Nampaknya pelakon Aliff Aziz masih belum mengambil iktibar daripada peristiwa lalu apabila dia dikatakan menjalin hubungan mesra dengan seorang pelakon wanita baru. Tak serik betul Aliff ni ye?
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh isterinya, Bella Astillah menerusi dua posting di akaun Instagram miliknya. Menurut Bella, pelakon baru yang dikaitkan dengan suaminya merupakan heroin bagi sebuah telefilem yang turut menampilkan Aliff sebagai hero.
Mula tukar katalaluan telefon bimbit dan padam perbualan di aplikasi Whatsapp..
Kredit Foto : Instagram Bella Astillah
Menurut Bella, dia mula mengesyaki sesuatu apabila suaminya itu tiba-tiba menukar kata laluan telefon bimbitnya. Dan apabila dipaksa, Aliff mengaku yang dia sudah memadam segala rekod perbualan Whatsapp dia dengan pelakon yang dikenali sebagai Oktavia Manrose itu.
Cuba nasihat Bella, tetapi rupanya menari dan peluk suaminya..
Kredit Foto : Instagram Bella Astillah
Tambah Bella, pelakon itu pernah cuba untuk menenangkan Bella dengan mengatakan yang dia tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Aliff dan akan cuba menasihati Aliff untuk tidak lagi mengulang kesilapan yang lalu.
Oktavia Manrose. Kredit Foto : Carian Google
Bella turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada insan yang telah mendedahkan tentang perbuatan suaminya itu dan turut menyertakan bukti.
Dah jumpa pasangan yang boleh pergi ke 'club' bersama, teruskan..
Kredit Foto: Instagram Bella Astillah
Bella turut menyertakan bukti perbualan dia dengan individu yang dirahsiakan identitinya itu.
Kredit Foto : Instagram Bella Astillah
Dalam pada itu, rata-rata netizen turut berang dengan sikap Aliff dan meminta Bella untuk bersabar..
Kredit Foto : Instagram Bella Astillah
Semoga Bella diberikan kekuatan untuk menempuh ujian yang sangat berat ini. Kepada Aliff, sudah-sudahlah! -CARI |