Akhirnya selepas tergendala selama bertahun-tahun warga Jakarta kini bakal memiliki pengangkutan serba moden seperti negara-negara jirannya apabila Jakarta Mass Rapid Transit (Jakarta MRT) dijangka akan siap sepenuhnya Mac ini.
Kredit foto: maria infiniferro
Pembinaan MRT pertama negara itu kini hampir siap dan PT MRT Jakarta kini sedang di peringkat akhir untuk untuk memastikan perkhidmatan lengkap sepenuhnya pada bulan Februari dan dibuka secara rasminya pada bulan Mac.
'Pembinaan sudah mencapai 98.01 peratus siap' kata Pengarah MRT Jakarta, William P Sabandar kepada laman berita kompas.com. Syarikat itu kini sedang menumpukan kepada pembinaan ruang dalaman dan pintu gerbang bagi stesen Dukuh Atas, Senayan dan Istora.
Kredit foto: jakartamrt
Menurut Kompas, antara kemudahan yang terdapat dalam MRT ini nanti termasuklah pintu automatik, lif, tangga bergerak, kaunter tiket dan ruang sewa untuk perniagaan di stesen MRT Hotel Indonesia. Bagaimanapun menurut tinjauan portal berita itu, semua ruangan masih lagi bertutup dan ditanda dengan garisan kuning.
Kredit foto: economy.okezone
Bagi fasa pertama ini, perkhidmatan MRT akan meliputi laluan sepanjang 15.7 kilometer dari Lebak Bulus di Jakarta Selatan menuju ke bulatan trafik Hotel Indonesia di Jakarta Tengah. Sekiranya tidak ada sebarang gangguan, perkhidmatan akan beroprasi sepenuhnya mulai bulan Mac.
Kredit foto: Carian Google
Ini berita yang baik buat para traveller, diharap berkuranglah sedikit kemacetan di kota padat itu selepas ini. - CARI
|