CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1854|Reply: 9

Terima 7 Jahitan Di Dahi Selepas Dilempar Guru Macam Anak Patung

[Copy link]
Post time 28-2-2019 02:24 PM | Show all posts |Read mode
Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun menerima tujuh jahitan di dahi selepas dilempar gurunya di pusat jagaan kanak-kanak Brighter Day Care di St Louis County, Missouri.




Kredit foto:





METRO melaporkan, dalam kejadian pada 1 Februari itu, guru terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) melempar mangsa ke arah perabot di dalam sebuah kelas.


Sebelum kejadian, kanak-kanak berkenaan dilihat sedang berdiri di sebelah kerusi sebelum guru terbabit menghampirinya dan menarik tangannya, lalu dilempar hingga terjatuh merempuh perabot.


Wanita terbabit kemudian dilaporkan mengirim nota kepada ibu bapa kanak-kanak itu dengan menjelaskan kecederaan pada kepala mangsa adalah disebabkan dia terjatuh.







Peguam Jennifer Hansen yang mewakili keluarga mangsa berkata kepada Fox2, pengarah pusat jagaan kanak-kanak berkenaan, Sharon Williams hanya melihat rakaman tersebut lima hari selepas kejadian apabila dihubungi keluarga mangsa yang menuntut untuk melihat sendiri apa yang berlaku kepada anak mereka.


Sejurus itu, guru terbabit dipecat, manakala pihak berkuasa melakukan siasatan terhadap suspek dan majikannya.


Difahamkan, Sharon enggan memberi sebarang komen berhubung kejadian kerana kes masih dalam siasatan. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2019 02:28 PM | Show all posts
gile..
lempar balik cikgu tu kt dinding plak

baru padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 02:32 PM | Show all posts
seram plak aku tgk gambar budak tu..

rasainn patut kau tu pun di lempar sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 02:36 PM | Show all posts
kena lempar sebab kantoi main forum time kelas la tu

cam si babi uglybabi tu

kantoi main forum time opis

padan muka

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 02:58 PM | Show all posts
mcm mana la ko bleh jadi cikgu
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemain pengarah pusat takmo komen ye. Mentang2 skin color lain. Kalau skin color sama, cikgu tu skin color sama mangsa sure dh play victim si kimmug perasan white supremacy ni.

Aku hari tu kena sound dek matsaleh sengkek sebab kami ada premium ticket. So masuk line khas. Dia punya memekak dengan badan besar bagak sama gf dia datang mendada dada towering over aku suruh aku beratur kat line dia. Puihhhhh aku bagi sekali kat muka dia ingat aku bodoh tak reti english. Siap ground crew datang tanya dia kenapa ganggu kami, suruh dia masuk line tiket biasa. Tak puas hati atas flight Siap dia ngadu kat stweardess pasal kami. Stewardess malas nak layan matsaleh bongkak sengkek ni suruh duduk kat seat dia. . Selain tu kawan sekolah aku kena domestic abuse dek doktor aussie siap kena sexual abuse hilang dari radar. Kesian gila. Ni lah mat saleh yg org puja puja sangat tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2019 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti gelabah gila tengok budak tu berdarah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 01:55 AM | Show all posts

Hitam dgn hitam - no problemo - news tak war warkan

Hitam dgn mexican - no problemo - news tak war warkan

Kalau  Hitam (budak)  dgn putih (cikgu) -- meletup lah tv hari hari cerita ini jer boleh jadi riot gitu!!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2019 10:34 AM | Show all posts
munchkin replied at 28-2-2019 10:42 PM
Kemain pengarah pusat takmo komen ye. Mentang2 skin color lain. Kalau skin color sama, cikgu tu skin ...

eeee apa masalah diorang ehh dengki org lebih dari dia, dah tak mampu tu dok jela diam2 nak sound2 org plak apakeheinyaa

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 10:45 AM | Show all posts
Eii...mental betul. Ada buat budak2 macam tu. .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.044940 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list