CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2226|Reply: 6

PERANG SINO-VIETNAM 1979

[Copy link]
Post time 24-3-2019 02:47 PM | Show all posts |Read mode
PERANG SINO-VIETNAM 1979

Juga dikenali dengan nama Perang Indochina ke-3, krisis ini bermula apabila China melancarkan perang ofensif sebagai tindakbalas kepada Vietnam menakluki dan menjajah Kemboja sekaligus menamatkan pemerintahan kejam rejim Pol Pot & Khmer Rouge sekutu China.

Pada 17 Feb 1979, angkatan tentera China menceroboh utara Vietnam dan menawan beberapa pekan dan bandar di sempadan Vietnam. Pada 6 Mac 1979, China mengumumkan jalan ke Hanoi terbuka luas dan menyatakan objektif misi tercapai. China mengundurkan ketumbukan ketenteraannya. Usai perang, kedua2 China dan Vietnam menyatakan masing2 memenangi konflik sempadan berkenaan.

Ketumbukan China di Vietnam ialah 200 ribu tentera disokong 400-500 MBT dan ketumbukan Vietnam ialah seramai 70-100 ribu tentera disokong 150 ribu orang militia / paramiliteri. USSR pula membantu Vietnam dengan membekalkan maklumat perisikan dan peralatan ketenteraan seperti 400 MBT + APC, 50 pelancar roket BM-21, 400 SAMs, 800 misil anti-tank dan 20 pesawat pejuang.

Korban perang di pihak China ialah 6,954–8,531 terkorban (termasuk 420 kenderaan MBT/APC musnah) dan 21 ribu cedera, manakala korban Vietnam pula melibatkan kematian 10 ribu orang awam Vietnam, 30 ribu pasukan tentera terkorban (termasuk 185 kenderaan MBT/APC musnah) serta 70 ribu pasukan militia Vietnam terkorban.

China sama sekali gagal mencapai objektif perangnya iaitu untuk menekan Vietnam berundur dari Kemboja, sebaliknya Vietnam terus menjajah Kemboja dari 1978-1989. Selain menggunakan taktik "Scorched Earth Tactic" Bumi Hangus di perkampungan Vietnam sekitar sempadan utara Vietnam dan pekan2 di sempadan yang tidak membawa apa2 signifikan, tentera China yang kononnya kebal dengan mitos era Perang Korea melawan USA/UN, dikejutkan dengan serangan balas gerila2 paramiliteri Vietnam.

Berikut adalah cuplikan video filem "Youth" yang menunjukkan serangan hendap militia Vietnam ke atas konvoi lojistik tentera China yang diabadikan dalam filem:


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2019 05:56 PM | Show all posts
Cuplikan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 09:06 PM | Show all posts
mcm best je movie perang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Jawa selalu buat artikel yang berinformasi begini.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 04:19 PM | Show all posts
Kalau tgk dr segi pembangunan bandar, i mmg kagum tgk Vietnam.. Jauuhhh pesat membangun Vietnam (HCM) dr KL.. Pd hal diorang lagi lmbt merdeka dr Msia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2019 01:40 PM | Show all posts
nobito replied at 25-3-2019 12:07 AM
Jawa selalu buat artikel yang berinformasi begini.

Well better than nothing. Perang Sino-Vietnam adalah kisah sejarah yang dilupakan di pihak China. USA pula bagai menidakkan naratif sejarah perang Korea. USSR / Russia bagai cuba melupakan naratif sejarah perang Afghanistan 1979-1989. Pihak China, nampaknya hanya meletakkan konflik Sino-Vietnam 1979 sebagai notakaki sejarah.

Tugas kita pengkaji sejarah amatur kadangkala melihat persepsi sudut sejarah berdasarkan naratif yang pelbagai.

Dari situ ilmu dicerna, dikongsi dan disebar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-3-2019 01:46 PM | Show all posts
ruffboyz replied at 24-3-2019 09:06 PM
mcm best je movie perang ni..

Movie "Youth" bukan filem perang sebaliknya merupakan filem pergolakan idealisme remaja China era akhir 1970an dan perubahan dasar "mentaliti subsidi" acuan Maoisme perlahan2 kepada "mentaliti mandiri" acuan Deng Xiao Peng kepada belia2 China pasca Revolusi Budaya Mao.

Filem ini menjadikan perang Sino-Vietnam 1979 sebahagian dari sebab mengapa belia2 China 1970an yang optimis dengan dasar Mao berubah mendadak akibat kerahan perang dan sikap pesimis mereka apabila bantuan subsidi kepada veteran perang Sino-Vietnam dipinggirkan menjelang perubahan China yang semakin mengejar arus kemodenan kapitalisme pada era 1990an.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.076507 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list