Langit sedang runtuh
Ku lihat saja semua terhangus
Bintang sedang jatuh
Ku biar saja dunia membungkus
Begitu mendalam bait-bait lirik ciptaan Fynn Jamal buat Nonny Nadhirah yang kini solo setelah berpisah dengan bekas suaminya, Mustain Adnan. Setelah mengumumkan penceraian tersebut, Nonny dilihat redha dan pasrah menjalani kehidupan seperti biasa. Namun dalam temubualnya bersama Media Hiburan baru-baru ini, Nonny percaya yang mereka terkena sihir pemisah. Dan itu bukan sekadar omongan kosong kerana ada Ustaz yang memberitahu rumah tangga mereka dikuasai sihir tersebut.
"Memang benda tu wujud. Kita tahu benda sihir dan ghaib ni memang wujud. Saya percaya sihir yang paling jahat adalah sihir pemisah dalam rumahtangga saya," jelasnya yang tetap tidak menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya mengambil ruang untuk memperbaiki diri.
"Saya minta dengan Allah, kalau betul ada yang dengki atau pun niat jahat ke atas hubungan kami berdua, mohon Allah tunjukkan jalan keluar," pohon Nonny lagi.
Kredit foto: IG
Biarpun dari kemaskini di laman Instagramnya, Nonny menjalani hari-hari tanpa rasa risau, namun hati perempuannya tetap rapuh dan berkali-kali cuba menguatkan emosi, fizikal dan mentalnya.
"Orang pun tahu saya dan dia bercinta hampir 9 tahun, tetapi itu lah, jodoh tidak lama."
Kredit foto: IG
Namun bagi Nonny, itu adalah ruang terbaik bagi mendekatkan diri pada Allah SWT sehingga Nonny berangkat ke tanah suci Mekah pada Januari lalu. Dia juga mendoakan bekas suaminya lebih bahagia selepas ini.
"Saya tetap doakan dia lebih bahagia serta mendapat pasangan yang lebih baik daripada saya. Sebab sayang saya kepadanya melebihi sayang saya kepada orang lain sebelum ini. Jadi, doakan yang baik-baik sahaja."
Jodol dan ajal memang tiada siapa yang tahu. Begitu juga sihir yang sememangnya ada sejak zaman Nabi Adam lagi. Moga Nonny dan pasangannya mendapat kebahagiaan yang hakiki. - CARI
|