CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

Kes-Kes Paranormal Dammerung Volume III (Kemaskini 13 April 2021)

    [Copy link]
Post time 3-11-2019 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
MelahJanda replied at 10-10-2019 09:30 AM
kat bangi ada je banner " kami boleh membantu anda mengutip hutang 'secara halus'..cara ni la kot

Serius laaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2019 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
zulkacak replied at 15-10-2019 01:21 PM
yeaaaaaa..abg temberang dah kembali dgn cerita2 temberang dia..

Semua cerita yg encik dgr dalam dunia ni tipu belaka, bukan setakat cerita Dammerung ni je. Cerita Hang Tuah, Mahsuri, dinosaur, nenek kebayan, burung pheonix. Semua tu cerita tipu pada yg mendengar. Cuma yg mengalaminya je tau itu cerita benar. Kalau diorang (yg pernah mengalami) bawak encik rasa/tengok apa yg diorg alami, pastu encik cerita pula kat sini atau pada kawan2, cerita encik tu pun masih kategori cerita tipu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2019 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila buku nak siap?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2019 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dam.. bile nk sambung ni?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2019 01:39 PM | Show all posts
Alaaaa belum ada sambungan ke? huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2019 07:35 PM | Show all posts
Kes 2/2019 - Bobot (Bahagian II)

“Ikutlah....aku nak tunjuk mak” kata-kata Bobot mengejutkan, bukan kerana apa yang disampaikan tetapi kerana selama ini diingatkan Bobot ini bisu. Mereka mengekor dari belakang Bobot, masih mengekalkan jarak selamat.

Mereka dibawa ke tali air dan semua mengucap panjang  apabila melihat Mak Enab terapung secara terlentang di tengah tali air. Tanpa membuang masa, beberapa lelaki memasuki tali air untuk mengeluarkan mayat Mak Enab.

Tidak semena-mena Bobot melibas hingga mencederakan salah seorang. Dia menghunus mata parang ke muka setiap lelaki di hadapannya. Kemudian, perlahan-lahan berundur, memasuki tali air dan dengan wajah separuh tenggelam, merenung tajam ke sekumpulan lelaki diketuai Penghulu.

Penghulu mengarahkan beberapa anak buahnya untuk memanggil orang kampong sementara dia dan lain berjaga di situ. Tak lama kemudian, hampir semua orang lelaki dewasa kampong mengerumuni tali air.

Mungkin tahu dia tak akan boleh melawan seramai itu, Bobot menyelam untuk melarikan diri sambil menyeret mayat Mak Enab. Namun usahanya gagal, dia ditangkap oleh orang ramai dan dipasung bawah surau manakala mayat Mak Enab diletakkan dalam bangsal tempat simpanan alat mengurus jenazah sementara kubur digali.

Subuh itu, sekali lagi kecoh apabila bukan sahaja Bobot hilang, dengan mayat ibunya juga lesap. Orang-orang ditugas mengawasi Bobot tertidur dan hanya bangun setelah dikejutkan. Semuanya terjadi begitu pantas dan ramai tergaru-garu memikirkan bagaimana Bobot boleh meloloskan diri dari pasungan dan melarikan jasad Mak Enab tanpa disedari oleh penggali-penggali kubur hanya beberapa meter dari bangsal tersebut.

Nenek ingat lagi bagaimana ayahnya tidak pulang rumah selama tiga hari kerana menyertai pasukan mencari Bobot. Setiap pelusuk dan ceruk kampong itu dicari tetapi usaha kaum lelaki kampong berakhir dengan tanpa jawapan.

Nenek juga masih ingat bagaimana ayahnya tidak langsung menceritakan pengalaman usaha mencari itu. Dua, tiga hari ayah nenek tak bercakap. Diam sahaja dan sering termenung, seperti ada yang menganggu fikiran. Bobot diisytihar hilang dan mungkin sudah mati.

Dan bermulalah ketakutan di kampong. Budak-budak, dari yang belum sunat sampailah yang cukup umur nak kahwin tak berani nak bersendirian di luar rumah. Ini bukan sekadar takut, tapi sudah menjadi trauma kerana semua pernah,sekurang-kurangnya sekali, membuli Bobot.

Ditambah pula dengan dakwaan-dakwaan beberapa penduduk mengaku di’ganggu’Bobot. Ada menceritakan sewaktu sedang mandi petang di sungai, ternampak seseorang sedang merangkak dalam semak. Dikira jantan miang mana, mereka menyumpah seranah suruh hentikan kegiatan tak senonoh, dibalas dengan hilaian suara wanita tak henti-henti.

Ada lagi menceritakan sewaktu buang air besar, mereka dibaling batu-batu kecil. Bila dicari siapa punya angkara, ternampak perempuan rambut panjang mengerbang turut serta mencangkung beberapa meter dari mereka, sambil tersenyum dengan parang panjang menguis-nguis tanah.

Paling membuatkan penduduk bertambah takut apabila ada mendakwa lantai rumah diketuk-ketuk. Setelah dimarahi, mata parang terhunus keluar dari permukaan lantai.

Budak-budak sebaya dia zaman itu kalau sebut ‘Bobot’sahaja boleh menangis. Begitu takut sekali dengan lajenda anak arwah Mak Enab itu. Sampai tahap, nama ‘Bobot’ pun terlalu taboo untuk disebut.

Perang Dunia Kedua melanda, disusuli Merdeka, insurgensi, pembentukan Malaysia dan seterusnya. Pemodenan mengubah sedikit sebanyak landskap dan juga pemikiran orang kampong. Orang sudah mula tak turun ke sawah, tak bertani dan mula menyertai sektor perindustrian bekerja di kilang-kilang.

Lajenda Bobot juga tidak lagi sesuatu yang menakutkan, tetapi menjadi cerita rakyat masyarakat setempat.

Di kampong pula, tali air telah dinaik taraf dengan tebing konkrit dan sistem empangan lengkap dengan pintu air berkuasa elektrik. Rumah Mak Enab juga telah lama dirobohkan dan kawasan itu dibangunkan menjadi tempat latihan milik kerajaan yang kemudian diambil alih oleh Biro Tata Negara.

Begitulah ceritanya. Samada betul atau tak cerita nenek, Khairul begitu terkesan dengan kisah Bobot, bertahun-tahun lamanya. Sehingga untuk subjek Kajian Sejarah Tempatan Tingkatan 2, dia menggunakan kisah Bobot. Kena lah pelangkung dengan ibu, orang lain buat pasal asal-usul keluarga, nama mak danayah, Khairul buat pasal cerita tahyul.

Tahun 1998, sewaktu Khairul di Tingkatan 4, nenek meninggal dunia. Pemergian nenek yang amat menyedihkan membuat Khairul melupakan obsesi Bobot nya.

Beberapa tahun selepas tamat sekolah, Khairul melanjutkan pelajaran ke luar negara dan jarang sekali pulang ke kampong, sehinggalah lebih kurang 10 tahun kemudian.

Salah seorang sepupu perempuan yang tinggal di kampong akan melansungkan perkahwinan. Terlepas beberapa perkahwinan saudara kerana berada di luar negara, dia ‘dipaksa’ untuk ‘wujud’ di perkahwinan sepupunya ini.

Begitu komited dengan kehadiran di perkahwinan sepupu, Khairul sudah melepak di kampong dua minggu sebelum hari akad nikah lagi. Rumah kampong pula sudah direnovasi dengan tambahan bilik dimana Khairul tak perlu lagi tidur bersesak-sesak seperti waktu kanak-kanak dahulu. Khairul seperti disuntik semangat baru ketika pulang kampong. Ditambah dengan adanya motorsikal lasak berkuasa tinggi BMW, setiap pelosok kampong diteroka.Tak sampai seminggu, nostalgia kisah ‘Bobot’ kembali menjelma.

Malangnya, generasi baru warga kampong sudah ramai melupakan Bobot. Sepupu-sepupu sebaya yang tinggal di kampong juga hanya ketawa apabila kisah Bobot dibangkitkan, mengatakan itu hanya cerita karut untuk menakutkan-nakutkan mereka sewaktu kecil.

Namun itu tidak langsung mengecewakan Khairul. Semakin ghairah pula dia mahu membongkar lajenda Bobot ini.

Di kampong hanya tinggal tiga orang tua yang melalui zaman sebelum Merdeka. Salah seorang ialah Nenek Aton dan lagi dua pasangan adik-beradik, Tok Deng danTok Di.

Nenek Aton merupakan rakan sepermainan arwah nenek dan masih menetap di rumah pusaka milik keluarganya terletak sekitar seratus meter dari rumah kampong. Khairul masih ingat menyambut lebaran ketika kecil, rumah Nenek Aton pasti menjadi rumah pertama diziarahi bersama sepupu-sepupu untuk mengumpul duit raya.

Tak sangka juga Khairul bahawa Nenek Aton masih hidup. Dia menziarahi jiran lama itu tidak lama selepas tiba di kampong. Dengan usia menjangkau 80an, Nenek Aton tidak lagi mampu berjalan tetapi memorinya masih lagi kuat, sekurang-kurangnya dia masih ingat dengan Khairul walaupun lebih dari 10 tahun tidak bertemu.

“Nek ingat lagi tak dengan Bobot” tanya Khairul selepas berbual-bual lebih sejam.

“Mana boleh lupa, rupa dia macam mana pun aku ingat lagi” jawapan Nenek Aton membuatkan Khairul berpindah tempat duduk dari atas lantai ke atas katil, supaya dapat mendengar lebih jelas.

Nenek Aton sebaya dengan arwah nenek dan merupakan teman sepermainan sewaktu kecil. Sebagai anak sulung, Nenek Aton sering diarahkan untuk membantu bapanya menuai padi di relung berdekatan rumah Bobot.

Menurut cerita Nenek Aton, Bobot merupakan seorang yang ada rupa, atau ertikata lain, agak cantik. Matanya tajam seperti kucing, hidung kecil dan bibir mungil, ditambah pula dengan kulit putih merah-kemerahan seperti orang putih, jauh berbeza dengan Mak Enab yang memiliki tipikal fizikal orang Melayu kampong zaman itu. Ada gosip mengatakan Bobot adalah hasil hubungan terlarang Mak Enab semasa bekerja sebagai pembantu rumah di rumah pemilik estet berbangsa Inggeris.

Ada juga mengatakan Bobot adalah anak buah dari kakak Mak Enab dari gosip yang sama. Apa-apa pun, ada logiknya Bobot adalah anak kacukan kerana dengan paras rupa dan ketinggiannya, tak ada langsung bercirikan wanita tempatan.

Nenek Aton masih ingat dengan anak-anak perempuan Mak Enab sebelum mereka meninggalkan kampong. Ada tiga orang dan tiada satu pun ada persamaan paras rupa mahupun fizikal dengan Bobot. Begitu juga dengan suami Mak Enab ,sepanjang ingatan Nenek Aton, dia pernah jumpa sekali sahaja dan rupanya seperti lelaki Melayu lain.

Sebelum kejadian Bobot mula merayau-rayau dengan parang, Nenek Aton beberapa kali melihat kereta putih di perkarangan rumah Mak Enab waktu tengahari ketika dia sedang berehat sebentar dari menuai. Zaman itu hanya orang putih sahaja mampu memiliki kereta jadi ada sekali itu, Nenek Aton curi-curi pergi ke rumah Mak Enab untuk melihat kenderaan tersebut dengan lebih dekat.

Bunyi pintu kayu terbuka membuatkan Nenek Aton bersembunyi dibelakang semak. Dia lihat ada dua lelaki mat salleh menuruni tangga dan membuka pintu kereta, manakala seorang wanita agak muda berambut perang sedang memapah seorang wanita tua yang memakai serba hitam dari atas hingga bawah dan wajahnya ditutup kain chiffon. Dari muka pintu, Mak Enab melambai-lambai ke arahorang-orang putih itu.

Nenek Aton juga mengaku bahawa dia jpernah terjebak membuli Bobot di atas pengaruh rakan sebaya. Berbeza dengan arwah nenek, Nenek Aton merupakan seorang tomboy dan ada kala ikut bermain dengan budak-budak lelaki. Ada sekali itu, dia ikut sekumpulan budak lelaki yang lebih tua darinya ke tali air. Bobot sedangmandi-manda dalam keadaan bogel, dikepung. Tiga budak lelaki secara diam-diam masuk ke dalam dan menangkap Bobot lalu diheret naik ke atas. Disitu, Nenek Aton melihat bagaimana Bobot diperlakukan oleh sekumpulan budak lelaki baru nak cecah umur akil baligh, meneliti setiap inci tubuh Bobot yang meningkat dewasa.

Pasca kejadian amuk Bobot, seperti yang lain, Nenek Aton tidak lagi dibenarkan menghabiskan masa diluar walaupun ke bendang. Bukan satu masalah pada Nenek Aton, dia pun tak berani kerana ketika itu heboh tentang Bobot sedang membalas dendam kepada setiap pembulinya.

Kegiatan malam seperti ke surau untuk solat berjemaah atau mengaji bagi budak-budak masih berjalan seperti biasa. Cuma pergerakan kaum wanita dan kanak-kanak pada waktu malam diwajibkan berteman sekurang-kurangnya dua lelakidewasa.

Itu semua berakhir pada satu malam Jumaat. Jemaah sedang solat Isyak diganggu hilaian tawa seorang wanita di perkarangan surau...

(Bersambung)


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2019 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 6-11-2019 07:35 PM
Kes 2/2019 - Bobot (Bahagian II)

“Ikutlah....aku nak tunjuk mak” kata-kata Bobot mengejutkan, b ...

OMG. Berdebar2 baca ingatkan dah ending. Rupanya ada sambungan. Keep it up damm!
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa jadi dgn bayi bobot?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2019 11:08 AM | Show all posts
Velina replied at 7-11-2019 10:18 AM
Apa jadi dgn bayi bobot?

aduhhh. ni yang buat tak tidur malam ni tunggu sambungan cerita damm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 12:12 PM | Show all posts
Best!! tak rugi bukak bod mps lagi hari ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 02:47 PM | Show all posts
AGak2, cmna nk dpt notification bila dammerung update ya?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 03:16 PM | Show all posts
best... x sabar nak tunggu kesudahan.. x sangka bobot anak mix. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih bro Dam sebab update.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Bygkan bobot cam juliana evans. Cantiknyahh
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik la dam.. cepat sikit sambung bahagian 3
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik la dam.. cepat sikit sambung bahagian 3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2019 03:33 PM | Show all posts
dammerung replied at 4-10-2019 07:43 PM
Baru-baru ini aku berborak dengan seorang rakan lama menerusi applikasi Whatsapp. Syam bertanya ke ...

adekah dammerung ni penulis novel seram Pazuzu syaiton purba?

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya arwah bobot (anggap arwah sebab dah lama sangat cerita ni)..Innalillahiwainnailaihirrojiun..moga roh ditempatkan di kalangan org2 yang mendapat rahmat dan keampunan
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
nk smbungn
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok sabar menanti sambungan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.089839 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list