Teruja menginap di bilik hotel adakalanya mendorong keinginan penginap mengambil sesuatu untuk dijadikan kenang-kenangan.
Kelengkapan mandi antara yang sering 'dicuri' tetamu ketika menginap di bilik hotel terutama jika bentuk sabun atau bekasnya menarik perhatian.
Kredit foto: iStock
Lebih ekstrem daripada itu, ada yang mencuri cadar dan seterika. Dan ia mungkin tidak pernah terlintas di fikiran anda, namun METRO.co.uk melaporkan terdapat segelintir pengunjung membawa pulang alas tempat duduk tandas!
Adakah semua ini dibenarkan? Hasil kajian METRO, ini antara barangan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan untuk dibawa pulang dari hotel sekitar United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Anda dibenarkan untuk membawa pulang:
1. Kelengkapan mandi
Kredit foto: Big Hospitality
2. Alat tulis
3. Selipar
4. Poskad
Jangan ambil:
1. Jubah mandi
Kredit foto: Vision Support Services
2. Tuala
Kredit foto: Condé Nast Traveler
3. Kitab suci
4. Pengering rambut
5. Seterika
6. Jam
7. Radio
Difahamkan, sesetengah hotel mungkin akan mengenakan caj tambahan jika anda didapati mencuri jubah mandi, seterika, tuala dan lain-lain. Caj itu mungkin akan ditambah pada bil anda sebelum check out.
Atau, anda mungkin akan menerima panggilan berhubung kehilangan barang dan diminta membuat bayaran.
Cuba kongsikan barang paling luar biasa pernah anda 'cilok' dari bilik hotel selain sabun dan tuala! - CARI |