CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10693|Reply: 34

Melayu Bangsa Yang Diperhatikan Oleh Yahudi? 'The Lost Tribe'

  [Copy link]
Post time 4-3-2019 01:53 PM | Show all posts |Read mode




"Pernahkah anda terfikir kenapa negara kita aman? Negara kita terletak di tempat geografi yang sangat stratergik sehingga barat sangat cemburu dengan selat Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Di kala negara Islam lain bergolak, kita di Nusantara masih aman tanpa sebarang pergolakan. Tahukah anda, Yahudi sedang memerhatikan kita dari jauh untuk menjatuhkan kita?"

Pernah terdengar atau terbaca petikan seperti di atas? Jika anda pernah baca, maka di sini lah huraiannya.


1. Benarkah Yahudi Memerhatikan Kita?

★ Wallahualam. Sesunggguhnya hanya Allah SWT yang mengetahui. Persoalan ini sepatutnya dipinda kepada soalan, "Mengapa perlu bangga jika Yahudi memerhatikan Melayu?"






Apa yang saya perhatikan ialah ada diantara orang kita berasa sangat bangga apabila Yahudi sedang memerhatikan Melayu. Bagi mereka itu ibarat suatu penghormatan kerana kononnya dengan perkara seperti itu berlaku, sesungguhnya Yahudi sedang takut pada Melayu.

Ini ialah kesimpulan yang tergopoh-gapah. Disebalik keamanan kita, percaya lah keamanan itu datang dari Allah SWT dan bukannya kerana anda ialah Melayu. Jika Allah SWT kehendaki Melayu bergolak, Allah SWT boleh melakukannya.

Yahudi tidak perlu pun memerhatikan geografi Nusantara. Tiada apa pun di Nusantara yang menjadi tempat suci mereka. Malah, The Greater Israel juga tidak memasukkan peta Nusantara. Adapun yang mengatakan Yahudi percaya Melayu ialah 'The Lost Tribe' milik Yahudi, itu semua hanyalah dakwaan yang tidak penting pun bagi seorang Muslim.



( Peta angan-angan The Greater Israel )





Jika benar pun Melayu ialah Lost Tribe, adakah itu membuatkan anda lebih bangga apabila menjadi sebahagian dari Yahudi. Tahukah anda Yahudi ialah kaum yang dilaknat Allah?

Sepatutnya kita bersyukur kerana lahirnya kita di atas nikmat Islam dan Iman. Lahirnya kita di atas nikmat hidayah Allah SWT.  Kerana Melayu memang semuanya akan lahir dalam keadaan keluarga Islam.



2. Kenapa Yahudi  Ingin Perhatikan Melayu?

★ Melayu yang telah mulai mengikuti adat-adat barat. Lelaki Melayu memakai gelang  dan seluar yang sengaja dikoyakkan. Lelaki Melayu juga telah ada yang bertindik telinga. Juga tidak terlepas dari pengaruh gay. Lelaki Melayu lah yang itu dan yang ini.

Wanita Melayu lah yang banyak membuka aurat mereka. Mempromosikan syarikat menggunakan jasad mereka di papan iklan. Wanita Melayu lah yang rata-ratanya tabaruj. Wanita Melayu lah yang itu dan yang ini.

Melayu pada hari ini lah yang tidak menjaga ikhtilat, sosial yang melampau dan yang kuat berkata kotor. Melayu pada generasi ini lah yang merasakan cakap  kotor itu sesuatu yang dibanggakan dan berasa seronok dalam berkatakannya.

Disebalik segala perkara di atas, apakah asbab yang Yahudi perlu risaukan? Sedangkan Melayu telah terhakis akhlak dan nilai murninya. Apakah yang Yahudi nak risaukan, sedang kita telah jatuh di dalam perangkap mereka? Apa yang Yahudi hendak risaukan, sedang Melayu masih sibuk dengan kematian artis pujaan mereka? Tiada risau.


3. Siapa Yang Memerhatikan Melayu?

Dikala kita bangga dengan Yahudi memerhatikan kita, adakah kita masih sedar bahawa Allah SWT lah yang sebenarnya terus memerhatikan kita?

Apalah yang hendak dibanggakan Yahudi memerhatikan Melayu, sedangkan Allah itu Maha Melihat, tidak pernah pula kita menggembar gemburkan. Melayu menolak syariat di kala Allah melihat mereka. Melayu menambah syariat baharu ketika Allah melihat mereka. Tidak kah Melayu sedar akan hal itu?

Di belakang sahabat kita, kita memburukkan namanya. Mengumpat dan mencacinya. Dengan harapan mangsa umpatan tidak tahu. Ketahuilah bahawa Allah sedang memerhatikan kita. Ketika mencuri, pencuri akan memilih waktu di mana sedikit orang disekitar. Dengan harapan perbuatannya tersembunyi. Ketahuilah bahawa Allah sedang memerhatikan.

Apabila kita berbuat amal, kita mahu orang lain seluruhnya mengetahui amalan kita. Sedang kita pergi kuliah agama, kita menerbitkan pautan (post) laman sosial yang membuatkan orang tahu kita sedang di kuliah tersebut.

Atau, mereka tidak memberi tahu secara jelas, tetapi diberitahu secara lapik namun tetap dengan niat, orang tahu akan amalnya. Tidakkah kita beriman bahawa Allah itu Maha Melihat. Walau sedekah yang kita campakkan itu hanyalah sebanyak 5 sen, Allah tetap melihat dan memberikan ganjaran kepadanya.

Kadang kala kita berasa rugi, jika amal kita itu tidak diketahui orang. Kadang kala kita bertanya pada orang lain tentang amal mereka sedangkan kita tiada hak untuk iti. Cukuplah ibadah dan amal itu hanya kita yang tahu. Allah Maha Melihat, dan Allah Maha Tahu. Ketahuilah, Allah sedang memerhatikan kita wahai Melayu.


Kesimpulannya:- Sentiasa lah bersyukur dengan nikmat Iman dan Islam yang kita ada. Cukup lah iman untuk menaikkan kedudukan kita di sisi tuhan. Kadang kala kita terlampau bangga dengan darah yang mengalir di dalam daging kita, sehingga tergelincir di dalam kancah ketaksuban. Berkata aku lah darah Hang Jebat dan aku lah keturunan ke - 7 Tok Ku Paloh. Ada yang sibuk mendakwa dia ialah keturunan Merong Mahawangsa malah ada yang sibuk mendakwa "Kita lah Melayu The Lost Tribe Of Israel". Cukup-cukup lah, cukup Islam sebagai agama kita.

Wallahualam











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2019 04:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 05:12 PM | Show all posts
"wanita melayulah yg banyak membuka aurat mereka".... err, wanita lain tak byk buka aurat eh?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Aurat Bini ke Hulu hilir kunun sambil bapak2 datuk2 tiri2 pergi merogol memedo anak kohkohkoh
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 07:06 AM | Show all posts
ninja boy replied at 5-3-2019 12:18 PM
Aurat Bini ke Hulu hilir kunun sambil bapak2 datuk2 tiri2 pergi merogol memedo anak kohkohkoh

Mau heran konon. Ptuih. Macam bangsa lain tak ada buat
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 02:59 AM | Show all posts
bukan kate melayu ni lost link dari salah satu keturunan yahud ke ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2019 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Melayu Tak bergolak???


YG kehulu kehilir Melayu tertindas tu menda?

Negara Pon Melayu dah Tak da...Ada ke Negara Melayu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 07:59 PM | Show all posts

Yang tak ada negara tu bugis la ngok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 07:59 PM | Show all posts
Baru segelintir melayu paranoid...ada bahalol heran
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 22-3-2019 07:59 PM
Yang tak ada negara tu bugis la ngok.

Ada ke nama Negara Melayuland?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 07:16 AM | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 22-3-2019 12:28 PM
Ada ke nama Negara Melayuland?

Ada ke negara Italialand ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Asyik kena laknat je...dh nk  jadi Yehudi pulak
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepasni boleh la panggil Melayu Laknatullah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 07:30 AM | Show all posts
nobito replied at 23-3-2019 05:18 PM
Asyik kena laknat je...dh nk  jadi Yehudi pulak

Maunye kau tak kena hina. Kena laknat. Dah ngaku yahudi, ngaku bisexual pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena panggil Melayu Laknatullah ke hape????
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena panggil Melayu Laknatullah ke hape????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2019 12:54 PM | Show all posts
nobito replied at 24-3-2019 08:09 AM
Kena panggil Melayu Laknatullah ke hape????

dah terdesak sangat ko ni kan ? pehal ko login dua dua ID ko dalam ni ? hahaha

sudah sudah la tu.... berforum la dengan aman. kutok kutok secara aman sudah la.... provoke banyak sangat pon tak dapat apa....
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
winamp05 replied at 24-3-2019 12:54 PM
dah terdesak sangat ko ni kan ? pehal ko login dua dua ID ko dalam ni ? hahaha

sudah sudah l ...

Suke hati aku la nyah...

Yang ko busuk hati dah knape?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 10:02 PM | Show all posts
artikel syok sendiri sungguh ,melayu asal sumatra bukan yahudi
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 06:56 AM | Show all posts
trofi replied at 26-3-2019 02:02 PM
artikel syok sendiri sungguh ,melayu asal sumatra bukan yahudi

Melayu asal semenanjung la nyah. Memang tak ada kaitan dengan yahudi bangsa hamba seks, tikus makmal hitler, hamba abdi kepada bangsa lain
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.280078 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list