Zidane kembali semula ke Real Madrid setelah Presiden Real Madrid Florentino Perez memecat Santiago Solari kerana gagal mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara seminggu yang lalu.
Sebelum Zidane letak jawatan sebagai jurulatih pada musim lalu, beliau digantikan oleh Julen Lopetegui tetapi hanya bertahan selama 3 bulan kerana tidak konsisten dan kalah besar kepada Barcelona 5-1 sekali gus dipecat dan Santiago Solari mengambil alih tempat beliau.
Solari menggantikan Lopetegui pada 29 Oktober 2018 dan beliau menjadi jurulatih tetap kerana di dalam Liga Sepanyol tidak dibenarkan menggunakan jurulatih khidmat sementara. Beliau dipecat pada 11 Mac 2019.
Zidane menandatangani kontrak sehingga tahun 2022.- CARI