CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2628|Reply: 21

[Tempatan] Mengapa ayah pergi?

[Copy link]
Post time 26-3-2019 08:23 AM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR: “Saya mahu bertemu dengan ayah kerana ingin mengetahui alasan dia meninggalkan ibu tanpa sebarang khabar berita sejak 33 tahun lalu,” kata pensyarah kolej swasta, Nik Mohd Hasnul Fadzli Hassan, 33.

Beliau yang juga anak tunggal berkata, usaha mencari bapa kandungnya itu yang dikenali sebagai Hassan Osman berasal dari Sungkai, Perak baru dilakukan awal Mac ini menerusi hebahan di media sosial namun tiada petunjuk diperoleh sehingga kini.

Meskipun begitu, Nik Mohd Hasnul enggan berputus asa walaupun misi menjejaki bapanya itu agak sukar disebabkan ketiadaan gambar dan dokumen serta kekurangan maklumat berkaitan.

“Kali terakhir ibu, Tuan Bidah Tuan Pah, 80, bertemu dengan ayah adalah ketika ayah menghantarnya ke terminal bas Pudu, Kuala Lumpur iaitu 33 tahun lalu.

“Ketika itu, ibu sedang sarat mengandungkan saya dan pulang ke kampung di Ketereh, Kelantan untuk bersalin. Namun, selepas ibu selesai menjalani tempoh berpantang, dia diberitahu rakannya bahawa ayah sudah berkahwin lagi.

“Memandangkan ayah langsung tidak menghubungi atau pulang ke kampung , ibu terus menetap di kampung menyebabkan hubungan mereka terputus begitu saja.

“Menurut ibu, kampung ayah terletak di Sungkai, Perak cuma dia tidak pasti alamat yang tepat kerana sudah puluhan tahun tidak ke sana,” katanya.

Menurut Nik Mohd Hasnul, sejak ketiadaan bapa, ibu membesarkannya bersendirian dengan berniaga kuih-muih dan makanan di pasar awam.

Malah, Nik Mohd Hasnul juga mengakui dapat membiasakan diri sekalipun dirinya membesar tanpa kasih sayang bapa kandung seperti rakan sebaya yang lain.

“Jujurnya, saya tidak rasa kekurangan walaupun melihat kehidupan rakan lebih sempurna kerana dibesarkan ibu dan ayah.

“Ibu juga begitu dan sepanjang tinggal bersamanya, tidak sekalipun dia menunjukkan kesedihan atau meluahkan rasa rindu terhadap ayah.

“Diharap, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai ayah dapat menghubungi saya dengan segera kerana sebagai anak, saya mahu bertemu dengannya dan usaha mencari ini juga dilakukan bagi memenuhi permintaan ibu,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Hassan boleh menghubungi Nik Mohd Hasnul di talian 0183551124 yang kini menetap bersama ibunya di Kampung Pangkal Kuang, Ketereh, Kelantan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mac 2019 @ 7:00 AM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya
Tabahnya ibu beliau
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Emak yang baik....Anak yang baik....didikan ibu juga terbaik dalam kes topik ni....
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 09:06 AM | Show all posts


Orang dah tak sudi buat apa nak dicari? kalau si bapak ckp time dulu tak fikir panjang sebab ada tine garit yang lebih hebat ko nak buat apa?

Tak payahlah .. spend jer time dgn mak kandung. Bapak tu kalau bapak yang baik dah lama dtg cari anak. Tak perlu lah adengan airmata bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 09:07 AM | Show all posts
g la JPN check...
hidup ke atau dah x de....
dah kawen lain ke...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde gambar susah jgk nak cari. Mak pon dah tua, ayah pon lebih kurg kot.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2019 09:14 AM | Show all posts
Kasihan, semoga jumpalah yer. Supaya segala persoalan dapat dijawab.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 09:25 AM | Show all posts
Lupakan je la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Xyah cari la, dah orang tak sudi
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 10:02 AM | Show all posts
tak payah la cari..
mesti mak dia pun sedih..
kalau jumpa si bapak buat mak bertambah sedih buat apa..
biar je la bapak tak guna tu mereput..
si anak aman-aman senangkan hidup mak bawak mak gi jalan-jalan melancong sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 10:06 AM | Show all posts
Kuatnye ibu pensyarah ni,

Kalau betul ayah die kahwin lain mmg sgt jahat. I can't imagine apa dalam kepala ayah die bile kahwin lain.

Tapi kalau ayah die passed away.. kesian jgak for the family.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 10:45 AM | Show all posts
kena la cari. ayah kawin lain, mana tau ada adik beradik yang lain jugak.
what if his gf is his sister. soal pusaka lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 11:01 AM | Show all posts
hmm
senangnye ayah dia buat keputusan
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayah dia punnnn...xterkenang lgsg ye ank bini
Hebat betul penangan isteri baru tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 11:54 AM | Show all posts
Adakah ayahnya mempunyai isteri lain sebelum ibunya? Mcm dlm cerita Mrs Wilson.  Mr.Wilson ada empat isteri dan setiap isteri mempunyai anak2 .  None of them knew about his lies until he passed away.  
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
mak umur 80 anak umur 33??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur 47 tahun mak dia lahirkan dia..
Agaknya umur si bapak berapa?
Harap2 si bapak sudah lama mati..
Kalau hidup jadi beban kau aje nanti kan leceh..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 08:58 AM | Show all posts

Sepeku maybe apak askar .. keluar hutan dgr cerita mak ada skandal ... so hantar balik kampung sebab syak itu bukan anak dia.

So apa akan jadi kalau spekuan mcm ini betul? hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 27-3-2019 08:58 AM
Sepeku maybe apak askar .. keluar hutan dgr cerita mak ada skandal ... so hantar balik kampung seb ...

Pikir lah yg baik baik.....

Kita ni makin tua, bkn makin muda....tak kena kat diri sendiri, blh le kata memacam...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka anak tak de iras muka ibu....
Mgkin iras muka ayah.....
Sapa yg ada ayah rupa hensem mcm ni, sila selongkar....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.070774 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list