CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24122|Reply: 87

Adakah Anda Seorang Pengembara Atau Pelancong? Jawab Kuiz Ini Untuk Mengetahuin

  [Copy link]
Post time 20-2-2019 05:16 PM | Show all posts |Read mode
Beberapa tahun dahulu, penulis mengajak beberapa orang teman untuk berjalan-jalan ke kota Yogyakarta (lebih dikenali sebagai Jogja) selama beberapa hari. Turut sama dalam rombongan itu termasuklah beberapa teman yang baru penulis kenali.  


Oleh kerana penulis sudah biasa merancang perjalanan berkumpulan, penulis telah diberikan amanah untuk mengurus sepenuhnya perjalanan ini.





Kredit foto: Shutterstock







Perjalanan bermula dengan lancar bagaimanapun teman-teman baru itu mula merungut apabila terpaksa menaiki pengangkutan awam, bersesak di pasar malam dan tidur di hostel budget.


Akhirnya penulis sedari yang ahli rombongan terdiri daripada dua kumpulan berbeza; sebahagiannya adalah 'Pengembara' manakala sebahagian lagi adalah 'Pelancong' dan tidak sesuai bergabung dalam satu itinerari.





Kredit foto: Carian Google







Jika anda ingin tahu adakah anda Pengembara atau Pelancong, cuba jawab kuiz ini yang diadaptasi daripada artikel Buzzfeed. Tandakan jawapan yang paling tepat buat anda; A, B atau C.




1.Mengapa anda suka ke luar negara?


A.Saya bekerja keras selama ini, jadi percutian rehat dan menggembirakan adalah perkara penting untuk saya
B.Saya ingin melihat dunia luar sebanyak yang boleh
C.Saya ingin berehat sambil melihat-lihat negara orang






2.Apa pendapat anda tentang bajet cuti ke luar negara?


A.Saya ingin nilai yang setimpal dengan apa yang saya bayar
B.Saya cuba seimbangkan bajet mengikut barangan mewah dan barangan asas
C.Saya bayar apa yang perlu, kadangkala mahal kadangkala murah






3.Bagaimana anda memilih destinasi percutian?


A.Saya dapat rekomendasi daripada kawan-kawan dan keluarga
B.Saya pilih negara berdasarkan minat dan naluri semasa
C.Saya google 'percutian' dan lihat mana satu yang mempunyai tawaran menarik






4.Apakah jenis penginapan yang anda suka apabila ke luar negara?


A.Hotel yang selesa dengan kemudahan yang lengkap dan terletak dekat dengan kawasan-kawasan menarik
B.Hostel atau rumah tumpangan di mana saya boleh berkenalan dengan ramai orang dan tidak terlalu dekat dengan kawasan ramai pelancong
C.Kombinasi hotel dan hostel yang bersesuaian dengan keadaan






5.Berapa lama tempoh percutian yang ideal untuk anda?


A.Cukup untuk berehat, tetapi tidak terlalu lama nanti habis kuota cuti tahunan!
B.Saya pilih destinasi dulu baru buat keputusan berapa lama nak habiskan masa di situ.
C.Seminggu atau lebih, supaya saya boleh melihat sebanyak mungkin





6.Bagaimana anda persiapkan barangan yang perlu dibawa?


A.Saya pastikan bagasi serba-serbinya lengkap, tak mahu fikiran dibebankan jika ada barangan tertinggal
B.Saya bawa satu beg galas sahaja supaya senang bergerak ke mana-mana
C.Bergantung kepada tempat, kadangkala bagasi atau beg galas






7.Apakah makanan kegemaran anda di luar negara?


A.Makanan antarabangsa dengan sedikit makanan tempatan negara tersebut
B.Makanan tempatan negara tersebut sahaja
C.Makanan tempatan negara tersebut tetapi kadang kala makanan antarabangsa juga






8.Apakah itinerari kegemaran anda?


A.Melihat ke tempat-tempat yang wajib dikunjungi pada waktu pagi dan bersantai pada waktu petang
B.Saya suka bergerak dan berjalan sepanjang hari, hanya kembali ke penginapan bila malam
C.Saya tidak ada jadual tertentu






9.Antara ketiga-tiga aktiviti percutian ini, mana satu kegemaran utama anda?


A.Bersantai di tepi pantai/kolam renang sambil membaca buku dan melihat orang ramai
B.Hiking ke puncak bukit untuk melihat matahari terbenam
C.Berjalan-jalan ke pasar malam dan mencari makan






10.Adakah wi-fi penting buat anda?


A.Sangat penting
B.Tidak penting
C.Tak penting sangat tetapi sekurang-kurangnya ada sekali-sekala






11.Selalunya apa yang anda rasakan sekembalinya daripada bercuti?


A.Rasa sangat segar dan bersedia untuk kembali hidup seperti biasa
B.Macam nak berhenti kerja dan bercuti sepanjang masa
C.OKlah walaupun rasa sedikit sedih









Kredit foto: Holidify







Kemudian kira jawapan majoriti anda: A, B atau C ?






Majoriti A:


Kredit Foto: Carian Google





Anda adalah Pelancong! Percutian buat anda adalah ganjaran segala penat-lelah selama ini. Anda mahu pastikan segala wang ringgit yang dibelanjakan adalah berbaloi. Anda tidak suka bercuti terlalu panjang tetapi tempat-tempat yang menarik dan selalu muncul di Instagram dan TV mesti ada dalam itinerari percutian anda untuk mendapatkan gambar-gambar peribadi yang menarik. Anda tidak sesuai bercuti bersama dengan Majoriti B.


Majoriti B:


Kredit Foto: Carian Google





Anda adalah Pengembara! Percutian buat anda adalah ingin melihat dunia dan mendapat pengalaman seperti orang tempatan, anda tak kisah walaupun terpaksa tinggal di dalam hutan. Anda juga suka bercuti dalam tempoh yang panjang supaya dapat menjelajah segenap ceruk sesebuah negara. Makan seperti orang tempatan dan menjalani kegiatan aktif adalah sangat penting buat anda. Anda tidak sesuai bercuti bersama dengan Majoriti A.


Majoriti C:


Kredit Foto: The Plaid Zebra





Anda adalah 50% Pengembara dan 50% Pelancong! Kadang-kadang anda mahu mengembara secara percutian lasak dan eksotik tetapi ada ketikanya anda terasa sangat penat dan hanya mahu bersantai di tepi pantai sambil minum air kelapa muda. Pendek kata, anda tidak mahu terikat dengan apa-apa kecuali mood dan duit! Anda sesuai bercuti dengan sesiapa sahaja kerana anda memang fleksibel.






Tidak kisahlah sama ada anda pelancong atau pengembara, yang penting anda puas hati dengan percutian anda ke luar negara. Selamat bercuti! - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-2-2019 05:20 PM | Show all posts
Saya Majoriti B: Pengembara
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
saya majoriti c {:run
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah la mana2 je pun xpe
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
B



Anda adalah Pengembara! Percutian buat anda adalah ingin melihat dunia dan mendapat pengalaman seperti orang tempatan, anda tak kisah walaupun terpaksa tinggal di dalam hutan. Anda juga suka bercuti dalam tempoh yang panjang supaya dapat menjelajah segenap ceruk sesebuah negara. Makan seperti orang tempatan dan menjalani kegiatan aktif adalah sangat penting buat anda. Anda tidak sesuai bercuti bersama dengan Majoriti A.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 06:59 PM | Show all posts
I dapat majoriti C tp satu je beza dgn total B. I mmg jenis yg nak travel tp tak suka part kena berusaha/leceh mcm traveller
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2019 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
C .. sebab banyak jalan dengan family.. atau kadang2 dengan kawan.. kalau dengan suami je boleh la cuba2 jadi B
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
I got c.... {:good
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2019 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku C .. depends travel dgn sapa .. if ngn kengkawan travel mostly byk berjln with reasonable budgets .. kalau ngn husband byk travel santai n splurge sekali skala .. kalau ngn family lak tgk tmpt n budgets jugak .. ini kn sesuaikn keadaan ngn bwk org tua n bebudak .. so aku jenis x kisah .. mana2 pun ok je ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 10:18 AM | Show all posts
i got A
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2019 10:22 AM | Show all posts

OKlah tu

Uols mesti jenis yang enjoy, rilex2 kan?

Buat apa berpenat kalau nak bercuti
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 01:26 PM | Show all posts
hehee i got C
zaman sekolah pun banyak C eh tiber
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Majoriti C. Memang pun. Kalau sorang2 baru jadi pengembara, kalau dengan family jadi pelancong.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 05:45 PM | Show all posts

hahahha! aku pun dpt B. Mmg tak blh lah travel dgn golongan A.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 05:45 PM | Show all posts
iols B.

memang pon tiap kali balik dari holiday, mesti pikir nak berhenti keja & travel je
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 21-2-2019 05:45 PM
hahahha! aku pun dpt B. Mmg tak blh lah travel dgn golongan A.

Hahaha kalau pegi company trip rengsa wei. Sebab mostly jenis A
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2019 06:46 PM | Show all posts
A. dah meningkat umur,x kuasa jadi pengembara. melancong sambil rehat,makan2 n shopping is the best moment
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2019 06:53 PM | Show all posts
moonbug replied at 21-2-2019 06:40 PM
Hahaha kalau pegi company trip rengsa wei. Sebab mostly jenis A

Mostly company trip memang jenis A

Boring tapi tak penat macam B
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 11:08 PM | Show all posts
moonbug replied at 21-2-2019 06:40 PM
Hahaha kalau pegi company trip rengsa wei. Sebab mostly jenis A

aku tak pernah ikut company trip. sgt membosankan dan aku ni sorang yg jenis travel loner punya. samada with my wife atau sorang sorang. ko nak suruh aku travel ramai2 dgn kawan kawan, itu bukan jenis aku. aku tak suka ramai ramai klu travel. rimas sebab kena fikir nak jaga hati kawan, nak kena tolak ansur dgn perangai sampah mereka. So most of the time aku travel solo atau with my wife. Dia ni jenis adventure. lbh gila dari aku stailnya. kekekeke!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 11:16 PM | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 21-2-2019 06:53 PM
Mostly company trip memang jenis A

Boring tapi tak penat macam B

Kami traveller jenis B mana ada penat. Mcm korang selalu travel seminggu ke 12 hari pergi Europe. Gila apa tu?? aku travel ke Europe 3 bulan pun tak blh cover semua Europe. Aku travel tak suka touch n go. So basically we have more time kat sesuatu tempat dan lbh santai dr yg terkejar kejar touch n go sebab ada 10-12 hari aja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.579928 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list