CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3197|Reply: 12

Mmg ini yg reality sahabat zaman sekarang

[Copy link]
Post time 7-3-2019 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Mrperfect2 at 7-3-2019 08:14 PM

http://masterchefmy.com/sengaja-aku-pakai-pakaian-yang-selekeh-dan-kereta-buruk-bila-pergi-reunion/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2019 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
adoi link ja ka tt, bagi la info ke gambar ke sejemput duq buat tatapan kami
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2019 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sengaja Aku Pakai Pakaian Selekeh Dan Kereta Buruk Bila Pergi Reunion”
Pada suatu petang pada hari cuti, seorang sahabat telah mengajak saya menemaninya ke kedai spare parts. Saya dengan rela hati menemaninya lalu kami pergi ke bandar Klang.

Usai membeli barangan yang dikehendaki, dia mengajak saya mengikutnya ke majlis reunion rakan sekolah rendahnya. Sudah tentu saya rasa keberatan kerana saya tidak mengenali sesiapa di situ.

Tambahan pula pada ketika itu saya berpakaian agak selekeh. Namun dia tetap mendesak saya mengikutnya membuatkan saya tiada pilihan kerana saya menumpang keretanya. Dia berjanji, perjumpaan itu hanya sekejap sahaja.

Di restoran berhawa dingin itu, beberapa sahabat lamanya sudah mula datang dan berbual-bual di dalam kelompok-kelompok kecil. Di luar, terdapat deretan kereta-kereta mewah.

Dia masuk berjumpa dengan mereka dan bertegur sapa. Rata-rata mereka sudah lama tidak berjumpa atau bertegur sapa secara bersemuka sudah berpuluh tahun. Saya pula turut bersalam dan diperkenalkan sebagai anak saudaranya.

Apabila ditanya mengenai isteri dan anak-anak, sahabat saya menyatakan bahawa isteri dan anaknya terpaksa menghadiri kenduri jiran sebelah rumah.

Saya hanya menjadi pemerhati di majlis itu sambil menghabiskan makanan yang terhidang. Saya dapat perhatikan sahabat-sahabat satu sekolah ini terbahagi kepada pelbagai kelompok. Ada kelompok guru, businessman, kakitangan kerajaan, suri rumah dan penyendiri.

Sahabat saya disambut hambar oleh sahabatnya yang berstatus, mereka sekadar berjabat salam dan berbual bertanya khabar diri, keluarga, kerja dan kereta yang dipakai.

Ya, itulah soalan yang ditanya oleh rata-rata mereka di majlis tersebut. “Woi! Kau pakai kereta apa sekarang?” Saya yang mendengar turut terasa jengkel. Ini perjumpaan sahabat sekolah atau perjumpaan show off kereta?

Lebih memualkan apabila ada sahabatnya yang terang-terang bercerita mengenai perniagaannya yang besar, berkahwin dua, membeli pelbagai hartanah, ada pelbagai kereta mewah dan sering melancong ke luar negara.

Sahabat saya hanya banyak tersenyum dan menganggukkan kepala. Tidak mahu merintang angin sahabatnya yang mendabik dada sudah menjadi orang ada-ada.

Dua jam berlalu, sahabat saya mengajak saya pulang. Dia menemui sahabatnya yang lain dan memberitahu terpaksa pulang untuk menyertai isterinya di kenduri jiran rumah mereka. Rata-rata hanya bersalam dan kemudian terus berpaling berbual dengan sahabat yang lain, tidak mengendahkan sahabat saya lagi.

Hanya ada dua orang sahabatnya sahaja yang mengekori sehingga kereta. Mereka masih berbual-bual. Kira-kira 20 minit dan bergelak ketawa, mereka bukan calang-calang orang. Salah seorang adalah pengarah agensi kerajaan dan seorang lagi ahli perniagaan. Mereka berkekek ketawa bercerita tentang peristiwa melastik burung, memedap ikan puyu di paya dan dihambat jiran setelah mencuri durian.

Apabila ingin bersurai, saya tengok mereka berpelukan mesra dan saling bermaafan. Air mata mengalir di pipi masing-masing. Di dalam kereta, saya bertanya pada sahabat saya itu, kenapa dia tidak berpakaian cantik dan membawa kereta mewahnya?

Dia mempunyai kereta BMW, Mercedes, Honda, Toyota Hilux dan beberapa lagi kereta mewah yang lain. Tetapi Proton Wira yang sudah berusia buruk ini juga dibawanya.

“Memang saya sengaja. Saya nak melihat perangai sebenar sahabat-sahabat saya yang dahulu makan sepinggan dan susah senang bersama. Jadi akhirnya saya tahu saya sebenarnya hanya ada dua sahabat yang masih menganggap saya sahabat karib mereka. Sahabat tanpa syarat.” katanya. Saya diam dan termenung sendiri.

Saya sedar bahawa rumah cuma tempat berteduh, kereta cuma alat pengangkutan, pakaian cuma alas diri. Kita mampu memiliki dan mengganti kesemuanya itu bila-bila masa bergantung kepada kemampuan dan pilihan yang ada di tangan kita.

Ternyata harta yang dikumpul dalam hidup telah memisahkan banyak persahabatan. Namun jika hati masih ikhlas bersahabat tanpa syarat, persahabatan akan kekal sehingga ke hujung nyawa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
I tak penah gi reunion sekolah.. Mahupun tadika sampai la unibesiti
Tak minat.. Tak suka mengimbau kenangan.. Nanti asyik fikir nape dulu aku wat gitu.. Npe dulu aku tak wat gini..
Cukup la jumpa kawan2 rapat je lepak minum2
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 10:45 PM | Show all posts
pun tak suka pergi reunion sekolah..
suka bukak cerita2 lama pas tu gelak2..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2019 11:58 PM | Show all posts
Sahabat tanpa syarat
susah nak jumpa sekarang ni ..


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2019 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita dh terbiasa dgn citer kak hasanah

Yg ni plk citer abg hasan
Kot..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2019 10:24 AM | Show all posts
abg ai tak bagi ai gedik pi reunion...opismate dia lepas balik reunion mintak cerai kat laki sebab jumpe pakwe lama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2019 12:49 PM | Show all posts
Edited by brego at 12-3-2019 12:51 PM

takde faedah pun reunion campur laki bini orang nih.
menggalak kan maksiat ada ler. nak pulak bila jumpa ex.
mula la bergetar sana sini.

jadi tempat show off tu memang acara wajib.
soalan tipikal dalam reunion -
keje apa, kereta apa, dah kawin ke belum, anak dah berapa,
dan macam2 lagi small talk.

tak kuasa aku nak pegi reunion,
utk hadap perangai shallow and petty for some people.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah la pi reunion. Semua org ada jalan hidup masing2. Mereka yg skrg tidak spt dulu.mereka yg dulu tidal spt skrg
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai ke saat ini I mmg xpernah nk join reunion2 ni.....w/pun reunion kwn2 sek , reunion kwn2 kampung mmg xpernk jejak klu jumpa pun masa kenduri kendara dan hari Raya. Itu sahaja full stop nasib baik sama pesen dgn suami mmg xminat....tp my husband lg teruk kenduri klu jauh n bukan saudara dia xakan pergi.hanya pergi yg yg jiran3 dekat n saudara mara....

Br2 ni ada kwn sek dia suruh I pujuk my husband utk join reunion sek tp I just ckp depends on my husband klu dia nk I ok klu dia xnk I xblh buat apa
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 11:12 AM | Show all posts
reunions tu yg baik ny jmpa kawan2 lama, xbaikny selepas renion tu. so bila fikr balik baik xpayah ada dri ada..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 11:13 AM | Show all posts
sitisenyum replied at 14-3-2019 01:58 PM
Sampai ke saat ini I mmg xpernah nk join reunion2 ni.....w/pun reunion kwn2 sek , reunion kwn2 kampu ...

lebih baik elakkan, hehee nnti mkn hati pulak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.062582 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list