Seorang lelaki mengaku meletak patung berhala di Surau Sabilul Huda, Pelabuhan Klang selepas mendakwa sering bermimpi melihat Kaabah dikelilingi patung berkenaan.
Memetik laporan Sinar Harian, lelaki berusia 37 tahun itu diberkas polis Bahagian Siasatan Jenayah Klang Selatan, petang semalam.
Suspek yang merupakan seorang penganggur ditahan di rumahnya yang berjarak kira-kira 200 meter dari surau tersebut.
"Soal siasat mendapati, suspek positif dadah jenis syabu dan mengaku pernah belajar ilmu agama yang salah (gila isim) di negara jiran.
"Menurut suspek, ketika berada di rumah keluarganya dia sering bermimpi melihat Kaabah yang dikelilingi patung berhala.
Kredit foto: Sinar Harian
"Ekoran mimpi itu suspek percaya dia perlu melakukan perkara yang sama di surau itu," kata Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar.
Polis menolak sama sekali kejadian itu adalah perbuatan untuk mencemarkan tempat sembahyang dengan niat mengaibkan agama. - CARI |