View: 2486|Reply: 8
|
EDISI PERISTA: PROGRAM ISTIMEWA ANGKATAN TENTERA 1979-1980AN
[Copy link]
|
|
EDISI PERISTA: PROGRAM ISTIMEWA ANGKATAN TENTERA 1979-1980AN
Tahukah anda, akibat kesan domino era Perang Dingin terutamanya kejayaan Vietnam Utara menakluk Vietnam Selatan dan pengunduran tentera USA dari konflik Indochina berkenaan, Kerajaan Malaysia pada akhir 1970an telah merangka penggubalan doktrin "Pertahanan Menyeluruh" (HANRUH)yang membawa kepada pemodenan Angkatan Tentera Malaysia menerusi Program Istimewa Angkatan Tentera (PERISTA).
Berikut adalah petikan Artikel "Dasar Pertahanan Negara: Pandangan Sekilas Lalu" oleh: Danny Liew Shan Lee yang diterbitkan Majalah Perajurit pada tahun 2007.
PERISTA telah dilancarkan pada tahun 1979 dengan dua tujuan utama, iaitu:
1) Memodenkan Angkatan Tentera Malaysia dengan peralatan tempur yang membolehkan ATM untuk menjadi sebuah angkatan tentera konvensional dan menghadapi peperangan bercorak konvensional (conventional warfare) tanpa kehilangan taringnya dalam peperangan bercorak menentang insurgensi (counter-insurgency/COIN warfare).
2) Menyusun atur struktur organisasi ATM supaya menjadi sebuah angkatan tentera yang bersifat lebih organik tetapi mempunyai keupayaan tempur yang jauh lebih tinggi.
Secara amnya, objektif pertama telah membawa kepada pemodenan peralatan yang digunakan oleh ATM. Antara perolehan peralatan yang diperkenalkan dalam tempoh perlaksanaan PERISTA adalah kenderaan pengangkut anggota (Armoured Personnel Carriers/APC) Radpanzer Condor, A4PTM Skyhawks. Kedua-dua perolehan ini menampakkan persediaan terhadap menghadapi perang dengan Vietnam.
Pembelian kedua-dua aset perang tersebut telah dibuat pada bilangan yang tinggi. Kaedah pembelian sedemikian bagi sesebuah negara dunia ketiga boleh dijuruskan kepada dua kemungkinan, iaitu sesebuah negara itu merupakan sebuah negara diktaktorial, ataupun berada dalam keadaan berperang atau bakal berperang dan telah menjangkakan kemungkinan menghadapi kadar atrisi yang tinggi (high attrition rate).
Corak perbelanjaan kerajaan untuk ATM yang telah dilancarkan di bawah PERISTA telah kemudiannya telah mendapat kritikan daripada rakyat. Beberapa program pemodenan peralatan ATM sebelum PERISTA telah menemui masalah . Program pembelian pesawat tempur A4PTM buatan AS menjadi punca kepada kritikan keras yang dihadapi ATM. Secara tidak langsung, segala pembelian aset ketenteraan ATM selepas itu telah terpalit dengan tuduhan bahawa program pembelian dan pemodenan ATM melibatkan elemen rasuah.
Hakikatnya jauh daripada kebenaran. Ancaman perang yang dilihat hampir pasti singgah di negara kita telah membawa kepada pembelian bercorak attrition-tolerant. Tuduhan ini mungkin lenyap jika perang benar-benar meletus dan jumlah pesawat yang banyak itu telah dapat membantu negara menampung kekosongan akibat atrisi.
Namun, kesan kritikan ini amat jelas. Pembelian peralatan perang dilihat sebagai cara ahli politik untuk mengisi poket sendiri . Peruntukan kepada ATM pula yang menjadi mangsa. Akibatnya, program pemodenan ATM hanyalah bersifat kosmetik sahaja.
Objektif kedua pula lebih menampakkan kejayaan. Penstrukturan ATM telah dapat dibuat dan mula merancak sekitar hujung tahun 80-an. Kesan positif daripada penstrukturan ini telah membawa kepada pengwujudan unit mekanise, para dan kini unit udara tentera darat.
Antara aset2 yang diperolehi dibawah PERISTA adalah:
1) 2 Pesawat tinjauan RF-5E Tigereye
2) 40 Pesawat tempur A4PTM Skyhawks
3) 460 APC Radpanzer Condor 4x4
4) 186 IFV SIBMAS (162 SIBMAS AFSV-90 & 24 SIBMAS ARV)
5) 2 kapal korvet kelas Kasturi (KD Kasturi & KD Lekir)
6) 4 kapal penyapu ranjau kelas Lerici (kelas Mahamiru)
PERISTA kemudian dibatalkan sekitar tahun 1985-1986 oleh mantan PM-4 Malaysia disebabkan beberapa kritikan dan juga ketirisan dana.
Legasi PERISTA ialah menyaksikan program pemodenan ATM bagi TD, TUDM dan TLDM berjalan rancak sepanjang 1990an dan transformasi ATM dari angkatan bercorak COIN (counter insurgency) kepada angkatan perang konvensional dari akhir 1980an - 2000an.
Sumber:
Artikel Dasar Pertahanan Negara: Pandangan Sekilas Lalu - Perajurit 2007
http://www.the-northrop-f-5-enth ... ces/MalaysiaAF.html
http://critic-words.blogspot.com ... ntera-malaysia.html
https://malaysiamilitarypower.bl ... to-our-skyhawk.html |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
RF-5E TIGEREYE
Pesawat RF-5E Tigereye dibeli menerusi program PERISTA bertujuan memberikan keupayaan peninjauan udara merupakan versi "dedicated reconnaissance" pesawat Northrop F-5E Tiger II. Ia dibangunkan berdasarkan kejayaan pesawat RF-4E Phantom varian platform pesawat McDonnell Douglas F-4 Phantom II. RF-5E dipasarkan kepada negara2 pengguna pesawat F-5 diseluruh dunia.
Untuk meningkatkan keupayaan tinjauan terkini dalam kerangka F-5E, Northrop memasang kamera peninjau KS-87B pada muncung pesawat RF-5e yang panjang lebih 10 inci (berbanding F-5E) tetingkap optik yang rata di bahagian bawah muncung pesawat.
TUDM pada masa itu telahpun mengoperasikan armada 14 Northrop F-5E Tiger II + 4 Northrop F-5F Tiger II. Dengan pemerolehan 2 pesawat peninjau RF-5E Tigereye dibawah PERISTA meningkatkan keupayaan tinjauan udara dalam TUDM.
Pesawat RF-5E Tigereye beroperasi dari tahun 1985 dalam keupayaan tinjauan taktikal sehingga ditamatkan perkhidmatan pada Disember 2014.
Rujukan:
http://www.joebaugher.com/usaf_fighters/f5_27.html |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 29-3-2019 05:12 PM
A-4PTM SKYHAWK
Menerusi program PERISTA, pada tahun 1982 Malaysia mengesahkan pembelian pembelian 80 pesawat ex-US Navy era perang Vietnam iaitu McDonnell Douglas A-4C / A-4L Skyhawk. Kebanyakan pesawat ini datangnya dari gedung simpanan Pengkalan Udara Davis Monthan.
Proses pemodenan & pengubahsuaian 40 pesawat A-4C/4L kepada standard A-4PTM (Peculiar to Malaysia) dilakukan oleh Grumman Bethpage dengan 34 buah A-4PTM & 6 buah pesawat TA-4PTM. Baki 40 selebihnya sebagai sumber alatganti dan Malaysia pula kekurangan dana untuk kos baikpulih untuk baki 40 pesawat berkenaan yang tersadai di USA.
Pesawat A-4PTM Skyhawk mula berkhidmat pada 1984 sehingga ditamatkan perkhidmatan secara beransur2 setelah TUDM mula menerima pesawat BAE Hawk 108/208 dari Britain. Rekod buruk operasi pesawat A-4PTM yang bermula dengan masalah senggaraan dan beberapa siri nahas udara yang menyebabkan kematian juga mencalarkan program PERISTA. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 29-3-2019 04:42 PM
APC GmBH RADPANZER CONDOR 4x4
APC Radpanzer Condor versi standard
Versi Prototaip naiktaraf APC Radpanzer Condor oleh Deftech
Kenderaan berperisai pengangkut personnel (APC) jenis GmBH Radpanzer Condor 4x4 adalah produk keluaran Rheinmetall MAN Military Vehicles dan direkabentuk oleh Thyssen-Henschel dari Jerman. Dibina berasaskan platform automatif APC Mercedes-Benz Unimog. Condor merupakan platform APC dengan keupayaan amfibi.
Malaysia adalah pengguna terbesar Radpanzer Condor 4x4 dimana sebanyak 460 APC Condor dibeli pada 1981-1984 dan dioperasikan sehingga kini. Radpanzer Condor juga merupakan "Wajah Pengaman UN Malaysia" di peringkat antarabangsa dari pelbagai konflik dari misi Pengaman UNTAC Kemboja, misi UNOSOM Somalia, misi UNPROFOR Bosnia, misi UNIFIL Lebanon & misi UNTAET Timor Leste.
Difahamkan kini Deftech sedang melobi Kerajaan Malaysia untuk meluluskan program naiktaraf pemodenan dan pengubahsuaian hampir 200 APC Radpanzer Condor 4x4 yang masih digunakan dalam perkhidmatan Tentera Darat Malaysia. Pemerolehan APC Radpanzer Condor boleh dianggap sebagai kejayaan aka "Poster Boy" program PERISTA.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
IFV SIBMAS 6x6
SIBMAS AFSV-90 versi standard
SIBMAS ARV
IFV SIBMAS merupakan kenderaan tempur infantri (IFV) dibangunkan oleh firma Belgium - BN Constructions Ferroviaires et Metalliques pada 1975-1976 dari platform prototaip IFV Ratel yang ditempah oleh rejim Afrika Selatan. SIBMAS sebagaimana Condor adalah platform dengan keupayaan amfibi.
Melalui program PERISTA, Malaysia telah mengumumkan pembelian sebanyak 186 IFV SIBMAS 6x6 dalam 2 konfigurasi pada 1981. Pembelian besar2an ini bagi menggantikan kenderaan armor Panhard AML era Darurat.
Tentera Darat Malaysia mengoperasikan 2 varian IFV SIBMAS 6x6 iaitu 162 SIBMAS AFSV-90 (Armoured Fire Support Vehicle) & 24 SIBMAS ARV (Armoured Recovery Vehicle). Keupayaan SIBMAS AFSV-90 dengan turet CM-90 & meriam Cockerill Mk. III 90mm, kuasa tembak SIBMAS AFSV-90 adalah yang paling ampuh sehingga masuknya perkhidmatan kereta kebal MBT PT-91M Pendekar pada 2009.
Sebahagian dari SIBMAS AFSV-90 difahamkan telah dinaiktaraf sistem persenjataan LCTS90 oleh Cockerill yang melancarkan misil anti-tank Falarick 90 buatan Ukraine pada tahun 2010. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KORVET KELAS KASTURI
KD Lekir kapal korvet kelas Kasturi setelah modenisasi SLEP
Di bawah PERISTA, TLDM mengumumkan pembelian 2 kapal jenis korvet buatan Jerman pada tahun 1981. Kapal korvet kelas Kasturi dibangunkan berdasarkan platform rekabentuk kapal FS 1500 & dibina oleh limbungan Howaldtswerke-Deutsche Werft (HDW).
Kedua2 kapal korvet ini dikelaskan sebagai korvet kelas Kasturi dan masing2 dinamakan KD Kasturi (F25) & KD Lekir (F26). Keduanya2 memasuki perkhidmatan TLDM pada tahun 1983-84. Korvet kelas Kasturi membentuk Skuadron 22 Korvet TLDM berpengkalan di Lumut.
Setelah berkhidmat lebih 25 tahun, korvet kelas Kasturi ini kemudian dinaiktaraf modenisasi menerusi program Service Life Extension Program (SLEP). Penggantian secara menyeluruh dengan penambahan sistem TACTICOS Combat Management System, DR3000S Electronic Support Measures suite termasuk Therma SKWS Decoy Launching System, Thales MIRADOR electro-optical sensor serta DSQS-24C hull-mounted sonar dari Atlas Elektronik telah dipasang menggantikan sistem lama.
Persenjataan juga diganti ketika program modenisasi SLEP dilakukan sepanjang 2009-2014. Antaranya meriam lama Bofors 57mm diganti meriam French 100mm, meriam lama anti-pesawat Emerlec 30 mm twin-barrel diganti dengan meriam anti-pesawat 30 mm single-barrel MSI DS30B dan persenjataan anti kapal selam yang lama iaitu Bofors 375 mm anti-submarine rocket launcher diganti dengan EuroTorp B515 triple torpedo launchers dan torpedo Whitehead A244-S. Selain itu, program modenisasi menyaksikan penggantian misil lama Exocet MM38 kepada misil versi terkini Exocet MM40 Block II.
Antara jasa korvet kelas Kasturi ialah KD Lekir & KD Kasturi turut terlibat dalam misi pencarian pesawat Malaysia Airlines Flight MH 370 pada Mac 2014.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KAPAL PENYAPU RANJAU KELAS LERICI/MAHAMIRU
Kapal penyapu ranjau (minehunter) kelas Lerici dibangunkan oleh firma Intermarine SpA Itali. Melalui program PERISTA, Malaysia memesan sebanyak 4 kapal penyapu ranjau kelas Lerici pada tahun 1981.
Dikenali sebagai "Malaysian Lericis" atau kelas Mahamiru di Malaysia, keempat2 kapal kelas Mahamiru iaitu KD Mahamiru (11), KD Jerai (12), KD Ledang (13) dan KD Kinabalu (14) memasuki perkhidmatan TLDM pada 1986. Dua kapal kelas Mahaniru ditempatkan di Lumut dan dua lagi di Labuan.
Kelas Mahamiru berbeza sedikit berbanding kelas Lerici antaranya kelas Mahamiru dilengkapi sua enjin diesel dengan dua shaf propeller manakala kelas Lerici hanya dilengkapi satu enjin dengan satu propeller. Oleh itu kelajuan kelas Mahamiru meningkat kepada kelajuan maksimum 16 knots (30 km/h; 18 mph) serta kelajuan sapuan ranjau (minehunting speed) 7 knots (13 km/h; 8.1 mph). Selain itu kelas Mahamiru dipasang dengan sonar Thomson Sintra TSM 2022, radar Thomson-CSF dan kelas Mahamiru juga panjang sedikit lebih 1 meter berbanding kelas Lerici Itali. Dari segi persenjataan juga berbeza, kelas Mahamiru menggunakan meriam Bofors 40 mm L/70 manakala kelas Lerici Itali menggunakan meriam 20 mm Oerlikon.
Dua kapal kelas Mahamiru telah dinaiktaraf menerusi program modenisasi SLEP menggantikan sonar TSM 2022 kepada versi sonar TSM 2022 Mark III. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
US-Malaysian Economic And Security Relations - CIA Document (31/12/2011)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|