CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32811|Reply: 337

[Tempatan] Update Jurutera Hilang : Selamat Ditemui

[Copy link]
Post time 20-2-2019 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Remyda at 1-3-2019 09:42 AM

SELASA, 19 FEBRUARI 2019 @ 10:48 PM

Mohd Faiz Nazmi Norol Azani.
KOTA BHARU: Seorang jurutera dilaporkan hilang selepas gagal dikesan ahli keluarganya sejak Khamis lalu.

Mohd Faiz Nazmi Norol Azani, 35, yang bertugas di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur, juga dikatakan tidak hadir ke tempat kerja.

Bapanya, Norol Azani Mohamed Noor, 56, berkata kali terakhir mereka bertemu pada 9 Februari lalu ketika anak sulung daripada enam beradik itu pulang ke kampung sempena cuti Tahun Baharu Cina.

“Ketika anak mahu bertolak pulang ke Kuala Lumpur, berlaku sedikit ketegangan antara saya dengan Mohd Faiz Nazmi berhubung masalah keluarga.

“Saya ada menasihatinya yang kelihatan kusut dengan masalah kerana Mohd Faiz Nazmi baru lapan bulan bercerai dengan bekas isteri dan kes mereka masih dalam perbicaraan di mahkamah.

“Mohd Faiz Nazmi kemudian bertolak pulang bersama adiknya, Nurul Fariha Syahirah, 25, dalam keadaan marah. Sebaik tiba di Kuala Lumpur, anak perempuan ada menghubungi memaklumkan mereka selamat sampai,” katanya.

Bagaimanapun, Norol Azani berkata, isterinya, Rosmah Abdul Rahman, 52, memaklumkan gagal menghubungi Mohd Faiz Nazmi sejak Khamis lalu.

“Bimbang ada perkara buruk berlaku, saya menghubungi majikan Mohd Faiz Nazmi tetapi dimaklumkan anak juga tidak hadir ke tempat kerja.

“Kami turut mencari di rumahnya di Sri Kembangan, Selangor, tetapi Mohd Faiz Nazmi tiada. Bagaimanapun, keretanya ada di kawasan parkir.

“Malah, pengawal keselamatan yang mengenali anak saya, memaklumkan bahawa Mohd Faiz Nazmi tidak pulang ke rumah,” katanya.

Susulan itu, Norol Azani berkata, beliau membuat laporan polis, kelmarin, dan berharap Mohd Faiz Nazmi pulang segera kerana keluarga bimbangkan keselamatannya.

“Saya risau jika kehilangan Mohd Faiz Nazmi ada unsur jenayah dan berharap pihak berkuasa berjaya menemuinya,” katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-2-2019 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohd Faiz Nazmi Norol Azani.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
pulak dah. Apa kes? Mest keje kat cmpny melayu yg management hancus ni. Pastu push pekerja kaw2.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 20-2-2019 07:08 AM
pulak dah. Apa kes? Mest keje kat cmpny melayu yg management hancus ni. Pastu push pekerja kaw2.

Kalau masalah keje..awat lari dari fmly plak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2019 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
gujiwa replied at 20-2-2019 07:18 AM
Kalau masalah keje..awat lari dari fmly plak..

Aku terbaca maklum balas dari ex wife dia. Panjang lebar ulasan. Tapi ramai dari simpati kat jurutera ni terus jadi tak simpati kat dia lepas baca komen ex wife tu.

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca ex wife die tulis komen kat fb, die ni mcm slalu je hilang. Zaman beristeri pon siap curang kat Langkawi semua..ada perempuan simpanan bagai.ex wife nya mcm dah lali je dgn perangai dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-2-2019 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
danieladam replied at 20-2-2019 07:24 AM
Baca ex wife die tulis komen kat fb, die ni mcm slalu je hilang. Zaman beristeri pon siap curang kat ...

Itu lah pasai. Tak berani pulak aku nak tepek ulasan dari ex wife dia tu. Apa apa pun semoga selamat ditemui
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 07:42 AM | Show all posts
ada yg tak kena budak ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2019 07:50 AM | Show all posts
kalau betul apa yg ex wife dia ckp
hilang dgn gf le tu
da bsar pjg
ntah2 tengah sronok bercuti
da abis bercuti balik la dia
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 07:58 AM | Show all posts
jurutere letrik yang keroje kat UPM yang selalu berlegar di website ini pulak suke buat komen2 bowdow....cukai pelancongan dah lama ade pun idok die tahu...bowdow...wakakakakkakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ex-wife cantik. Boleh Google nama this guy, fb posting by his ex-wife ada floating
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 20-2-2019 07:36 AM
Itu lah pasai. Tak berani pulak aku nak tepek ulasan dari ex wife dia tu. Apa apa pun semoga selam ...

Alang2 dah cerita, tepek lah
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya ex wife dia
Ada iras octavia manrose
Beauty with brain camtu pun kena tinggal jg ya huhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 08:22 AM | Show all posts
ha ah tepek la wei..
ape kisah nye..

so mmg perangai sendiri la ye..
beberapa hari lepas.. ada nampak kes ni kat twitter..
tapi takde plak ulasan pape..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 08:49 AM | Show all posts
From Facebook:

Sya Zaki Saya bekas isteri nya. Utk pengetahuan semua, ini bukan kali pertama Faiz MIA. Selama 3 tahun kami berkahwin, Faiz selalu hilang dari radar apabila kantoi curang. Tahun lalu sewaktu dia ditugaskan ke Langkawi selama setahun (2016) saya tgh sarat mengandung anak kami yg skrg berusia 2 tahun. Tanpa belas kasihan, Faiz telah meninggalkan saya seorang diri mengandung krn urusan kerja. Takpe, saya redha dan faham krn itu tuntutan kerja. Tetapi kepercayaan yg saya beri disalah guna. Dia telah curang utk kali ke berapa pun saya xtahu sbb terlalu byk diri saya disakiti dan dikhianati. Semasa anak kami berusia 8 bulan, sekali lagi Allah tunjukkan kebenaran yg selama mana Faiz berada di LGK, dia sebenarnya berfoya2 dgn menyimpan beberapa org perempuan simpanan di sana. No wonder everytime saya nak ke sana utk suprisekan dia, dia telah BERTAKLIK dgn mengatakan andai saya ke LGK maka jatuh talak. Being a wife, saya tak pergi ke sana sbb itu permintaannya tanpa saya sedar dgn penipuannya dlm rumah tangga kami pd waktu itu. Allah maha besar. Selama mana dia sorok, semuanya terkantoi pada 1 mlm. Ternyata sbb utama dia tak bg saya ke sana sbb takut segala aktivitinya di sana kantoi. Selepas mlm tersebut, saya hubungi semua kwn2 nya di LGK dan most of them rata rata tidak mengetahui Faiz ada isteri. Allahu.. hanya segelintir sahaja yg mengetahui dia ada isteri yg tgh sarat mengandung di KL seorang diri. Malah sewaktu anak kami masih kecil , dia juga sering kali MIA dan pernah tidak pulang ke rumah utk menjenguk anak kami selama 5-6 hari. Benar kami dlm proses penceraian skrg ni. Malah selama 9 bln bercerai, satu sen pun Faiz xpernah hulut NAFKAH pd anak kami. Tidak pernah berusaha mencari anaknya tetapi saban minggu menghabiskan masa bersama teman wanita nya di club malam. Apa pun motif drama kehilangannya kali ni, semoga benar2 hilang. Krn buruk padahnya andai membuat Laporan Palsu. Terima kasih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2019 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok lah aku tepek. Ulasan dari ex wife

I never post his photos here. Yes ini lah daddy Mohammad Aaron Ryyan. Tak kira berapa kali you minta maaf dari I, I just wanna let you know I dah maafkan you dan I juga minta maaf atas kekurangan I selama mana I jadi isteri u. Nobodys perfect tapi I tak pernah minta lebih selama ni, just minta u setia dan syg I sorang. ternyata i tak dpt memiliki hati u sepenuhnya walaupun pd waktu itu I bergelar isteri you.

I just nak besarkan Aaron Ryyan dgn tenang. Tolong jgn buat kecoh lagi. Anak semakin membesar...

I doakan u temui kebahagiaan u cari selama ini. Apa pun yg berlaku selama 3 tahun lalu, hanya Allah , I and you yg tahu semuanya. Susah you mcmana selama mana i jd isteri you, I never left you and you know that. Sama2 mkn maggi yg you masak bila we running out of money. Never did I demand any expensive things or trips from you selama ni. You tahu hakikat tu. Apa yg u bg, itulah I ambik dan terima. Even our parents pun tak tahu semua. People can say anything they want, from what they read and say.. tapi mereka hanya tahu luaran.
Maaf krn tak mampu nak jadi seperti perempuan2 di club mlm yg you puja selama ini. Sama2 ada kelemahan apa pun procedings mahkamah pd 21/2/2019 tetap akan berjalan sama ada u hadir atau tidak. Wallahualam.

11/6/2015-28/5/2017
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-2-2019 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi ulasan ex wife

Saya bekas isteri nya. Utk pengetahuan semua, ini bukan kali pertama Faiz MIA. Selama 3 tahun kami berkahwin, Faiz selalu hilang dari radar apabila kantoi curang. Tahun lalu sewaktu dia ditugaskan ke Langkawi selama setahun (2016) saya tgh sarat mengandung anak kami yg skrg berusia 2 tahun. Tanpa belas kasihan, Faiz telah meninggalkan saya seorang diri mengandung krn urusan kerja. Takpe, saya redha dan faham krn itu tuntutan kerja. Tetapi kepercayaan yg saya beri disalah guna. Dia telah curang utk kali ke berapa pun saya xtahu sbb terlalu byk diri saya disakiti dan dikhianati. Semasa anak kami berusia 8 bulan, sekali lagi Allah tunjukkan kebenaran yg selama mana Faiz berada di LGK, dia sebenarnya berfoya2 dgn menyimpan beberapa org perempuan simpanan di sana. No wonder everytime saya nak ke sana utk suprisekan dia, dia telah BERTAKLIK dgn mengatakan andai saya ke LGK maka jatuh talak. Being a wife, saya tak pergi ke sana sbb itu permintaannya tanpa saya sedar dgn penipuannya dlm rumah tangga kami pd waktu itu. Allah maha besar. Selama mana dia sorok, semuanya terkantoi pada 1 mlm. Ternyata sbb utama dia tak bg saya ke sana sbb takut segala aktivitinya di sana kantoi. Selepas mlm tersebut, saya hubungi semua kwn2 nya di LGK dan most of them rata rata tidak mengetahui Faiz ada isteri. Allahu.. hanya segelintir sahaja yg mengetahui dia ada isteri yg tgh sarat mengandung di KL seorang diri. Malah sewaktu anak kami masih kecil , dia juga sering kali MIA dan pernah tidak pulang ke rumah utk menjenguk anak kami selama 5-6 hari.  Benar kami dlm proses penceraian skrg ni. Malah selama 9 bln bercerai, satu sen pun Faiz xpernah hulut NAFKAH pd anak kami. Tidak pernah berusaha mencari anaknya tetapi saban minggu menghabiskan masa bersama teman wanita nya di club malam. Apa pun motif drama kehilangannya kali ni, semoga benar2 hilang. Krn buruk padahnya andai membuat Laporan Palsu. Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 08:53 AM | Show all posts
pergi memant*t ngan betina sundal mana la tu jantan jilake ni..ntah2 gi luar negara..babi punya perangai!ingat keje jurutera tu besar sangat ke?wat malu kaum2 jurutera je..vavi!!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2019 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Foto ex wife & anak

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2019 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Foto perkahwinan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.062503 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list