Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komers.ial (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 8,313 kes penipuan siber melibatkan wang berjumlah kira-kira RM300 juta direkodkan sepanjang tempoh Januari hingga 3 Oktober tahun lalu.
Kredit foto: Facebook
Daripada jumlah tersebut majoriti kes yang diterima melibatkan mangsa wanita dan kerugian yang dicatatkan mencecah sehingga puluhan ribu ringgit. Ini melibatkan pelbagai jenis penipuan siber seperti penipuan telekomunikasi Macau Scam, Love Scam, pinjaman tidak wujud dan pembelian dalam talian.
Kredit foto: Facebook
Selain daripada scammer siber, satu lagi jenis penipuan yang mencatat kadar tertinggi adalah memungut deposit pelaburan atau perniagaan yang tidak berdaftar dengan Bank Negara Malaysia dan berlindung di bawah perniagaan Multi-Level Marketing (MLM).
Walaupun terdapat pendedahan yang meluas di media, peningkatan dalam kes ini setiap tahun menimbulkan persoalan; Adakah scammer semakin bijak atau mangsa kurang cerdik?
Kredit foto: Utusan
Mengupas persoalan ini, rancangan Analisis TV Alhijrah pada Jumaat, 29 Mac mengundang beberapa orang panel termasuklah Norsham Abdul Aziz (Pengarah Alfafa Group Berhad), Datuk Nadzim Johan (Ketua Aktivis PPIM) dan Khairul Ezuwan Yusoff (PenganalisisPenipuan Komersil).
Bagaimanapun cadangan ramai untuk menjemput artis Boy Iman tidak ditunaikan penerbit.
Kredit foto: Carian Google
Barisan panel ini agak menarik memandangkan En. Norsham dan En. Khairul sebelum ini pernah berdebat mengenai sebuah skim pelaburan perumahan kendalian En. Norsham yang tular media sos.ial kerana dituduh menipu lebih 300 orang dengan nilai kerugian RM20 juta di seluruh negara.
Diharap dengan meningkatnya populariti rancangan debat kendalian hos Syafinaz Yunus ini maka akan berkuranganlah mangsa penipuan di kalangan pengguna atau pelabur. -CARI |