CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15386|Reply: 149

[Tempatan] [ Update ] Anak Perempuan Dipukul Guna Tukul Kini Stabil

 Close [Copy link]
Post time 5-3-2019 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Remyda at 7-3-2019 09:31 AM

SELASA, 5 MARCH 2019 @ 3:05 PM

PARIT BUNTAR: Seorang wanita parah dipukul bapanya menggunakan tukul pemecah dinding di Parit Sungai Melan, Kuala Kurau, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, berkata polis menerima panggilan dari petugas Hospital Parit Buntar (HPB) kira-kira jam 7.25 malam, memaklumkan menerima kes seorang wanita berusia 24 tahun parah selepas dipukul menggunakan senjata tumpul.

Katanya, pihaknya segera menjalankan siasatan sebelum menahan suspek iaitu bapa mangsa yang berusia 58 tahun di hospital sama.

“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku antara jam 5.30 petang hingga 6.30 petang semalam ketika bapa mangsa yang bekerja sebagai tukang rumah dikatakan baru pulang dari bekerja.

“Ketika kejadian, mangsa sedang membaca al-Quran sebelum didatangi bapanya yang secara tiba-tiba bertindak memukul mangsa di beberapa bahagian di kepala menggunakan tukul pemecah dinding miliknya.

“Akibat kejadian itu, mangsa parah manakala bapanya yang menyesal dengan kejadian itu bertindak mencederakan diri dengan menghentakkan kepalanya pada dinding rumah dan menerima lima jahitan di kepala.

“Suspek turut mengalami keretakan pada tulang tapak tangan kiri akibat tindakannya mencederakan dirinya sendiri,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat rombongan Ahli Majlis Daerah Kerian (MDK) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, di sini hari ini.

Omar Bakhtiar berkata, siasatan awal mendapati bapa mangsa bertindak demikian berikutan mangsa yang sehingga kini masih belum mendapat sebarang tawaran pekerjaan selepas menamatkan pengajian dan mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang perakaunan.

Beliau berkata, mangsa yang parah menerima rawatan di Hospital Taiping dan kini dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh berikutan kecederaan serius yang dialami kesan dari hentakan dan pukulan tukul berkenaan.

Katanya, polis sudah menahan bapa mangsa ketika mendapatkan rawatan di hospital dan sedang memohon perintah reman terhadapnya hari ini.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2019 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tergamak ayah...
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

MANGSA. FOTO Ihsan Pembaca
WANITA parah dihentak dengan tukul pemecah dinding dalam kejadian di Parit Sungai Melan, Kuala Kurau, dekat Parit Buntar, semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada petugas Hospital Parit Buntar pada 7.25 malam, memaklumkan wanita berusia 24 tahun itu parah dipercayai dipukul menggunakan senjata tumpul.

Menurutnya, susulan laporan itu pihaknya segera menjalankan siasatan dan menahan suspek iaitu bapa mangsa yang berusia 58 tahun di hospital sama.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku antara jam 5.30 petang hingga 6.30 petang semalam ketika bapa mangsa yang berkerja sebagai tukang rumah dikatakan baru pulang dari berkerja.

“Ketika kejadian, mangsa sedang membaca al-Quran sebelum didatangi bapanya yang secara tiba-tiba bertindak memukul mangsa di kepala menggunakan tukul pemecah dinding.

“Akibat kejadian itu, mangsa parah manakala bapanya yang dipercayai menyesal dengan kejadian itu bertindak menghentak kepalanya pada dinding rumah dan menerima lima jahitan di kepala.

“Suspek juga mengalami keretakan pada tulang tapak tangan kiri akibat tindakan mencederakan dirinya sendiri,” katanya ketika ditemui media selepas menerima kunjungan hormat Ahli-Ahli Majlis Daerah Kerian (MDK) di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian di Parit Buntar, hari ini.

Hadir sama Setiausaha MDK, Norhafisah Mohamad.

Menurutnya, siasatan juga mendapati punca kejadian dipercayai bapa mangsa bertindak demikian kerana mangsa belum menerima pekerjaan selepas mendapat ijazah dalam perakaunan.

“Polis menahan suspek ketika menerima rawatan di Hospital Parit Buntar dan proses permohonan reman akan dibuat hari ini.

“Mangsa yang parah menerima rawatan awal di Hospital Taiping dan kini dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) berikutan kecederaan serius dialami kesan hentakan tukul itu.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mac 2019 @ 3:14 PM
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahu...hmmm...berat bahu memandang berat lagi bahu yg memikul
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 03:39 PM | Show all posts
pakcik dah kenapa? mental ker?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 03:48 PM | Show all posts
sedihnyaaa baca...memang tergamak betul ayahnya
tgh baca quran kena pukul
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 03:48 PM | Show all posts
maybe sbb hidup susah kot...Allahu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2019 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Gamaknya ada la tu..org keliling si ayah dok perli2 ayah tu.. anak dah ada degree masih menganggur.. ayah tu dah habis sabor le tu.. lepas geram kat anak.. kesian...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 03:55 PM | Show all posts
kesiannya ko dik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2019 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Spesies bapak hadap duit anak ni..
Dari kecik sampai besar aku dah banyak keluar duit,  dah habis belajar masih lagi tak keluarkan hasil...  (tak kerja)
Tambah lagi mulut cibai makcik pakcik bawang gelakkan pakcik agaknya pasal si anak masih menganggur..

Duk lokap je la pakcik..
Dah tak payah susah penat bagi makan kat anak.
Bini pun senang mintak fasakh..

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 03:57 PM | Show all posts
dalam keadaan ekonomi skrg.. mmg payah nak dapat keje..
tapi kalau pukul ngan tukul pun bknnye ank pakcik dapat keje..

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 03:59 PM | Show all posts
bapak dia tendion anak ada ijazah akaun tarak kerja padahal orang yg tipu ada konon ijazah akaun jadi menteri

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 03:59 PM | Show all posts
mohon hantar bapak itu ke rumah kebajikan lepas ni ye dik...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahuakbar. Moga dipermudahkan urusan mu dik sedihnye
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 04:05 PM | Show all posts
frust betul agak nye anak blum dpt keje
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 5-3-2019 03:56 PM
Spesies bapak hadap duit anak ni..
Dari kecik sampai besar aku dah banyak keluar duit,  dah habis  ...

Betul tu. Ksian anak dia. Dah la susah bljar akaun. Skg dah cedera parah. Hentakan kt kpala tu klau hdup pun mgkin ada kcacatan kekal. Moga beliau diberi ksembuhan. Mereput je la bapak mental dia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 04:06 PM | Show all posts
Stress sangat ke pakcik ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2019 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga diberi kesembuhan & kesabaran buat adik ni

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 04:10 PM | Show all posts
woi

apa gila hentak dgn hammer dinding tu???

bergegar otak anak tu la sial betul bapak macam ni!
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga adik ni cepat dapat kerja dan dipermudahkan hidupnya. ..amin. ....
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 04:16 PM | Show all posts
Mungkin ayahnya sakit jiwa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.135680 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list