Kredit foto: Facebook
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dikecam hebat oleh para netizen berikutan tindakannya menghantar isterinya sendiri sebagai wakil dalam satu majlis di sebuah sekolah di Seremban pada 26 Februari lalu.
Kritikan demi kritikan dilontarkan selepas bekas Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin memuat naik dalam laman Facebook miliknya pada 27 Februari gambar yang memaparkan Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan dan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG di sekolah tersebut sebagai wakil suaminya.
Sebahagian daripada mereka bimbang tindakan yang dikatakan tidak mengikut protokol itu boleh dijadikan isu besar oleh pihak lawan sekali gus menjejaskan peluang Pakatan Harapan untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dan PRK DUN Rantau.
Kredit foto: Facebook
Ada juga dalam kalangan netizen yang berpandangan, tidak menjadi kesalahan bagi Wan Hasni merasmikan majlis tersebut cuma ia tidak sewajarnya dilakukan atas kapasiti sebagai wakil Menteri Besar Negeri Sembilan.
Difahamkan, jika mengikut protokol, hanya anggota pentadbiran kerajaan negeri seperti Exco yang dibenarkan untuk mewakili Menteri Besar dalam majlis rasmi.
Kredit foto: Facebook
Terdahulu, Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Che'gu Bard dalam status Facebook berkenaan secara menyindir menyatakan jemputan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan tidak sepatutnya disamakan dengan 'jemputan ke kenduri kahwin'.
"atut antar ah setiousoho politik kalau tak wakilkan exco kor (Sepatutnya hantarlah Setiausaha Politik atau wakilkan kepada Exco," katanya.
Badrul Hisham Shaharin Kredit foto: Facebook
Sementara itu, memetik laporan Bernama, Aminuddin menjelaskan bahawa beliau tidak dapat menghadiri program di sekolah berkenaan kerana dipanggil menghadap ke istana pada waktu yang sama.
Menurut beliau, pihak sekolah turut menjemput isterinya dan meminta Wan Hasni mewakilinya setelah dimaklumkan beliau tidak dapat hadir.
"Sebelum ini, ada juga isteri pemimpin yang mewakili suami mereka untuk hadir ke program tertentu seperti mengaji atau membabitkan hal ehwal wanita tetapi tidak pula dipertikaikan," katanya.
Aminuddin Harun. Kredit foto: Faceboo
Sama ada perkara itu melanggar protokol atau tidak, eloklah Aminuddin mengambil kira pandangan rakyat agar Pakatan Harapan tidak mencipta rekod mentadbir Negeri Sembilan selama sepenggal sahaja. - CARI
|