View: 2943|Reply: 15
|
Sekolah Unik Di Sabah Ini Menang Anugerah Berprestij Reka Bentuk Lestari
[Copy link]
|
|
Sebuah sekolah di Sabah memenangi anugerah berprestij Trend Excellence for Architecture & Design bagi projek kategori kelestarian yang disampaikan di Mumbai India oleh majalah Home & Design.
Malah, sekolah itu juga turut dipilih menjadi Top 10 Best Designed School oleh Majalah Designboom.
Kredit foto: Facebook
Sekolah yang terletak di daerah Beaufort itu dinamakan Etania Green School dan mempunyai majoriti pelajar daripada anak-anak pendatang asing yang tidak mempunyai akses terhadap pendidikan di Sabah.
Kredit foto: Facebook
Pembinaan sekolah yang dibiayai oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu siap sepenuhnya tahun lalu dan direka bentuk oleh arkitek Robert Verrijt dan Prasoon Kumar.
Menurut arkitek terbabit, cabaran paling utama adalah mereka bentuk struktur bangunan di tapak yang kurang sesuai, berdekatan sungai dan mudah dilanda banjir.
Kredit foto: Facebook
Untuk itu, sekolah tersebut dibina dengan lantai yang tinggi daripada tanah seperti binaan rumah tradisi Sabah. Untuk menjimatkan kos, ruangnya direka bentuk daripada lima buah kontena besar yang didermakan sebuah syarikat perkapalan untuk mengurangkan komponen struktur.
Kredit foto: Facebook
Ruang kontena itu berfungsi sebagai bilik stor dan tandas. Kelas terbukanya pula dibina daripada kayu kitar semula manakala atap logamnya juga didermakan oleh sebuah syarikat pembinaan.
Susun atur bilik yang menghadap arah timur-barat bertujuan mengurangkan panas terik matahari dan mendapat tiupan angin sejuk dari sungai berdekatan.
Kredit foto: facebook
Tidak cukup dengan itu, atapnya adalah panel solar yang membekalkan tenaga elektrik kepada sekolah tersebut dan juga menadah air hujan untuk kegunaan tandas.
Kredit foto: Facebook
'Sebelum ini, pelajar menghadiri persekolahan di ruang kedai yang sesak, panas dan berdebu. Kini, mereka bangga berlarian di laman sekolah yang menjadi ruang beriadah' kata Verrijt.
Diharapkan, pembinaan sekolah dengan konsep reka bentuk seperti ini dapat diperluaskan di daerah pedalaman terutama yang masih memiliki bangunan sekolah uzur. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Macam best sahaja sekolah ni tapi kalau jenis murid yang gemar berangan, penatlah cikgu nak sergah sebab asyik tengok luar je. |
|
|
|
|
|
|
|
seronoknya sekolah mcm ni, terasa nk balik semula ke sekolah |
|
|
|
|
|
|
|
Di Indonesia pun rasanya ada sekolah macam ni kan? Dalam hutan, diperbuat daripada bambu dan kayu kayan rimba.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya, Green School Bali
Kawan saya pernah melawat, memang konsep Eco tapi khas untuk orang2 kaya, yuran mahal beribu
Katanya hanya foreigner yang mampu
|
|
|
|
|
|
|
|
bestnya.. duk dalam kelas pun berangin je... |
|
|
|
|
|
|
|
Sang_Pencinta replied at 29-3-2019 11:38 AM
Ya, Green School Bali
Kawan saya pernah melawat, memang konsep Eco tapi khas untuk orang2 kaya, ...
Baru perasan bila ingat balik... Memang students dorang macam semua foreigner.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wah nampak cantik dan kemas budak2 pun pasti boleh belajar dengan selesa |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya.. rasa nak duduk santai-santai situ jee |
|
|
|
|
|
|
|
bagus arkitek & designer minimalis kan benda yg ada |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu semasa kerja di KL, selalu terlibat dengan pertubuhan bukan kerajaan untuk buka asrama desa di Sabah dan Sarawak.
Asrama desa ini untuk anak2 yg tinggal di pedalaman supaya mereka dapat bersekolah dan pulang ke kampung di hujung minggu.
Bayangkan anak2 terpaksa berjalan kaki 3 ke 4 jam di denai hutan untuk keSekolah. Asrama desa adalah satu antara beberapa langkah untuk menggalakkan mereka bersekolah.
Tabik spring kepada NGO ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Untuk anak anak indon ke?....
Tu uniform mcm sek indon je.... |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 29-3-2019 07:35 PM
Untuk anak anak indon ke?....
Tu uniform mcm sek indon je....
Anak2 Indon dan Pelipin karna kat Sabah keturunan deyol la yang merata2 membiak macam lipas melahirkan warga stateless children karna mak pak bukan warganegara.
https://etaniaschools.org
Akak memang tabik spring pada NGO ini khususnya yang based di Indonesia. Di Sabah terdapat Sekolah Indonesia di mana anak2 warganegara Indonesia, termasuklah stateless children ini boleh bersekolah dengan percuma. Siapa yang mampo belajar sampai habis pendidikan menengah dah cemerlang keputusan, akan ditanggung pengajian sepenuhnya oleh gomen Indon di mana2 universiti di Indonesia. Di KL itu pun ada cawangan if tak silap. Better la meka dari gomen Pelipin cam taik lepas tangan begitu jah tam concern lansung dengan rakyat meka di Sabah ini.
Budak2 ni, akak berharap jika mendapat pendidikan yang wajar takda la end up kat jalanan buat kerja2 kotor demi kelansungan hidup. |
|
|
|
|
|
|
| |
|