Walaupun sudah membuat permohonan maaf secara terbuka, nampaknya produser Sheila Rusly agak sukar untuk melupakan apa yang telah berlaku antara dia dan anak didiknya, Janna Nick.
 Kredit foto: IG Janna Nick/IG Sheila Rusly
“Alhamdulillah... Dia sudah sedar kesilapannya.
“Saya sudah memaafkan Janna tetapi beri masa kepada saya untuk ‘hadam’ apa yang berlaku. Ini bukan saja membabitkan saya, sebaliknya, suami dan anak-anak terpalit sama," katanya kepada Berita Harian.
Menurut Sheila, perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsikan selain menegaskan bahawa ia tiada kena mengena dengan drama Leftenan Zana.
Janna sebelum ini memohon maaf secara terbuka kepada Sheila sekeluarga sekiranya ada mengguris hati mereka.
Janna yang berharap hubungan di antara mereka kembali jernih berkata, dia banyak berhutang budi atas segala tunjuk ajar Sheila dan suami sejak dia berkecimpung dalam dunia seni.
|