Nampaknya, seperti baru semalam kita dikejutkan dengan perceraian pelakon Channing Tatum dan isterinya, Jenna Dewan. Kini, kedua-dua mereka telah bertemu dengan orang baru.
Kredit foto: Carian Google
Jenna dikatakan sedang hangat bercinta dengan pelakon Steve Kazee, manakala Channing pula baru mengesahkan hubungannya dengan Jessie J, penyanyi kelahiran London yang popular dengan lagu 'Flashlight.
Channing dan Jessie bertemu pada Oktober tahun lalu sejurus perceraiannya dan mereka dilihat keluar bersama pada bulan November tahun sama.
Sejak itu, mereka sering dilihat memberikan sokongan kepada karier masing-masing. Channing menghadiri konsert Jessie di Houston, manakala Jessie memberikan sokongan kepada Channing ketika pembukaan pertunjukan Magic Mike Live di London.
Kredit foto: Carian Google
Hari ini, penyanyi Jessie J menyambut hari jadinya yang ke-31 dan Channing telah memberikan sebuah ucapan romantis untuk teman wanitanya itu.
Channing memuat naik sekeping gambar Jessie di bawah sinaran terang matahari dengan ucapan 'Harapan agar hari-hari mendatang penuh dengan cinta dan cahaya, kamu datang ke dunia ini seperti nyalaan api, memberi kebahagiaan kepada mata, telinga, jiwa dan hidup kami. Terima kasih dan selamat hari jadi,' kata Channing.
Kredit foto: Carian Google
Menurut sumber E! News, walaupun belum ada perancangan untuk mengikat pertunangan, pasangan itu kini sangat bahagia dan tidak mahu berpisah terlalu lama.
'Channing sudah gila bayang dan mereka sangat sepadan,' kata sumber.
Selamat berbahagia kepada pasangan ini. Semoga kisah pahit Channing dengan bekas isterinya, Jenna tidak berulang lagi. - CARI
|