CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15111|Reply: 127

[Tempatan] [Update] Jumpa Mayat Lelaki Dalam Tangki Air : Polis Kenal Pasti Mayat

  [Copy link]
Post time 25-3-2019 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Remyda at 26-3-2019 03:05 PM

25 Mar 2019

SARINAH MAT KASIM

JEMPOL - Mayat seorang lelaki di temui dalam tangki air di Felda Palong 12, di sini tadi.

Difahamkan, mayat mangsa berusia awal 20-an itu disedari pekerja Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) yang mahu memeriksa paras air di loji itu.

Menurut sumber, pihak SAINS kemudiannya terus melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

Kerja-kerja mengeluarkan mayat tersebut dilakukan oleh pasukan bomba dan penyelamat Balai Bomba Jempol kira-kira jam 11.30 pagi tadi.


Kerja penyelamat itu sekaligus menyebabkan gangguan bekalan air di Palong 12.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Norzita Ismail berkata pihaknya telah melakukan kerja penutupan tangki air tersebut sebaik sahaja mengetahui mengenai penemuan mayat dalam tangki milik SAINS itu.

Katanya, kolam SAINS adalah kawasan larangan dan sedia maklum ia berkunci.

"Pada masa ini SAINS dalam usaha membersihkan semula kolam tersebut sebelum bekalan air dibekalkan kepada pengguna di kawasan terlibat.

"Pembersihan dilakukan termasuk membuang semua air dalam tangki tersebut dan mengantikan dengan air yang baru," katanya.

Katanya, Kolam Palong 12 mempunyai kapasiti sebanyak 800,000 gelen dan dijangka bekalan air akan dipulihkan sehingga jam 8 pagi 26 Mac ini.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2019 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
N9RADAR
*5.44PTG/25MAC2019*

JANGAN LUPA FOLLOW N9 RADAR UNTUK MENGIKUTI PERKEMBANGAN TERKINI INFO SEMASA NEGERI SEMBILAN

Berikutan gangguan  bekalan air di Palong 12 hingga 16 pada 24 Mac 2019 (8pm) hingga 25 Mac 2019 (8pm)merupakan tindakan pantas SAINS berpunca dr penemuan mayat di dalam Kolam Palong 12 semalam.

Kolam SAINS adalah kawasan  larangan dan sedia maklum ianya berkunci.

Pada masa ini SAINS dalam usaha membersihkan semula kolam tersebut sebelum bekalan air dibekalkan kepada pengguna di kawasan terlibat.

Berikutan kes penemuan mayat berkenaan maka isu selanjutnya boleh dirujuk di Balai Polis Jempol yang berdekatan.

TAMAT

NORZITA ISMAIL
KETUA BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM SAINNS

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2019 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Foto penemuan mayat

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 09:24 PM | Show all posts
air dengan vitamin tambahan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2019 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertabah la na untuk warga yang terlibat. Pasainya mayat ini dah mereput lama di dalam tangki ayaq tu. Selama ni depa duk pakai ayaq tu

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kanibal semua org Palong jadinya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2019 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau tak tau ada mayat boleh tahan lagi.dah tau ada mayat siap dah guna air buat mandi masak minum segala, macam lama ja rasa kembang tekak nya
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah dah tukar tangki baru pun lum tntu sanggup nk minum.
Duk terbayang jaa tak sudah.
Tak bebau ke, walau dah ditapis coway cucoo bagai mesti bau tu ade lg kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanges.. Muntah hijau la.. Nasib diorg x kabo berapa tempoh mayat dah mati
Naya org kampung nak samak perut
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
klaw dibersihkn tangki pon air yg dh msuk ke saluran paip rumah tu camne plop
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak baik tau pembunuh ni dah bunuh pi pedajal orang ramai minum air mayat lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Dahlah sekarang tengah kemarau. Kena buang air tangki pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu kg minum air mayat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
time2 musim kemarau ni, buat hal pulak
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 25-3-2019 11:08 PM
Nanges.. Muntah hijau la.. Nasib diorg x kabo berapa tempoh mayat dah mati
Naya org kampung nak sam ...

mangsa dilaporkan hilang sejak tahun lepas lagi,
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 26-3-2019 01:09 AM
Satu kg minum air mayat.

dari palong 12,13,14,15,16,
terlibat.
mertua ai palong 12,dikhabarkan dah lama arwah ni hilang dr bulan 7/2018.
budak keratong ada ic kata diaorg.
Ai pun ada la terguna air sb baru balik kg sabtu lepas. huhuhu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 26-3-2019 06:58 AM
mangsa dilaporkan hilang sejak tahun lepas lagi,

Nehiii...
Tapi diorg x dedahkn kan.. Mayat dah terendam berapa lama.. Sian kat org kg la..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 11:57 AM | Show all posts
pearl.silver replied at 26-3-2019 11:23 AM
Nehiii...
Tapi diorg x dedahkn kan.. Mayat dah terendam berapa lama.. Sian kat org kg la..



gaya tengok mayat gitu rasa dah 2 3 bulan je.
macam reput2 hijau dah kan?
sebab ritu kes budak cina jatuh jambatan baru 3 hari pun dah kembung air pucat.
ini mesti isi pun dah luruh sikit2 tinggai tulang
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa setiap management condo, setiap tangki air kawasan kampung/bandar kena check frequent...sebab dah jadi tempat pembuangan mayat dah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 12:03 PM | Show all posts
mcm kes tangki air di apartment ke hotel ke
tp kes di luar negara lah
kesahnya penduduk perasan yg air tu mcm berbau

ni mcm mayat tu dh lm dlm tangki
sbb nmpk mcm xkembong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.146952 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list