CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3112|Reply: 6

“Prison Playbook” dinobat Drama of The Year & raih Best Director di 7th Cari

[Copy link]
Post time 19-2-2019 12:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by dauswq at 19-2-2019 01:17 PM

“Prison Playbook” dinobat Drama of The Year & raih Best Director di 7th CariKdrama Awards
                                                                  

Berlabuh sudah tirai Anugerah CariKdrama kali yang ketujuh atau dikenali 7th CariKdrama Awards. Majlis berlangsung pada 9 Februari lepas bertempat di Korea Tourism Organisation Malaysia (KTO). Ini merupakan kali pertama ianya diadakan secara langsung dan bersemuka dengan para peminat Kdrama di Malaysia sejak diperkenalkan pada tahun 2012.

Tahun ini, kami tampilkan dari kalangan peminat KDrama seolah-olah mereka mewakili pemenang bagi setiap kategori yang dicalonkan. Pelbagai aktiviti menarik seperti permainan, kuiz serta persembahan hebat artis baru Meliso turut menghiasi perjalanan anugerah ini.

Sebagai makluman, setiap pencalonan bagi kategori terbaik dipilih berdasarkan daripada ulasan drama yang dihantar oleh penonton samada menerusi forum CARI atau menerusi kmania.info. Biasanya, selepas sesebuah drama tamat, Majlis Pengkritik K Drama  Malaysia  diminta memberi ulasan kritikal secara keseluruhan terhadap drama tersebut. Proses analisis yang telah dilakukan secara kritis tanpa sebarang prejudis atau berat sebelah yang mempengaruhi populariti atau impak sesebuah drama. Kami mengambil semua ulasan kdrama daripada tiga penyiar utama – KBS, SBS & MBC dan saluran kabel – TVN, JTBC, OCN. Manakala bagi kategori populariti, kami telah membuka proses pengundian supaya mereka boleh memilih kegemaran mereka.

Agak mengejutkan apabila drama tvN ‘Prison Playbook’ diangkat sebagai Drama of The Year di 7th CariKdrama Awards. Ramai menjangkakan samada drama “Mr. Sunshine”, “My Mister” atau “Mother” yang akan dipilih kerana ketiga-tiganya pernah diiktiraf sebagai Drama of The Year dianugerah berbeza di Korea. Kesemuanya bersiaran dirangkaian kabel tvN. Ternyata, penonton kini dilihat bijak menilai sesebuah drama itu dan tidak bersikap skeptikal yang hanya bergantung kepada populariti semata.


“Prison Playbook” bertemakan persahabatan, komedi serta liku-liku kehidupan mereka yang menghuni disebalik jerisi besi yang penuh dengan pengajaran. Drama ini turut mengupas bagaimana seseorang itu menyesuaikan diri dengan kehidupan di dalam penjara serta bagaimana interaksi mereka bersama rakan banduan lain dan pihak pengawal penjara. Biarpun ada sesetengah yang melabelkan drama ini sebagai ‘black comedy’ serta skeptikal tetapi pengarah dan penulis berjaya memberikan kelainan dalam drama ini sehinggakan ia bukanlah seperti kisah gelap dan yang biasa kita dengar.
Tidak hanya dinobatkan Drama of The Year, pengarah drama “Prison Playbook” – Shin Won Ho juga dipilih sebagai Best Director menewaskan nama-nama besar seperti Kim Won Suk, pemenang dua kali kategori yang sama sebelum ini. Gaya  serta kreativiti pengarahan beliau membuatkan penonton seperti menonton filem, tetapi sebenarnya sedang menonton drama. Hasil kerja Shin Won Ho juga tampak kemas serta realistik sehingga menjadikan drama tersebut penuh warna-warni. Shin Won Ho sebelum ini dikenali setelah mengarahkan siri antologi “Reply”
Park Hae Young pula memenangi kategori Best Screenplay menerusi naskhah drama tvN “My Mister”. Jalan cerita yang penuh permainan emosi serta sarat dengan pengajaran ini menyentuh perhubungan sesama manusia dan bagaimana mereka mengharungi kehidupan yang penuh berliku. Selain itu, “My Mister” turut memenangi Best Original Score menerusi Stone Music Entertainment yang dilihat menghidupkan lagi drama tersebut dengan pemilihan muzik yang bertepatan.


Pemilihan Best Actor dan Best Actress sememangnya menepati jangkaan ramai. Lakonan cemerlang dan meyakinkan Lee Byun Hun dalam drama “Mr. Sunshine” serta Kim Nam Joo (My Mister) tidak boleh disangkal lagi untuk melayakkan mereka dinobatkan bagi kategori utama lakonan masing-masing. Bagi kategori Supporting Actor, ternyata watak antagonis Heo  Joon Ho (Come and Hug Me) menjadi kekuatan dalam kemenangan beliau meskipun pada asalnya, Yoon Yun Suk, Park Ho San dan Yoo Jae Myung lebih berpeluang besar di atas kemenangan masing-masing di anugerah berbeza di Korea. Ketegasan serta karisma watak Moon So Ri sebagai doktor dalam drama “Life” membuatkan beliau dipilih sebagai Best Supporting Actress.

Nampaknya runut bunyi berentak balada masih lagi menjadi pilihan ramai. Alunan muzik yang mendamaikan serta suara yang merdu membuatkan lagu “It’s You” nyanyian Jeong Sewoon dipilih sebagai Song Of The Year. Lagu ini mengisi runut bunyi drama tvN “What’s Wrong With Secretary Kim”. Drama “Something in The Rain” atau “Pretty Noona Who Buys Me Food” pula melakar kemenangan menerusi Best Cinematography kerana sentuhan seni pengarah drama tersebut seringkali mendapat pujian ramai.

PD’s Awards For The Best Ensemble Cast diberikan kepada drama yang menampilkan kredibiliti pelakon yang begitu cemerlang dan memberi impak kepada drama tersebut. Kali ini, ianya  dimenangi oleh duah buah drama rangkaian tvN iaitu “Mr. Sunshine (Lee Byung Hyun, Kim Tae Ri. Kim Min Jung, Yoo Yeon Suk dan Byun Yo Han) dan juga “Prison Playbook” (Park Hae Soo, Jung Kyung Ho, Lee Kyu Hyung, Jung Woong In, Jung Hae In, Choi Moo Sung dan Park Ho San).

Kita beralih pula kepada pemenang bagi kategori Popular.


Favorite Drama kali ini berpihak kepada drama tvN – “100 Days My Prince”. Bertemakan sejarah ia mengisahkan tentang Putera Mahkota yang hilang ingatan dan menjadi rakyat biasa ekoran perebutan kuasa serta politik istana. Drama ini juga sarat dengan pengajaran yang boleh kita hayati. Kategori Favorite Lengthy Drama dimenangi oleh drama KBS “Marry Me Now”. Drama bertemakan kekeluargaan dan mengusik emosi ini begitu dekat dengan jiwa penonton sehingga berjaya mencatatkan purata tontonan yang baik. “Marry Me Now” memiliki 50 episode dan diterajui oleh Han Ji Hye serta Lee Sang Woo. Manakala  “What’s Wrong With Secretary Kim” dipilih sebagai drama terburuk (Worst Overrated Drama) kerana naratif yang dikatakan longgar, jalan cerita yang ‘cliche’  serta terlalu ‘dragged’  biarpun tunggak utama drama ini; Park Seo Joon dan Park Min Young dipilih sebagai Couple of The Year.


Do Kyung So yang membawakan dua karakter berbeza iaitu sebagai Putera Mahkota yang berdedikasi serta angkuh dan  seorang rakyat kelas bawahan akibat hilang ingatan berjaya mendapat kritikan positif dari penonton. Ini juga merupakan pertama kali beliau memegang watak utama dalam drama bertemakan sejarah sehingga berjaya menjadikan beliau memenangi Popular Actor. Sebelum ini, beliau hanya tercalon Popular Rookie Actor tapi tewas pada Ahn Jae Hyun. Nampaknya kali ini, Park Min Young dan Seo Hyun Jin berkongsi kedudukan sebagai Popular Actress apabila undian mereka sama. Park Min Young berjaya membawakan watak Kim Mi So dalam “What’s Wrong With Secretary Kim” dengan baik manakala lakonan bersahaja Seo Hyun Jin dalam “The Beauty Inside” membuatkan lakonannya nampak sangat natural. Ini kali pertama Seo Hyun Jin meraih kemenangan di CARI Kdrama Awards setelah dua kali tercalon Best Actress dan turut tercalon Popular Actress pada tahun lepas. Begitu juga buat Park Min Young yang sudah lama berada di dalam industri seni.


Sekali lagi lakonan hebat Ra Mi Ran menerusi drama KBS- “Miracle That We Met”, memastikan kemenangan ketiga berturut-turut bagi kategori Popular Popular Ahjumma. Manakala Popular Ahjussi dimenangi oleh pelakon yang sangat berbakat iaitu Park Sung Woong (tvN -The Smile Has Left Your / OCN – Life on Mars) Eyes. Bagi kategori Popular Rookie Actor dan Actress, anugerah ini dimenangi oleh pelakon baru yang mempunyai potensi menjadi pelakon yang baik iaitu Cha Eun Woo (JTBC – My ID is Gangnam Beauty) dan Kim Tae Ri (Mr.Sunhine). Popular Child Actor dan Actress pula dimenangi oleh Nam Da Reum (MBC – Come and Hug Me / SBS – Where Stars Land) serta adik Heo Jung Eun (tvN – 100 Days My Prince). Biarpun masih muda, lakonan mereka tidak kurang hebatnya. Watak antagonis pilihan kali ini menjadi milik Shin Sung Rok menerusi drama SBS – “Return”.  Kekejaman watak beliau sekaligus merampas kategori Popular Villain dari empat pencabar yang lain.


Siapa sangka momen ‘kissing’ yang penuh dengan hawa nafsu di atas katil bilamana Park Seo Joon tidak mengenakan baju melayakkan adengan “What’s Wrong With Secretary Kim” memenangi kategori Best Kissing Scene. Best Memorable Scene pilihan penonton kali ini begitu menyentuh perasaan. Adengan Yoo Jin Kook yang menangis semahunya saat melihat si adik terbujur kaku disamping teman lelakinya sangat meruntun emosi dan ianya meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada para penonton. Pengundi memilih poster drama KBS – Are You Human Too? sebagai Drama Poster Choice. Biarpun nampak simple tapi punyai mesej tersirat yang ingin disampaikan.

Bromance/Sismance of The Year buat pertama kalinya diperkenalkan kali ini dimenangi oleh rakan banduan dari drama tvN – “Prison Playbook”. Keakraban hubungan mereka yang saling menjaga satu sama lain sepanjang berada disel tahanan sangat menyentuh perasaan. Hubungan itu dizahirkan dengan cukup bersahaja tapi penuh bermakna.

Akhir sekali, ‘Honorary Award’ untuk 7th CARI Kdrama Awards diberikan kepada mendiang Kim Young Ae, pelakon veteran Korea yang pernah tercalon Best Supporting Actress pada 2nd CARI Kdrama Awards sebelum ini di atas kesungguhannya memberikan lakonan yang diingati dan menjadi inspirasi buat pelakon-pelakon muda. Semoga beliau sentiasa dikenang!


Ternyata, keputusan kali ini penuh variasi dan berwarna-warni. Ianya mengambilkira pelbagai aspek dan tidak hanya didominasi oleh sesebuah drama sahaja. Nampaknya, rakyat Malaysia kini telah melepasi piawaian pemilihan drama dan tidak lagi bergantung kepada populariti sahaja. Pendek kata populariti haruslah seiring dengan kualiti dan tidak semestinya tanpa populariti sesebuah drama itu tidak berkualiti.
Bergambar kenang-kenangan bersama artis jemputan, Meliso

Apapun, jutaan terima kasih kami ucapkan kepada penaja anugerah kali ini; Starbucks Malaysia, Fave My, Kpop Garden Merchandise, Oh!K dan tidak lupa kepada tuan rumah selaku rakan penganjur Korea Tourism Organization Malaysia (KTO). Terima kasih tidak terhingga juga kepada rakan media K-Variety Malaysia serta Hazlam Anuar yang turut sama memeriahkan anugerah dan paling utama sekali terima kasih kepada para tetamu kami merangkap pencinta drama Korea di Malaysia. Anda semua adalah kekuatan anugerah kami ini. Semoga anugerah seumpama ini akan terus diadakan setiap tahun.
Klik SINI untuk lihat senarai penuh keputusan 7th CariKdrama Awards dan boleh layari juga di benang ini untuk menonton video pencalonan.

Akhir kata, terima kasih daun keladi, tahun depan kita berjumpa lagi!
https://kmania.info/2019/02/19/prison-playbook-dinobat-drama-of-the-year-raih-best-director-di-7th-carikdrama-awards/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-2-2019 01:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2019 01:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2019 01:29 PM | Show all posts
Fiesta Kredit 2019 akan dibuat dalam masa beberapa minggu ini. Jangan lupa tuntut kredit bagi yang sertai sebelum ini.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 19-2-2019 01:03 PM
Hebahan untuk kdrama fans yang banyak support CARI Kdrama Award sebelum ini. (1)

@xyla73 @mimieki ...

Bole bukak review awal sikit x utk tahun 2019 ni? Bknnya apa, kalau lambat sgt jenuh nak ingat balik cerita2 yg tayang awal tahun..there’s a few good dramas yg dah tayang utk tahun 2019 ni mcm SKY Castle, Children of Nobody etc.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2019 12:31 PM | Show all posts
xyla73 replied at 19-2-2019 08:16 PM
Bole bukak review awal sikit x utk tahun 2019 ni? Bknnya apa, kalau lambat sgt jenuh nak ingat bal ...

okay, akan diusahakan.
dulu2 mmg kita bukak review box awal tp thn 2018 lepas, sbb agak sibuk sikit tu agak lambat.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2019 11:54 PM | Show all posts
Kemain siap ada skrin . Hebat CKDA kali ni  

TT silap tulis . Best Actress Misty , bukan My Mister.  Karektor "queen" cam tu selalu  menang. Selayaknya lah  

Congratz PP!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.381957 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list