Akibat memberi komen ikhlas terhadap baju yang dipakai oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza di konsert jelajah Jakarta, Indonesia, seorang peminat tegar Siti didakwa disekat dari mengakses laman Instagram penyanyi itu.
Dakwaan tersebut ditimbulkan apabila Firdee Othman yang secara tiba-tiba tidak dapat melihat akaun Instagram Siti setelah komen tersebut tular di media sosial.
Yang menimbulkan persoalan ialah mengapa peminat seperti Firdee yang menyokong karier Siti disekat hanya kerana komen mengenai baju sahaja (tiada kaitan dengan persembahan Siti). Sementara itu dikhabarkan hanya dia sahaja yang disekat sementara yang lain bebas mengakses akaun Siti. Betulkah Siti yang mengendalikan akaunnya sendiri atau ada 'admin' lain?
Kredit foto: Twitter
Teguran Firdee mungkin agak pedih jika dibaca, namun lelaki itu sudah menjelaskan bahawa dia menegur kerana sayang dengan persembahan Siti yang tidak seiring dengan busana tersebut. Lalu, jelas ia adalah komen terhadap pereka busana tersebut Riezman Ruzaini, bukannya mengkritik persembahan penyanyi nombor satu tanah air.
Bagaimanapun, Siti dalam kenyataannya tidak kisah dengan pendapat tersebut lalu menjawab "Asalkan selesa, buat apa nak pakai pakaian ketat."
Yang menjadi masalahnnya sekarang, siapakah yang menyekat di Instagram? Siti atau 'admin'? Kenapa langsung tidak boleh menerima pandangan?
IG
ZON SELESA...
Itu pandangan netizen yang berpendapat Siti dikelilingi oleh orang yang selesa dengannya hingga dia tidak mampu membuat keputusan dengan waras. Sementelah, ada juga netizen yang mengadu dia pernah memberi komen mengenai fesyen Siti Nurhaliza tetapi cara balasan di IG Tok Ti pula tidak menunjukkan cara profesional.
/
Bersama penyanyi Indonesia, Rossa
Malahan, komen yang mempersoalkan busana tersebut bukan datang dari seorang sahaja, kerana ramai yang tidak berpuas hati dengan busana konsert itu. Bagaimanapun, kenapa seorang sahaja yang disekat?
Isu ini bermula apabila baju-baju yang dikenakan oleh Siti dianggap oleh peminat sebagai lapuk, 'recycle' dan seperti penari di Istana.
IG
Wah! Panas juga ya. Jarang kita mendengar kisah negatif melingkari Siti dan biasanya pihak pengurusan tidak cepat melatah. Di kala artis lain dihentam teruk, Siti dilihat teguh tanpa mempedulikan gossip seperti ini. Tetapi dengan apa yang terjadi ini, apakah Siti yang berasa tertekan atau pihak pengurusan yang tidak profesional? - CARI
|