Mendiang Michael Jackson bersama Wade Robson yang masih kanak-kanak. Kredit foto: Daily Mail
Lagu-lagu mendiang Michael Jackson digam oleh sebahagian besar stesen radio di seluruh dunia termasuk di Australia, Kanada dan New Zealand berikutan pendedahan dua lelaki yang mendakwa mereka pernah menjadi mangsa penderaan seksual Raja Pop itu.
Kesemua stesen radio berkenaan mengambil tindakan itu selepas orang ramai menyuarakan kemarahan mereka terhadap Jackson.
Jackson bersama James Safechuck pada 1988. Kredit foto: Daily Mirror
Memetik laporan Daily Mail pada 7 Mac, tuduhan Wade Robson dan James Safechuck itu disiarkan dalam dokumentari HBO yang bertajuk Leaving Neverland.
Robson berusia tujuh tahun manakala Safechuck berumur 10 tahun ketika insiden berkenaan didakwa berlaku.
"Susulan apa yang sedang berlaku sekarang, SmoothFM tidak memainkan lagu-lagu Michael Jackson pada masa ini," kata pengarah program stesen radio tersebut, Paul Jackson.
Dokumentari yang mula disiarkan di Amerika Syarikat pada 3 Mac lalu telah membangkitkan semula persoalan tentang gosip melibatkan tuduhan hubungan Jackson dengan kanak-kanak yang sehingga kini belum dapat dibuktikan kesahihannya.
Sementara itu, para netizen menerusi Twitter masing-masing menyifatkan Robson dan Safechuck mengambil tindakan yang berani apabila membuat pendedahan tentang apa yang didakwa dilakukan oleh Jackson semasa mereka masih kanak-kanak.
Kredit foto: Twitter
"Menyedihkan bagi saya apabila ada orang yang menuduh mereka menipu - sangat jahil dan memalukan," kata seorang wanita.
Ada juga yang mempersoalkan kewajaran tuduhan tersebut kerana Jackson telah lama meninggal dunia dan sudah tentu beliau tidak lagi dapat mempertahankan dirinya.
Kredit foto: Twitter
"erbuatan memusnahkan legasi seseorang melalui pendapat awam dengan bersandarkan kepada tuduhan sepatutnya dianggap sebagai sesuatu yang memalukan," kata seorang netizen.
Tidak dapat dipastikan sama ada stesen-stesen radio di Malaysia akan mengambil tindakan serupa terhadap lagu-lagu Raja Pop yang masih diminati ramai walaupun beliau telah meninggal dunia hampir 10 tahun lalu. - CARI |