"Aduh, kenapa dengan troli aku kau angkut sekali?"
Pelakon, penerbit dan usahawan Datuk Rosyam Nor memuat naik sebuah gambar di mana trolinya telah 'dirembat' salah seorang pelanggan ST Rosyam Mart.
Walaupun ramai yang terhibur dengan situasi itu, namun banyak juga kecaman dilemparkan terhadap individu terbabit.
Segelintir netizen menyifatkan gadis berkenaan seorang yang pemalas memandangkan barangannya tidaklah banyak mana dan masih boleh diangkut dengan mudah tanpa perlu menggunakan troli.
Dalam masa sama, orang ramai mempersoalkan bagaimana dia boleh terlepas membawa troli itu masuk ke dalam LRT.
Kredit foto: IG Rosyam Nor
Kejadian pengguna membawa troli pulang bersama bukanlah perkara asing lagi. Mereka bukan sahaja mementingkan diri dan tidak bertanggungjawab, malah menyusahkan banyak pihak apabila troli di pasar raya berkurangan. - CARI |