CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7005|Reply: 29

Kisah Cinderella Dari Jepun : Cinta Sejati Maharani Michiko & Maharaja Jepun

  [Copy link]
Post time 7-3-2019 06:53 PM | Show all posts |Read mode
Maharaja Akihito melakar sejarah Jepun moden dengan memecah tradisi keluarga diraja Jepun apabila mengahwini Michiko Shoda, seorang gadis daripada kalangan rakyat biasa. Kisah Maharani Michiko yang mengahwini keluarga diraja diibaratkan seperti kisah Cinderella dari Jepun. Kisah cinta diraja yang sudah berusia 60 tahun tetapi masih kekal kedengaran romantik.
Akhbar di Jepun sering menggelar jodoh di antara Putera Mahkota Akihito yang kemudian menjadi Maharaja Jepun dan Michiko Shoda, seorang gadis biasa tanpa pertalian atau ikatan dengan kerabat diraja Jepun sebagai ‘ikatan yang telah ditakdirkan’.

Michiko Shoda dilahirkan pada 20 Oktober 1934 di Tokyo dan merupakan anak sulung kepada pasangan Hidesabuto Shoda dan Fumiko Soejima. Bapa Michiko merupakan pemilik perusahaan Nissin Flour Milling Company. Keluarga Shoda amat terkenal di Jepun dengan kecemerlangan di dalam bidang akademik dan perniagaan. Dua orang ahli dalam keluarga Shoda pernah menerima anugerah tertinggi Pingat Kebudayaan, anugerah kurniaan Maharaja Jepun pada peringkat tertinggi yang diberikan kepada seorang artis.

Ibu bapa Michiko Shoda mahu membentuk anak gadis mereka menjadi golongan sosialit dan berpendidikan, dan semenjak kecil Michiko mendapat pendidikan di sekolah Inggeris aliran Kristian. Memiliki pencapaian akademik yang cemerlang semenjak kecil dengan pernah menjadi presiden persatuan pelajar, sejak dari mula Michiko sememangnya merupakan seorang pelajar yang bijak dan berpersonaliti menarik. Michiko kemudian telah dihantar ke luar negara untuk melanjutkan pengajian dalam kesusasteraan Inggeris di Universiti Harvard dan Oxford.

Oleh kerana Michiko Shoda sentiasa bergaul dengan golongan atasan, anak gadis ini sering berkunjung ke Villa Karuizawa di Nagona untuk belajar bermain tenis. Bermula dari sini, Michiko telah berkenalan dengan Putera Mahkota Akihito. Pada satu hari dalam tahun 1957, Michiko telah dipelawa bermain tenis dengan Putera Mahkota Akihito dan dalam perlawanan itu, Putera Mahkota telah tewas kepada seorang gadis. Sejak dari itu, baginda telah jatuh cinta pandang pertama dan terus ingin mengambil tahu mengenai gadis cantik dan mempesona yang telah mengalahkannya.
Putera Mahkota sentiasa menggunakan alasan bermain tenis untuk keluar dari istana dan secara rahsia telah keluar berjanji temu dengan Michiko. Perasaan kasih dan sayang semakin bertaut sehingga mereka meluahkan rasa hati masing-masing untuk menjadi pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta. Pada waktu itu, Putera Mahkota Akihito baru berusia 18 tahun dan mula memikirkan hal perkahwinan.
Kemudian, atas dasar rasa cinta yang amat mendalam terhadap Michiko Shoda, Putera Mahkota Akihito telah mengambil keputusan melamar untuk berkahwin dengan Michiko pada tahun 1958. Namun begitu, oleh kerana Michiko Shoda merupakan orang kebanyakan yang tiada pertalian dengan keluarga diraja, sudah pasti ia mendapat tentangan hebat daripada pihak istana.
Akan tetapi kesemua bantahan itu diketepikan apabila Maharaja Hirohito, iaitu ayahanda Putera Mahkota Akihito memberi perkenan ke atas perkahwinan itu, yang akhirnya menjadi sejarah pertama seorang rakyat biasa bernama Michiko Shoda bakal mengahwini kerabat diraja Jepun yang merupakan pewaris takhta Jepun.

Pada zaman itu, kisah cinta Putera Mahkota sentiasa menjadi perbualan hangat dengan rasa ingin tahu dan kebimbangan di kalangan masyarakat Jepun apabila buat pertama kali dalam sejarah keluarga diraja Jepun, Putera Mahkota Akihito sendiri telah memutuskan untuk berkahwin dengan seorang gadis dalam kalangan rakyat biasa.
Baginda tidak memilih seorang gadis bangsawan yang telah ditentukan oleh agensi ‘Imperial Household Council’ yang telah dilantik oleh kerabat diraja dalam menguruskan hal dalaman keluarga diraja Jepun, yang merupakan satu tradisi dengan usia berabad-abad lamanya.

Putera Mahkota Akihito mengejutkan rakyat Jepun apabila membuat pengumuman untuk mengahwini Michiko Shoda, dengan memecah tradisi, adat istiadat dan peraturan Keluarga Diraja Jepun. Buat pertama kali dalam sejarah Jepun apabila seorang bangsawan dari keluarga diraja Jepun memilih untuk berkahwin dengan rakyat biasa.
Namun, Michiko Shoda telah dilahirkan dengan penuh persediaan untuk menyesuaikan diri dengan adat istiadat dan protokol keluarga diraja. Akhirnya, Michiko Shoda telah berjaya menempuh segala halangan dan tentangan pihak istana dengan menjadi rakyat biasa pertama yang mengahwini Putera Mahkota Jepun pada 10 April, 1959.

Kisah cinta diraja seperti kisah pari-pari Cinderella ini tidak pernah lekang dengan gosip. Kedengaran desas-desus di kalangan pihak istana bahawa Maharani Khojun tidak menyenangi Puteri Mahkota Michiko dan sering memberi tekanan kepadanya dalam menurut protokol diraja. Namun sokongan rakyat jelata dan suami tercinta telah menaikkan semangat Puteri Mahkota Michiko dan membuatnya berasa gembira untuk terus kekal berada di dalam istana.

Dalam jangka masa yang singkat, Puteri Mahkota Michiko telah berjaya memenangi hati dan jiwa rakyat Jepun dengan keupayaannya memahami dunia luar dan memisahkan tembok istana yang dianggap sebagai dunia asing oleh rakyat jelata. Puteri Mahkota Michiko berjaya mengubah sistem monarki cara tradisi kepada monarki moden dengan lebih berjiwa rakyat, membuat rakyat jelata menjadi semakin sayang kepadanya.

Putera Mahkota Akihito dan Puteri Mahkota Michiko membina keluarga bahagia apabila dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Putera Naruhito, Putera Akishino dan Puteri Nori atau Sayako Kuroda. Agak berlainan dengan tradisi kerabat diraja Jepun sebelum ini apabila Putera dan Puteri Mahkota mengambil keputusan untuk menjaga sendiri ketiga-tiga anakanda mereka. Puteri Mahkota Michiko membesarkan dan mendidik anakandanya tanpa pengasuh peribadi yang dilantik oleh pihak istana.

Dalam satu temuramah, Maharani Michiko berkata, “Saya selalu meminta nasihat baginda Maharaja dalam setiap isu. Saya berasa amat bersyukur kerana telah banyak menerima sokongan dan nasihat berharga daripada baginda. Kesemuanya amat berguna buat saya.

Sejak menaiki takhta pada 7 Januari 1989 selepas kemangkatan Maharaja Hirohito, Maharaja Akihito dan Maharani Michiko telah menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada negara dengan penuh cemerlang. Selepas mengambil alih tugas, Maharani Michiko telah membuat beberapa perubahan dalam istana apabila menambah peranan wanita dalam pengurusan di istana. Jika menurut protokol dahulu, seorang Maharani tidak dibenarkan berada di dapur kerana status mereka yang terlalu tinggi dan tidak boleh disentuh. Tetapi kini baginda telah memansuhkan peraturan dan protokol itu apabila Maharani diberikan hak untuk memasuki dapur dan boleh memasak sendiri jika baginda mahu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2019 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya aku tersalah board kut ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2019 07:04 PM | Show all posts
Cara Maharani Michiko menguruskan keluarga diraja dengan gayanya yang tersendiri tanpa terlalu terikat dengan protokol dan adat istiadat istana telah banyak memberi kesan dan pengaruh yang besar dalam kalangan ahli keluarga diraja. Ketiga-tiga anakanda baginda dibesarkan dengan kehidupan mengikut cara yang berjiwa rakyat serta merendah diri.
Puteri Mahkota Naruhito dan Putera Akishino juga telah berkahwin dengan rakyat biasa seperti ayahanda mereka. Begitu juga dengan Puteri Nori yang telah dilucutkan gelaran puteri kerana mengahwini rakyat biasa. Melihat kepada cinta dan kasih sayang ayahanda dan bonda sendiri, menyebabkan mereka juga memilih perkahwinan berdasarkan rasa cinta dan atas pilihan sendiri.

Sejak menaiki takhta, Maharaja Akihito dan Maharani Michiko telah mengadakan lawatan diraja secara rasmi di 26 buah negara. Maharaja dan Maharani Jepun ini juga telah melawat kesemua 47 buah bandar dan wilayah termasuk kawasan pedalaman sehingga pulau-pulau terpencil di Jepun.
Baginda berdua sentiasa aktif menyertai aktiviti sosial dan kemasyarakatan, serta pelbagai festival yang menggalakkan perlindungan alam sekitar, membantu golongan miskin dan menganjurkan aktiviti kebajikan untuk kanak-kanak, orang kelainan upaya dan warga emas di serata Jepun. Tonggak kekuatan pemerintahan Maharaja Akihito yang sentiasa berjiwa rakyat serta merendah diri sehingga disayangi rakyat jelata ialah Maharani Michiko yang sentiasa berada dibelakangnya.

Walaupun kini sudah semakin berusia dan uzur, Maharaja Akihito, 86 tahun dan Maharani Michiko, 85 tahun tetap bertenaga untuk bangkit di awal pagi dan melakukan aktiviti senaman dengan berjalan di taman atau hutan berdekatan Istana Diraja. Rutin harian dan kegemaran baginda berdua ialah melihat keindahan alam semula jadi dan perubahan musim secara dekat bersama-sama.

Di waktu hujung minggu, apabila mempunyai kelapangan dan kesihatan mengizinkan, pasangan diraja ini akan bermain sukan kegemaran mereka sejak dahulu iaitu tenis, mengenang kembali ‘kisah cinta gelanggang tenis’.

Pada tahun 2015, Maharani Michiko membuat pengumuman yang baginda tidak mahu diberi penghormatan diraja setelah mangkat, atas alasan baginda merupakan golongan rakyat jelata. Menurutnya, baginda hanya mahu tinggal di istana dan menghabiskan sisa-sisa hidup bersama kekasih hatinya, Maharaja Akihito sama seperti mana orang lain yang mencintai pasangan masing-masing. Dan itu sahaja sudah mencukupi.

Kisah cinta Maharani Michiko dan Maharaja Akihito tetap utuh dan kini sudah berusia 60 tahun. Rakyat jelata sentiasa terpesona, mengagumi serta amat berbangga dengan perkahwinan bahagia pilihan Maharaja Akihito. Di mata rakyat Jepun, kisah cinta sejati di antara Maharaja dan Maharani mereka menjadi contoh kisah cinta yang sentiasa segar dan tidak pernah pudar oleh peredaran masa. Kisah cinta pasangan diraja paling hebat dalam sejarah Jepun moden.


Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Comelllll.up versi jepun
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaaa so history board material ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 07:50 PM | Show all posts
oops! salah bod ni.  i move ke bod kenamaan.

terima kasih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2019 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala chuols, rakyat biasa pun tengokla bapak dia sapa, circle dia sapa, belajar kat mana.

Bukan pempuan sebarangan diangkat jadi princess
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2019 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2019 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Letak la mana tempat sesuai. Pasainya aku terbaca pulak kisah ini. Rasa nak tepek pulak. Mahap la ye kalau dah pernah ada kisah ini

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2019 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Comelnyaaa!
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 08:57 PM | Show all posts
Edited by zennaya at 7-3-2019 09:02 PM

maharani michiko memang rakyat biasa,tapi bertaraf VIP. bukan keluarga cikai jepun. baginda tak canggung dgn kehidupan penuh protokol diraja. sebab tu pemilihan isteri dikalangan putera mahkota perlu dilakukan dgn teliti. cari isteri kalangan rakyat biasa,x jadi masalah,yg jadi masalah bila minah flat jadi queen in the future. not from socialite VIP family
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2019 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Cute sangat love story diaorang
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2019 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
The kids pun kahwin with their own choices
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2019 10:36 AM | Show all posts
satu pengajaran kisah cinta yg baik, tapi circle maharani semasa rakyat biasa pun dh taraf VIP sebab dari keluarga yg ada2, bukan org2 biasa sgt
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2019 11:42 AM | Show all posts
cantik beliau masa muda..
btw, kenapa putera bolh kahwin dgn rakyat biasa tapi puteri kena lucut gelaran? so tak adil..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2019 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 8-3-2019 03:42 AM
cantik beliau masa muda..
btw, kenapa putera bolh kahwin dgn rakyat biasa tapi puteri kena lucut ge ...

Tak silap anak perempuan bila dah kawen tak boleh bawak nama family, beza dgn anak lelaki still can carry on wlpun kawen marhaen. Sama dgn 2 cucu maharaja skrf, pun kawen dgn org biasa, terus buang tittle
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2019 01:21 PM | Show all posts
zennaya replied at 7-3-2019 08:57 PM
maharani michiko memang rakyat biasa,tapi bertaraf VIP. bukan keluarga cikai jepun. baginda tak cang ...



betul.
bapak ada kilang sendiri lagi
belajar oversea
circle sosialite segala
takda la marhaen mana pun.
tu dia boleh adapt dengan protokol istana.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2019 01:52 PM | Show all posts
nazzse replied at 8-3-2019 01:04 PM
Tak silap anak perempuan bila dah kawen tak boleh bawak nama family, beza dgn anak lelaki still ca ...

oo gitu..tapi kesian lah kan..
kalau tak dapat jodoh dgn keturunan raja..ye lah, blm tentu blh dpt anak raja yang almost sebaya, tall dark and handsome..eh..


Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2019 02:50 PM | Show all posts
walaupun bukan darah raja tapi dia bukan dari keluarga beshe beshe...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.166235 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list