apatah lagi Danish sendiri telah membantu ramai orang dengan resepinya.
Kredit foto: Twitter
Menegur mungkin okey tetapi menasihatkan tidak kena tempat juga sebenarnya mengundang malapetaka kerana tidak mengkaji terlebih dahulu latar belakang individu tersebut dan juga 'fan base'nya. Jadi, mungkin tidak semua benda boleh ditegur di media sosial ya. - CARI |