CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1658|Reply: 6

Pemain Bola Sepak Rempuh Remaja Dengan Kereta Kerana Berang Diejek Kalah 5-0

[Copy link]
Post time 19-3-2019 06:06 PM | Show all posts |Read mode
Berang diejek selepas kalah 5-0, seorang pemain bola sepak bertindak merempuh beberapa penonton menggunakan kenderaannya selepas perlawanan tamat.


Memetik BBC, Mahkamah Newport Crown diberitahu bahawa pemain pasukan yang diwakili Lee Taylor, 36, tertekan apabila dipersendakan lebih kurang 30 hingga 40 penonton yang hadir ketika itu.




Kredit foto: METRO/Wales News Service




Taylor bagaimanapun mengaku tidak bersalah memandu secara berbahaya dan melakukan 11 cubaan mencederakan menyebabkan 11 penonton termasuk remaja berusia 14 tahun cedera.


Mengikut fakta kes, pada 19 April tahun lalu, lelaki dari Port Talbot itu bermain untuk pasukan Margam menentang Cornelly di padang Meadow Street di North Cornelly, daerah Bridgend.




Kredit foto: METRO/Wales News Service




Menurut pendakwa Christopher Rees, Taylor masuk ke dalam keretanya sebelum memandu ke arah mangsa dan merempuh mereka.


Malah, beberapa daripada mereka terpelanting dilanggar Taylor. Namun, kesemua mangsa bernasib baik tidak mengalami kecederaan serius selain lebam dan luka kecil.


Tambah Rees, salah seorang daripada remaja berkenaan berjaya memegang bonet kereta dan menumbuh cermin hadapan hingga pecah sebelum Taylor keluar dari keretanya dan menyerang mangsa dan beberapa rakannya.


Taylor juga didakwa cuba mengorek mata seorang mangsa dengan ibu jarinya.




Kredit foto: BBC/Google




Tertuduh kemudian memberitahu mahkamah bahawa dia kemudian melarikan diri kerana takut dibelasah selepas keretanya dikepung sekumpulan remaja.


Perbicaraan masih diteruskan. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Hati tisu xyah main bola sepak la..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Memalukan..hati tisu basah sangat
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 11:11 PM | Show all posts
tepuk dia guna telur
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 11:49 PM | Show all posts
ganasnya baik tak pyh main bola..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 09:21 AM | Show all posts
takleh main kat malaysia ni.. semua kaki troll kat fb.. jenalti menalti kenalti.. macam2.. gaduh pasal team liga supe logik lagi, ini bertekak pasal kelab england, macam la asal sana, padahal asal kuala berang, pendang, kulai, dabong, sarikei.. huhu.. mujur la minat kepada bolasepak aku ni dah berkurang lepas kaki sakit.. skrg kita layan drone je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2019 09:23 AM | Show all posts
Sendunya pemain bola sepak nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.057394 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list