CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3141|Reply: 22

[Tempatan] Lebih seminggu Haziq meninggal dunia namun hidung, bibir masih merah dedah ibu s

  [Copy link]
Post time 26-3-2019 05:01 AM | Show all posts |Read mode
Lebih seminggu Haziq meninggal dunia namun hidung, bibir masih merah dedah ibu saudaranyaFMT Reporters -

March 23, 2019 3:29 PM






Meskipun lebih seminggu arwah Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, disahkan terkorban ekoran serangan pengganas di dua Masjid di Christchurch, New Zealand, namun jenazah masih dalam keadaan tersenyum dan umpama tidur.

Ibu saudaranya, Zarina Shuib, 53, berkata dia dimaklumkan wajah anak saudaranya, Haziq bercahaya ketika jenazah anak kedua daripada empat adik beradik itu diuruskan.

Menurutnya, mereka sekeluarga sememangnya sedih menerima berita pemergian Haziq kerana mengharapkannya masih hidup selepas dilaporkan hilang.

“Jikalau diikutkan, saya memang ada menerima makluman berita sedih berkaitan Haziq yang dikongsikan Exco Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh melalui aplikasi WhatsApp.







“Pada mulanya, saya kurang percaya dia sudah meninggal dunia memandangkan kami sekeluarga masih mengharapkan yang Haziq terselamat dalam insiden tembakan itu,” katanya menceritakan semula saat dimaklumkan Haziq adalah salah seorang 50 mangsa yang terkorban dalam tragedi berdarah itu.

Bagaimanapun, katanya, dia akhirnya percaya apabila menerima ucapan takziah daripada rakan-rakan sebelum menerima maklumat berkaitan arwah Haziq yang disahkan Wisma Putra.

Menurutnya, dia memang terkejut dan sedih apabila menerima perkhabaran itu, bagaimanapun reda dengan pemergian Haziq menghadap Ilahi selepas hampir seminggu dilaporkan hilang.

“Kami sekeluarga sedih namun reda dengan kehilangan Haziq buat selama-lamanya. Mungkin, sudah sampai masanya dia pergi dan ketentuan ALLAH SWT.

“Sebelum ini, kami ingat dia masih hidup. Tapi, nak buat macam mana… kami terpaksa menerima dengan tabah dengan kejadian berlaku,” katanya.

Menurutnya, anak saudaranya juga meninggal dunia dalam keadaan masih berwudhu dan hendak menunaikan solat.

Dalam laporan FMT sebelum ini melaporkan dalam kejadian kira-kira jam 1.40 petang (waktu tempatan), 50 maut dan lebih 50 lagi cedera akibat tembakan rambang berdekatan Masjid Al-Noor berhampiran Hagley Park dan MasjidLinwood di Christchurch.

Empat rakyat Malaysia disahkan terlibat dalam serangan itu.

3 daripadanya cedera iaitu Mohd Tarmizi Shuib, Rahimi Ahmad dan Nazril Hisham Omar, sementara anak kedua Tarmizi, Haziq Tarmizi, 17, dilaporkan hilang dalam kejadian tembakan itu.

Pengebumian jenazah Haziq telah disempurnakan di Memorial Park Cemetery Bromley.

Salah seorang yang turut serta kerika pengebumian, Putera Sriwijaya berkongsi pengalamannya di Facebook miliknya.

Katanya, jenazah adik Haziq telah selamat disolatkan dan dikebumikan.

“Alhamdulillah berpeluang mengusung keranda dan menurunkan jenazah syuhada ke dalam liang lahad.

“Saya menjadi saksi wajah jenazah sangat bersih seperti tidur sahaja walaupun sudah seminggu pergi.

“Hidung dan bibir merah seperti masih hidup. MasyaAllah. Barangkali ada amalan arwah ketika hidupnya sehingga terpilih untuk mati dalam keadaan husnul khotimah,” katanya.



https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/03/23/lebih-seminggu-haziq-meninggal-dunia-namun-hidung-bibir-masih-merah-dedah-ibu-saudaranya/



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by FanTasyCreaTioN at 26-3-2019 07:24 AM

Org baik baik ninggal mmg cam tuu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 01:53 PM | Show all posts
rezeki dia meninggal hari jumaat dekat masjid, tak tau la mcm mna pengakhiran kita nnt..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 01:57 PM | Show all posts
Edited by nurrlisa at 26-3-2019 02:02 PM

Saya tak faham cakap cakap macam ni. Yes kita simpati dan ini perkara tragik.

tapi perlu ke orang bercakap mati hari jumaat tu mati baik etc etc. Ada ke orang mati tak baik? Mati hari selasa? Hari rabu? Ni semua rahsia Allah, kenapa kita celupar sangat untuk cakap pengakhiran baik la, tak baik la. Habis tu orang sembahyang, mati hari rabu, tak di tembak pulak tu, malang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 06:39 PM | Show all posts
mungkin haziq seorg anak yg  soleh.x menderhaka pada ibubapa.dosa kita pada ibu bapa dan dosa mulut..mengata,fitnah sebagainya penghalang kita mendapat kberkatan Allah dunia akhirat
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 09:26 PM | Show all posts
kepada yang tak faham kenapa ada forummer yang  menyatakan mati Jumaat itu baik ,pernyataan itu adalah kerana forummer itu berkomen dalam konteks Islam , dan Islam menerima kematian dengan  syukur sekiranya dia (si mati) dikiembalikan dalam keadaan yang dilihat baik dan  menyenangkan kita melepaskan dia pergi.


untuk org yg melakukan jenayah harus di perangi untuk tuntut keadilan ,kemaafan  terhadap si pelaku bukan semuanya dilihat sesuai juga ,adakala memburu keadilan untuk menyatakan kami berhak sebab  bunuh dibalas bunuh ,nyawa dibalas nyawa ,mana mau lari  haaa...?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2019 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
nurrlisa replied at 26-3-2019 01:57 PM
Saya tak faham cakap cakap macam ni. Yes kita simpati dan ini perkara tragik.

tapi perlu ke orang ...

Yg kau emo sgt tu knp.....

Memang meninggal hari jumaat ada kelebihannya....Rasullullah tak mninggal hari jumaat, tapi Rasulullah ada bgtau sesapa yg mninggal hari jemaat twrlepas siksa kubur.....

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Aah..nape emo sgt...meniggalkan hari apepon tetap dihisab...tp meninggal hari jumaat tu ade kelebihan die...lebih sikitlah dari hari lain... belum lg kire meninggal dalam masjid atau surau aka rumah Allah...dalam wuduk... lain pulak kelebihan die...kesimpulannya... kite tak tau nak mati kat mane..bila..n hari ape....maka bertuahlah mereka yg terpilih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2019 10:59 PM | Show all posts
nurrlisa replied at 25-3-2019 09:57 PM
Saya tak faham cakap cakap macam ni. Yes kita simpati dan ini perkara tragik.

tapi perlu ke orang ...

Sama seperti agama yahudi lah bagus meninggal hari jumaat. Banyak yang sama dua agama ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 05:20 AM From the mobile phone | Show all posts
nurrlisa replied at 26-3-2019 01:57 PM
Saya tak faham cakap cakap macam ni. Yes kita simpati dan ini perkara tragik.

tapi perlu ke orang ...

Banyakkan membaca supaya bengap tu xmerebak ke anggota tubuh yang lain. Biar kekal kt kepala je
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 05:21 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 26-3-2019 10:59 PM
Sama seperti agama yahudi lah bagus meninggal hari jumaat. Banyak yang sama dua agama ni.

Mmg la nama pun agama samawi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2019 05:53 AM | Show all posts
Victorioussss replied at 26-3-2019 01:21 PM
Mmg la nama pun agama samawi

Oh agama samawi rupanya Patutlah hampir sama
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 02:00 PM | Show all posts
Victorioussss replied at 27-3-2019 05:20 AM
Banyakkan membaca supaya bengap tu xmerebak ke anggota tubuh yang lain. Biar kekal kt kepala je

jadi ajal maut ni belum di tentukan lah? Kita mati ni bergantung amalan kita di dunia? Kalau baik mungkin mati hari jumaat kena tembak? Kalau tak baik, sepanjang hidup buat jahat, mati hari selasa?

Ajal kita hari apa, pukul berapa, sebab apa dah di tentukan belum?

kalau dah di tentukan, eh tak adil lah ada mati hari baik aitu jumaat, kena tembak. ada mati hari rabu. Belum apa apa, Tuhan dah set sapa mati hari baik sapa mati hari tak baik?

kalau ajal belum di tentukan, ok lah, amalan baik mati hari jumaat, jahat kalu hari senin.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 02:01 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 26-3-2019 10:59 PM
Sama seperti agama yahudi lah bagus meninggal hari jumaat. Banyak yang sama dua agama ni.

Jadi hari apa tak boleh meninggal ni, supaya saya boleh elak.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
nurrlisa replied at 26-3-2019 10:00 PM
jadi ajal maut ni belum di tentukan lah? Kita mati ni bergantung amalan kita di dunia? Kalau baik  ...

mereka ini susah mahu faham sister ..aka lembam ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 02:04 PM | Show all posts
Dwdrum replied at 27-3-2019 02:01 PM
mereka ini susah mahu faham sister ..aka lembam ...

Mula dia kata ajal maut dah ditentukan.

Lepas tu dia kata, apalaaaaaahhhhhh amalan dia ni mati baik betul hari jumaat.

Lepas tu dia kata Allah maha adil....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2019 02:04 PM | Show all posts
Alhamdulillah. Moga Haziq sentiasa dalam kasih sayang Allah. Nampak lembut dan baik budaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 02:17 PM | Show all posts
gurlfriday replied at 27-3-2019 02:15 PM
sama jugak yg ckp meninggal kt mekah 2 beruntung sgt...
semua manusia pn nk pengakhiran ...

Tu saya nak tanya, ajal dah ditentukan ke belum?

meninggal mana paling tak baik, saya nak elak. Hari apa?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
nurrlisa replied at 27-3-2019 02:04 PM
Mula dia kata ajal maut dah ditentukan.

Lepas tu dia kata, apalaaaaaahhhhhh amalan dia ni mati  ...

Allah maha mengetahui. Dia tau pengakhiran kau, ape y kau pilih dlm hidup kau sama ada kau jadi baik atau jahat

Eventhou Dia tahu segalanya, option nk jadi baik atau jahat semua pada kau. Kau y decide nk pilih jalan ape, Allah mengetahui even kalau kau pilih jalan jahat, xde Dia nk paksa kau jadi baik and vice versa

So bile Dia tau segalanya in advance, walau sebelum kau lahir..op kos hari dan cara kau mati Dia tau jugak. Mati hari jumaat antara husnul khotimah. Dull stop

Mati hari lain, elok jgk (ikut amalan kenaikan y kau buat) tp bukan husnul khotimah la. Ape y payah kau nk paham?

Mati terbakar, mati lemas, mati dlm runtuhan semua baik syahid kecil. Tp kalau perangai mcm setan, xdenyer kau dpt husnul khotimah walau kau mati hari jumaat..contohnya kau pergi merogol hari jumaag pastu mampus kene gilis lori

Still bengap ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 02:20 PM | Show all posts
suda ajal nya sampai cuma cara kematian ja berbeza2 kan..apa2 pun
alhmdulillah arwah dpt jg dijumpai ...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.484993 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list