Abby Abadi antara selebriti yang bertuah kerana mempunyai akses dengan anak-anak yang tidak sah taraf untuk dijadikan anak angkat. Malahan dua anak angkatnya, Muhammad Dayyan Fayadh dan Dayana (masing-masing 7 dan 6 bulan) juga diambil apabila ada insan yang mahu menyerahkan kepadanya.
Bermula dari situ, Abby mula mewar-warkan mengenai kelahiran bayi sama ada warganegara atau pun bukan di Instagramnya kepada sesiapa pun yang mahu mengambil anak angkat.
Disebabkan ianya status terbuka dan Abby pula berstatus selebriti, ramai yang merasakan ianya seperti pemerdagangan manusia. Ya, tanpa mengetahui latar belakang penerima bayi tersebut, Abby pula berperanan seolah-olah membelakangkan jabatan sepatutnya iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Jika ia tidak dibendung, ia mungkin berterusan, kenapa ada yang masih diam?
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: IG
Menurut Alia, pemberian bayi menerusi saluran tidak sah ini mungkin membawa kepada implikasi buruk. Tidak mustahil akan berlaku perkara seperti penculikan, organ diambil dan juga penderaan.
Ia turut dipersetujui oleh netizen lain bahawa pengambilan anak angkat perlu melalui prosedur yang jelas untuk memastikan anak angkat tersebut sah disisi undang. Jadi, pada siapa Abby serahkan anak tersebut? Tidak mungkin semudah itu prosedurnya?
Malahan, bukan Abby sahaja yang menjalankan 'pemerdagangan' sebegini, tetapi di grup Facebook pun ada. Mereka mengiklankan bayi yang sedang dikandung dan meminta ibu bapa membayar bil hospital serta saguhati kepada ibu yang mahu memulakan hidupnya kembali. Ada yang mengjangkau antara RM8,000 hingga RM25,000 kos yang perlu dibayar oleh ibu bapa angkat ini.
Kredit foto: IG
Mungkin niat Abby sebenarnya baik, namun cara mewar-warkan tersebut yang dipertikaikan kerana sejauh mana Abby mengenali bakal ibu bapa bayi tersebut? Malahan pelbagai kemungkinan boleh berlaku seperti ibu remaja yang terdesak hingga sanggup menjual bayinya kepada mereka yang tidak dikenali.
Bagaimanapun, ada individu menjelaskan yang sebenarnya urusan pengambilan anak angkat tidak lah semudah menyerahkan barang. Ini kerana latar belakang mereka perlu disemak terlebih dahulu untuk memastikan sama ada mereka layak atau tidak menjadi ibu bapanya.
Kebanyakkan suami isteri yang masih belum mempunyai anak tidak tahu untuk mencari anak angkat tersebut, jadi dengan pertolongan Abby ini, ia membantu kedua-dua pihak iaitu suami isteri yang mahukan anak angkat dan ibu yang telah terlanjur.
Kredit foto: IG
Justeru itu, ramai yang mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan di atas isu sebegini iaitu 'pemerdagangan manusia'. Jika perlu laporkan, maka setiap orang mempunyai tanggung jawab untuk melaksanakannya.
Kes Abby Abadi sama dengan Fynn Jamal, mahu membantu remaja terlanjur dan juga bakal keluarga angkat mendapat anak. Ada pro dan kontranya sendiri, jadi pendapat anda pula bagaimana? - CARI
|