Malaysia dikejutkan lagi dengan berita kehilangan seorang jurutera yang dikhabarkan mempunyai masalah tekanan perasaan. Jurutera yang dimaksudkan itu ialah Muhd Faiz Nazmi, 32.
Kredit foto: Harian Metro
Terdahulu, kita pernah digemparkan dengan berita seorang ustazah yang tidak pulang ke rumah akibat tertekan terpaksa berulang-alik dari rumah ke tempat kerja yang sangat jauh.
Netizen berteka-teki apakah yang terjadi kepada Faiz Nazmi sehingga dia menghilangkan diri sejak seminggu lalu?
Namun, pengakuan yang ditinggalkan oleh seorang wanita di ruangan komen berita tentang kehilangan jurutera tersebut secara tidak langsung memberi petunjuk kepada teka-teki kehilangannya.
Rupa-rupanya, wanita tersebut ialah bekas isteri Faiz sendiri. Menurutnya, kehilangan Faiz kali ini bukanlah sesuatu yang baru kerana sebelum ini Faiz sudah biasa menghilangkan diri daripada isteri dan anaknya.
Kredit foto: Facebook Sya Zaki
Wanita itu juga mendakwa Faiz sering berkelakuan demikian apabila perbuatan curangnya terbongkar. Dia juga tidak menerima nafkah untuk anak mereka daripada Faiz sepanjang perceraiannya.
Sementara itu, tinjauan di Facebook wanita berkenaan mendapati dia turut meluahkan kesedihan berikutan prosiding perceraian mereka yang akan dijalankan pada 21 Februari 2019. Dipercayai, mereka hanya berkahwin selama tiga tahun sahaja.
Kredit foto: Facebook Sya Zaki
Netizen turut memberi respons terhadap isu ini. Pada mulanya, mereka mengambil berat tentang kehilangan Faiz. Namun setelah bekas isterinya membuat pendedahan itu, netizen mula mencemuh jurutera terbabit dan berharap agar dia benar-benar hilang.
Benarlah setiap yang berlaku itu pasti ada ceritanya. Kita hanya mampu membuat spekulasi, namun yang benar-benar tahu pastinya ahli keluarga mereka sendiri.
Semoga bekas isteri Faiz tabah dan bersabar mengharungi kehidupan membesarkan anak seorang diri! - CARI |