Susulan kes pembunuhan keluarga Closs dan penculikan anak gadis mereka yang menghebohkan Amerika Syarikat tahun lalu, beberapa pihak seperti Hormel Food telah menawarkan ganjaran ASD250,000 (RM1 Juta) untuk sebarang maklumat yang dapat membantu polis menyelamatkan Jayme Closs, 13.
Kredit foto: Rolling Stone
Gadis itu diculik seorang lelaki di rumah mereka di Barron, Wisconsin selepas kedua ibu bapanya dibunuh dengan kejam pada 15 Oktober 2018.
Tiga bulan dalam tawanan, pada 10 Januari 2019, Jayme berjaya melarikan diri dari rumah penculiknya sebelum meminta bantuan polis.
Kredit foto: WQOW
Memberitahu polis, Jayme berkata penculiknya mengurung beliau sepanjang masa dan apabila lelaki itu keluar rumah, mangsa diarahkan berkurung di bawah katil yang dihimpit dan dihalang dengan objek berat.
Bagaimanapun, mangsa berjaya menolak objek itu dan merangkak keluar.
Kredit foto: Carian Google
Jayme kemudiannya melarikan diri dari rumah penculiknya sehingga terserempak dengan seorang wanita bernama Jeanne Nutter yang sedang bersiar-siar dengan anjingnya sebelum membawa gadis itu ke rumah berdekatan untuk membuat panggilan kecemasan.
Kredit foto: WSAW
Kedua ibu bapa Jayme bekerja dengan syarikat Jennie-O milik Hormel Food yang menawarkan ganjaran ASD25,000 (RM1 Juta) menyamai jumlah ganjaran yang ditawarkan oleh FBI.
Jim Snee, CEO Hormel Food berkata, ganjaran itu kini milik Jayme kerana beliau berjaya menyelamatkan dirinya sendiri. Beliau berharap ianya akan digunakan untuk tabung pendidikan Jayme.
Bagaimanapun, menurut Buzzfeed, pihak FBI yang turut menawarkan jumlah sama tidak memberitahu sama ada mereka akan memberikan ganjaran tersebut kepada Jayme atas sebab-sebab privasi.
Penculik Jayme, Jake Petterson, 21, yang kini sudah diberkas polis bakal berdepan dengan tuduhan membunuh dan menculik. - CARI |