"Terlajak perahu boleh ditarik balik, tapi terlajak kata sangat buruk padahnya."
Tidak berdiam diri apabila anak menjadi sasaran tohmahan orang ramai, ibu pelakon dan penyanyi Aliff Aziz tampil bersuara mengenai anak sulungnya yang terpalit kontroversi curang.
Menerusi Facebook, ibunya, S Hafiza Barsharahil memuat naik kata-kata untuk direnungkan bersama.
"Jikalau kamu menemui aib dalam diri orang lain, maka galilah aib yang ada pada diri sendiri kerana belum tentu aibmu lebih sedikit berbanding orang tersebut," tulisnya.
Kredit foto: FB Hafiza
Baru-baru ini, isterinya, Bella Astillah mendedahkan kecurangan Aliff dengan pelakon Oktovia Manrose.
Sementara itu, di ruangan komen ibu Aliff, orang ramai memberi sokongan dan kata-kata semangat selain menasihatinya supaya bersabar dengan situasi yang ditempuhi anaknya ketika ini.
Menerusi temu bual bersama Harian Metro pula, Hafiza berkata, keluarganya hanya mendoakan yang terbaik dan menyerahkan segalanya kepada Allah. - CARI |