Bagaimana agaknya apabila lagu-lagu popular yang menjadi kegemaran kita dinyanyikan penyanyi lain?
Budaya "tolak menolak" lagu di dalam kalangan penggiat seni antarabangsa mahupun tanah air tidaklah asing di kalangan peminat muzik di seluruh dunia.
Jom kita baca di bawah lagu-lagu popular yang pernah di"reject" selebriti Hollywood dan siapa pula yang berjaya mempopularkan lagu-lagu tersebut!
Baby One More Time
Dicipta untuk: TLC
Dipopularkan oleh: Britney Spears
TLC menolak untuk merakamkan lagu ini kerana menganggap liriknya terlalu kebudak-budakan di samping mempromosi keganasan apabila menggunakan lirik "Hit me..." di dalam lagu tersebut. Ternyata lagu ini membawa tuah untuk Britney!
Disturbia
Dicipta untuk: Chris Brown
Dipopularkan oleh: Rihanna
Chris Brown merasakan lagu ini lebih sesuai untuk dinyanyikan oleh Rihanna.
Whataya Want From Me
Dicipta untuk: Pink
Dipopularkan oleh: Adam Lamber
Pink berpendapat lagu ini lebih sesuai direkodkan oleh penyanyi lelaki.
Toxic
Dicipta untuk: Kylie Minogue
Dipopularkan oleh: Britney Spears
Kylie Minogue tanpa ragu-ragu terus menolak lagu ini yang kemudiannya disambar oleh Britney. Ternyata lagu ini merupakan lagu terbaik nyanyian Britney sehingga melayakkannya menerima anugerah Grammy.
Don't Cha
Dicipta untuk: Paris Hilton
Dipopularkan oleh: Pussycat Dolls
Pasti Paris Hilton menyesal tidak berkesudahan apabila mendapat tahu lagu ini menjadi sangat popular di seluruh dunia!
Umbrella
Dicipta untuk: Britney Spears
Dipopularkan oleh: Rihanna
Dicipta khas untuk Britney, syarikat rakamannya menolak lagu ini kerana album Britney berjudul Blackout ketika itu sudah mempunyai material yang secukupnya.
I'm A Slave 4 U
Dicipta untuk: Janet Jackson
Dipopularkan oleh: Britney Spears
Disambar terus oleh ratu pop Britney setelah Janet tidak berminat untuk meletakkan lagu tersebut di dalam album beliau.
S.O.S
Dicipta untuk: Christina Millian
Dipopularkan oleh: Rihanna
Lagu pertama yang menaikkan nama Rihanna ke pentas antarabangsa setelah Christina tidak berminat dengan lagu ini.
Since U Been Gone
Dicipta untuk: Hilary Duff
Dipopularkan oleh: Kelly Clarkson
Diberi untuk Kelly Clarkson setelah Hilary gagal menyanyikan nada tinggi lagu ini dengan baik.
Rock Your Body
Dicipta untuk: Michael Jackson
Dipopularkan oleh: Justin Timberlake
Dicipta oleh Justin untuk idolanya, Michael tidak berminat lantas Justin merekodkan lagu ini untuk album solo pertama beliau.
Telephone
Dicipta untuk: Britney Spears
Dipopularkan oleh: Lady Gaga
Lady Gaga merakamkan sendiri lagu yang beliau hasilkan untuk Britney apabila Britney sekadar mahu meletakkan lagu ini di dalam album kompilasi beliau.
See You Again
Dicipta untuk: Eminem
Dipopularkan oleh: Whiz Khalifa
Eminem terlalu sibuk dengan projeknya yang lain sehinggalah lagu ini diberikan kepada Whiz Khalifa.
Milkshake
Dicipta untuk: Britney Spears
Dipopularkan oleh: Milkshake
Pihak pengurusan Britney berpendapat lagu ini terlalu lucah dan kebudak-budakan.
We Can't Stop
Dicipta untuk: Rihanna
Dipopularkan oleh: Miley Cyrus
Patutlah sekali dengar je dah tahu lagu ini pasti ditulis untuk Rihanna!
All About That Bass
Dicipta untuk: Adele/Beyonce
Dipopularkan oleh: Meghan Trainor
Sama ada Adele mahupun Beyonce, mereka tidak berminat dengan lagu ini yang kedengaran seakan lagu kanak-kanak riang.
Miss Independent
Dicipta untuk: Christina Aguilera
Dipopularkan oleh: Kelly Clarkson
Khabarnya Christina Aguilera masih menyesal kerana lagu ini telah diberikan kepada Kelly Clarkson.
We Found Love
Dicipta untuk: Nicole Scherzinger
Dipopularkan oleh: Rihanna
Salah satu kesilapan terbesar Nicole apabila melepaskan lagu ini. Tidak hairanlah karier beliau masih sendu sehingga sekarang!
Come and Get It
Dicipta untuk: Rihanna
Dipopularkan oleh: Selena Gomez
Dicipta untuk album Rihanna berjudul Talk That Talk. Rihanna tidak berminat dan kemudiannya diberikan kepada Selena.
I Don't Want To Miss A Thing
Dicipta untuk: Celine Dion
Dipopularkan oleh: Aerosmith
Komposer lagu ini mahu Celine menyanyikan lagu tersebut, tetapi masih berpuas hati apabila lagu ini dinyanyikan oleh rockers terkenal, Aerosmith.
Let's Get Loud
Dicipta untuk: Gloria Estefen
Dipopularkan oleh: Jennifer Lopez
Gloria memberikan lagu ini kepada Jennifer kerana merasakan genre lagu ini sudah biasa dirakamkan oleh beliau.
Wow! Bayangkan perasaan penyanyi yang telah menolak untuk merakamkan lagu-lagu hits di atas! Mesti kecewa agaknya apabila mendapat tahu lagu-lagu tersebut meletup! - CARI |