Belum lagi reda dengan kisah tumbuk terajang di MRT Cheras, berlaku satu lagi tragedi sekumpulan pemuda menyerang lelaki dewasa di dalam kawasan rumahnya sendiri. Kisah itu diceritakan oleh seorang netizen yang ayahnya mengalaminya sendiri dengan dikejar oleh beberapa orang pemuda di kawasan rumahnya sendiri di Puchong, Selangor.
Terdapat tiga video yang dirakamkan menerusi CCTV yang dipasang di luar dan di dalam rumah membuktikan bahawa penyerang adalah remaja Melayu.
Manakala video kedua pula menunjukkan suasana di hadapan rumah. Lebih menakutkan ialah pemuda tersebut menggunakan parang untuk mengejar ayahnya. Nasib baiklah ayahnya sempat lari ke dalam rumah, jika tidak pasti parang itu hinggap ditengkuknya.
Dan rakaman dari CCTV yang ketiga pula jelas menunjukkan situasi yang berlaku dalam rumah dengan suasana kelam kelibut menangani masalah tersebut. Mujur jugalah penjenayah tersebut tidak bermati-matian untuk memasuki rumah tersebut.
Status tersebut mendapat perhatian netizen lain yang sangat cemas menyaksikan rakaman itu. Malahan menurut pengadu, penjenayah itu seakan tidak berpuas hati kerana tidak mendapat apa yang dimahukannya menyebabkan keretanya dicucuk dan tingkapnya dipecahkan. Apatah lagi melihat ramai mat motor berada di hadapan rumah menjelaskan yang penjenayah bukanlah keseorangan sebaliknya berkumpulan. Sedihnya!
Malahan menurut pengadu, ayahnya sempat melihat wajah seorang pemuda tersebut dan menyimpulkan mereka masih muda. Semakin bertambah pula kes-kes sebegini walaupun kejadian tersebut berlaku di hadapan rumah sahaja. Ia berlaku kerana pintu pagarnya tidak ditutup dan mungkin rumah tersebut telah ditarget sekian lama.
Twitter
Mujurlah juga dalam keadaan ini, tiada siapa pun yang tercedera. Bagaimana pula jika mangsa tidak mempunyai keupayaan untuk lari? Adakah kita akan terus-terusan menghadapi masalah penjenayah ini? - CARI
|