View: 9403|Reply: 20
|
Jom Kenal 10 Negara Paling Selamat Di Dunia!
[Copy link]
|
|
Edited by NmeeraR at 1-3-2019 03:59 PM
Tahun lalu, Index Keamanan Global (GPI) yang dikeluarkan Institute For Economic and Peace (IEP) telah menyenaraikan 163 negara paling aman di dunia.
Ranking ini dinilai berdasarkan tiga kategori yang diambil kira iaitu konflik yang sedang berlaku, tingkat perselisihan dan militerisasi yang dibahagi lagi kepada beberapa sub kategori iaitu penilaian jenayah, keganasan, senjata, rasuah dan aktiviti kerajaan.
Bagi 2019, Global Finance Magazine menyenaraikan ranking terkini "2019 Global Finance of safest countries in the world". Untuk ranking kali ini, ia dinilai dari tiga faktor iaitu perang dan keamanan, keselamatan peribadi dan risiko bencana alam.
Melalui kategori yang disenaraikan, kedudukan yang disenaraikan Global Finance Magazine berbeza dengan kedudukan di GPI. Walau bagaimanapun, masih ada negara berada di kedudukan sama.
Untuk itu, ini 10 negara paling selamat di dunia yang terkini!
1. Iceland
Kredit Foto: Google
Sejak 2008, Iceland berjaya mengekalkan kedudukannya di tangga pertama. Untuk itu, tidak mustahillah andai negara ini sentiasa menjadi destinasi impian kegemaran pelancong di luar sana.
Negara ini cukup terkenal sebagai tanah api dan ais yang mana sering digambarkan sebagai suasana yang cantik dan selesa.
Kredit Foto: Google
2. Switzerland
Kredit Foto: Google
Switzerland bukanlah sebahagian daripada Kesatuan Eropah. Walau bagaimanapun, Switzerland tetap dimasukkan ke dalam Kawasan Schengen dan dapat melakukan perjalanan dari negara-negara Eropah lain ke Switzerland tanpa sebarang kerumitan.
Kredit Foto: Google
Selain dikenali sebagai negara yang indah dan tenang, Switzerland dikatakan agak unik kerana tidak mempunyai Presiden dan Ibu Kota. Malah, ia juga merupakan negara bebas memiliki senjata api. Walau bagaimanapun, kadar jenayah di Switzerland adalah salah satu yang paling rendah di dunia.
3. Finland
Kredit Foto: Google
Finland, terkenal sebagai antara negara paling jujur. Sebagai bukti, Reader's Digest pernah menjalankan ujian kejujuran di Finland dan meletakkan 12 dompet di tempat awam. Mereka terkejut apabila menerima 11 daripadanya.
Kredit Foto: Google
Selain negara yang mengutamakan pendidikan, Finland juga merupakan negara paling bersih. Di Finland, teknologi digunakan untuk membersihkan segala kotoran.
4. Portugal
Kredit Foto: Google
Portugal mempunyai garis sempadan yang ketat sejak 1139 yang menjadikannya negara tertua di Eropah dan juga mempunyai sejarah terpanjang di antara kerajaan-kerajaan Eropah yang pernah ada.
Kredit Foto: Google
Satu perkara unik mengenai orang Portugal adalah mengajar kegembiraan dalam kesedihan yang biasa disebut "saudade". Saudade diterjemahkan sebagai kerinduan, kesakitan kerana pengalaman hebat yang menyeronokkan.
5. Austria
Kredit Foto: Google
Austria bukanlah negara destinasi pelancongan popular seperti Iceland dan Switzerland. Namun, ia dianggap sebagai negara hijau kerana lebih daripada 60 peratus tenaga elektrik di Austria berasal daripada sumber semula jadi yang boleh diperbaharui seperti angin atau tenaga solar.
Kredit Foto: Google
Negara ini juga dikenali negara pergunungan di Eropah dengan cerun berselang-seli dan laluan yang berliku-liku.
6. Norway
Norway merupakan negara dengan kos sara hidup yang agak tinggi. Namun, Norway adalah antara negara paling bahagia di dunia. Pernah mendapat ranking pertama bagi World Happiness Report 2017 yang telah diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Penilaian ini berdasarkan beberapa faktor termasuk jangka hayat dan kesihatan, kebebasan dan juga sokongan sosial.
Berita baik juga bagi pengembara solo dan wanita kerana tahap jenayah di Norway sangat rendah.
7. Qatar
Kredit Foto: Google
Bagi yang tidak tahu, Qatar sebenarnya pernah menjadi antara negara Teluk paling miskin sehingga berlakunya ledakan minyak yang mengubah nasib negara ini.
Kredit Foto: Google
Kini, Qatar merupakan antara negara terkaya di dunia dan menawarkan gaji yang lumayan serta merupakan negara paling aman. Lebih menarik, Qatar akan menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia 2022.
8. Singapura
Kredit Foto: Google
Singapura berjaya berada di tangga kelapan sebagai negara paling selamat dan aman. Keluasan negara Singapura hanyalah 766 km2, namun menjadi negara paling maju di Asia Tenggara dan negara yang moden.
Kredit Foto: Google
9. Denmark
Kredit Foto: Google
Jika penulis diberi peluang untuk tinggal di negara lain, Denmark adalah salah satunya. Di Denmark, pembiayaan pendidikan adalah percuma daripada kerajaan. Bukan itu sahaja, pelajar juga berhak mendapat kemudahan secara percuma dan berkualiti.
Bahkan, anda yang bukan warga Denmark juga berpeluang mendapat pembiayaan pendidikan percuma andai melanjutkan pelajaran di sini.
10. New Zealand
Kredit Foto: Google
Jika anda penggemar filem "The Lord of The Rings" dan "The Hobbit", sudah pasti New Zealand menjadi negara pilihan anda. Negara ini mempunyai tempat indah yang menyajikan suasana mirip dengan latar belakang pengembaraan fantasi Bilbo Baggins dalam filem "The Hobbit".
Kredit Foto: Google
Di mana Malaysia?
Untuk ranking di Global Peace Index, Malaysia berada di tanggga ke-25, manakala bagi rangking 2019 Global Finance of safest countries in the world pula, Malaysia berada di tangga ke-39. - CARI
Sumber: http://jambi.tribunnews.com/2018/05/01/8-fakta-qatar-negara-paling-kaya-di-dunia-dan-penyumbang-polusi-tak-miliki-hutan-dan-desa,https://garditour.co.id/10-fakta-menarik-singapura-negara-termaju-di-asia-tenggara/,https://ehef.id/post/3-fakta-tentang-denmark-yang-membuatmu-makin-ingin-kuliah-di-sana,http://visionofhumanity.org/ |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura ada dalam top 10. Malaysia tangga ke 25. Okla juga.. Boleh tingkatkan prestasi kalau takdak kes ragut, samun |
|
|
|
|
|
|
|
Seperti dijangka negara2 di europa masih mengungguli |
|
|
|
|
|
|
|
Sebagai contoh,usia di atas 30 tahun wajib menikah, dan berikut hubungan gay di sana adalah illegal, tetapi hubungan lesbian dibolehkan.
ini tidak tepat..
Singapore does not recognise same-sex relationships in any form (such as marriage, civil unions or domestic partnerships) |
|
|
|
|
|
|
|
Japan tak masuk list ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dubai pun selamat.. acik2 arab selamba tinggalkan beg tangan branded kat dalam train ... dalam surau.. pastu theyols jalan tempat lain.. takde la kepit handbag 24 jam.. takde sape berani copet.. ada sekali tu ai nak balik msia naik la teksi (toyota camry).. pastu driver teksi tu stop dekat2 ngan area airport nak pegi ambik apa tah.. dia suruh ai tunggu kejap n tinggalkan ai dalam teksi tu ngan kunci kereta masih terpasang n enjin masih hidup.. tak takut ke ai bawak lari teksi beliau |
|
|
|
|
|
|
|
EvieWanKenobi replied at 1-3-2019 12:47 PM
Japan tak masuk list ye..
Japan banyak gempa bumi, tsunami, ribut kot..tu x tersenarai. |
|
|
|
|
|
|
|
mesmerize replied at 1-3-2019 01:23 PM
Dubai pun selamat.. acik2 arab selamba tinggalkan beg tangan branded kat dalam train ... dalam surau ...
Acik mesti x pernah pegi Aceh kan? Kat Aceh lama dah teksi2 atau supir2 tinggl kereta gitu je.. xyah g smpai dubai. |
|
|
|
|
|
|
|
tak penah gi acheh dek.. nak cite pengalaman pun marah ke
|
|
|
|
|
|
|
|
thailand ke 113 uols |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by NmeeraR at 1-3-2019 04:00 PM
mohon maaf untuk info yang salah. saya akan pebetulkannya dgn segera.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by uda at 1-3-2019 04:22 PM
Japan no 43 dalam global finance ranking tu,msia no 39
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya suka tulisan tt mengenai pelancongan kerana dapat memberikan idea untuk tempat2 baru
Teruskan usaha menulis mengenai banyak lagi tempat menarik |
|
|
|
|
|
|
|
ohh baru tahu negara-negara ini selamat. |
|
|
|
|
|
|
|
wow nz dlm list top 10..
kira secure la jugak walau kdg2 terlupa nak kunci pintu ...
|
|
|
|
|
|
|
|
wah switzerland...bila la bole sampai ni?hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
best nya kalo bleh pegi negara2 tu
sgpore je la penah pon haha |
|
|
|
|
|
|
|
New Zealand dan tak selamat dah... |
|
|
|
|
|
|
|
bile la nk dpt jejak negara2 dlm list tu...Singapore je la penah..and NZ xmo jejak la |
|
|
|
|
|
|
| |
|