Hari ini, wanita-wanita New Zealand menyambut Hari Hijab Kebangsaan dengan memakai selendang atau skaf sebagai tanda solidariti terhadap tragedi Christchurch yang berlaku pada minggu lepas. Hari ini juga New Zealand telah mencipta sejarah dengan menyiarkan solat Jumaat secara langsung buat pertama kalinya.
National Scarf Day
Menerusi hastag #theyareus, #nationalscarfday, #headscarfforharmony, #newzealad dan #scarfsofsolidarity di Instagram dan Twitter, dapat dilihat ramai wanita bukan Islam berkongsi gambar mereka memakai skaf bagi memberi sokongan kepada Muslim seluruh dunia.
Dear New Zealanders Aotearoa - Being a Muslim, I’m overwhelmed. I have never seen this kind of solidarity in my entire life - The vigils, The Haka performances, The scarves. It’s just amazing and heartwarming.
Selain memakai skarf, penduduk NZ juga menghadiri dan melihat sesi solat Jumaat yang disiarkan secara langsung di Hagley Park hari ini, yang terletak berhadapan dengan Masjid Al Noor. Turut hadir ialah Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern yang sama-sama mendengar khutbah dari Imam Masjid Al-Noor, Imam Gamal Fouda.
Ardern turut memberi sedikit ucapan yang dimulai dengan hadith Nabi s.a.w.
"Nabi Muhammad s.a.w bersabda, 'Kaum mukmin dalam sikap baik, belas ikhsan dan simpati, seumpama satu tubuh, jika satu anggota badan sakit, maka seluruh tubuh berasa sakit'. New Zealand berkabung bersama kamu, kita semua adalah satu," katanya sebelum solat Jumaat dimulakan.
Melalui khutbah, Imam Gamal menyeru agar pemimpin-pemimpin negara bersatu menentang ungkapan kebencian (hate speech). Beliau yang juga salah seorang mangsa yang terselamat daripada tragedi itu menyatakan walaupun penyerang tersebut berniat untuk menyebarkan kebencian, hakikatnya dia telah menimbulkan sifat kasih sayang dan ikhsan.
"Jumaat lepas saya berdiri di masjid ini dan melihat kebencian dan kemarahan di mata pengganas itu," katanya. "Hari ini di tempat yang sama, saya melihat kasih sayang dan belas ikhsan di mata ribuan warga New Zealand dan manusia lain di seluruh dunia."
Ternyata budi dan sokongan yang ditunjuk oleh New Zealand ini wajar dipuji dan dicontohi. Meskipun tragedi berdarah ini lahir daripada sifat perkauman, ianya tidak boleh mematahkan semangat perpaduan di kalangan penduduk mereka. Terima kasih New Zealand! - CARI
Post time 22-3-2019 05:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sementara itu di Masjid Lakemba (Masjid terbesar di Sydney) juga ada solidariti bersama ketua ketua agama lain. Australia dan New Zealand :kita adalah sekeluarga.
Post time 22-3-2019 06:01 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Hikmah besar disebalik bencana.....Allah dah takdirkan kejadian berlaku di NZ...coz their empathy and morality is high....setting example for other nations...event murdoch press cant do anything about it.....bravo NZ!
Post time 22-3-2019 06:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Alhamdullillah..Setiap kejadian yg berlaku ada hikmah disebaliknya..Satu perkembangan yg positif antara rakyat new zealand yg berlainan agama dan bangsa..Semuga diberi taufik dn hidayah kepada mereka...Amin
Post time 22-3-2019 07:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Such an excellent example New Zealanders ni. High empathy, high sympathy. Iolls nanges terharu
Respect dgn cara PM NZ manage situasi ni.
Damage control bagus. Support system at all levels synchronized & lancar utk mudahkan urusan.
bila rakyat bersatu padu inginkan keamanan di NZ hingga sanggup serahkan senjata AR utk dilupuskan utk keselamatan sejagat tanpa mengira bangsa dan agama. sedangkan kita di Malaysia dh siap bergaduh sesama bangsa inikan pula berlainan bangsa dan agama.. perang fahaman politik lg... haihhh bila nak berubah tak tau laaa..
Post time 23-3-2019 12:25 AMFrom the mobile phone|Show all posts
My friend kat sana bekerja.. I tanya dia hows the situation.. Dia bangga gile dengan cara pm NZ handle the situation
Alhamdulillah memang orang sana terima baik je semua orang yang datang kat sana. Mulia subgguh hati depa.. Kita ni je ha bercakaran, hina menghina
makin bengkaklah mata kapiaq, yahudi n bapok seanterioa donia, nk kurangkan moslem kt NZ tapi ujung2 mempercepatkan lg proses islamisasi di NZ.
even ibupertiwi atau negara moslem lain pernahkah ayat2 suchi berkumandang dlm parlimen depa ? cuba buat kt parlimen malaysia, harus ummah2 kuil haram, ummah pelahap dan ummah atas pokok mengelupoq cakap ini war on them