CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

Kes-Kes Paranormal Dammerung Volume III (Kemaskini 13 April 2021)

    [Copy link]
Post time 18-10-2019 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
damm da kembali..

da lme x berbookmarks kt porumm ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2019 07:52 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 9-3-2020 04:17 PM

Kes 2/2019: Bobot - Bahagian I

Menghabiskan sebahagian besar zaman kanak-kanak di kampong, Khairul sering mendengar nama ‘Bobot’ disebut orang-orang tua. Kalau di tempat lain biasanya menggunakan taktik momok, atau hantu, atau jembalang atau apa-apa sahajalah makhluk halus yang divisualkan rupa hodoh dan menakutkan supaya budak-budak mendengar kata orang tua.

Tapi di kampong sebelah mak ini lain pula gayanya.

“Main lah lame-lame sampai Maghrib, diculik dek Bobot tau la kau"

“Kau main-main lah kat semak tu, kene ambik dengan Bobot baru tau”

“Buat apee kat luar tuuu?? Bobot ambikkk la dia”

Tak ada apa yang aneh dari ayat-ayat di atas, cuma apa membuatkan Khairul merasa pelik apabila dia tak pernah diberi tahu Bobot ini binatang apa. Secara umumnya, orang-orang tua di kampong itu setiap kali menakut-nakutkan anak-anak supaya tidak bermain di luar sampai Maghrib, atau merayau tak tentu hala tengahari buta atau tak dengar kata mak ayah, mereka akan mengugut dengan menggunakan ‘Bobot’.

Disebabkan tiada inisiatif oleh orang-orang tua untuk menjelaskan apa kejadahnya Bobot ini, maka semua usaha menakut-nakutkan itu akhirnya ke longkang. Biasalah budak-budak bila dah tak takut, akan melawan, sama lah kaedahnya oleh Khairul semasa kecil.

“Eleeehh tak takutt...biar Bobot datang, abang sepak dia”

Gara-gara jarang bertemu ibubapa membuatkan Khairul akan mengada-ngada setiap kali mereka pulang menjenguk. Suruh mandi tak mahu, suruh makan tak nak,suruh buat kerja sekolah, buat tak tahu dan ibu seperti biasa akan menggunakan taktik Bobot.

Ada masa sampai Khairul naik rimas.

“Bobot ni ape bu?” soalan yang setiap kali ditanya akan dibalas dengan jawapan ‘tanya nenek’. Ibu mungkin sudah biasa dimomokkan dengan ‘Bobot’ oleh nenek sewaktu membesar membuatkan dia terikut-ikut menggunakan taktik sama.

Khairul masih ingat, tiap kali ditanya, nenek akan buat-buat tak dengar.Kalau digasak banyak-banyak kali, pasti kena marah, kena cubit. Kemisterian Bobot ini ada lah dibincang bersama teman-teman sepermainan, namun semua mengalami situasi sama seperti Khairul.

Selepas atuk meninggal, Mak Long yang sudah menjanda hampir 10 tahun berpindah masuk ke rumah kampong untuk menemani nenek. Khairul waktu itu berumur 9 tahun terpaksa meninggalkan kehidupan kampong yang dinikmati sejak berumur 5 tahun untuk kembali tinggal bersama ibu dan ayah di Kuala Lumpur.

Sebagai cucu kesayangan, seminggu terakhir di kampong, Khairul akan tidur dengan nenek. Pada malam terakhir, Khairul meminta nenek menceritakan tentang Bobot.

Pada mulanya nenek tak mahu, selepas Khairul merengek dan ugut untuk tak mahu pulang ke kampong, nenek mengalah.

“Tsk! Cepatlah citer nekk” selepas nenek pura-pura tertidur.

“Kalau nenek citer ni, abang janji tak mau tanye lagi pasal Bobot dan bagitau kat kawan-kawan ye?” nenek meminta jaminan Khairul yang baru darjah tiga.

“Janji nek”

Sewaktu nenek berumur sebaya dengan Khairul, iaitu sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua, ada seorang wanita terencat akal dipanggil Bobot di kampong.Tak ada siapa tahu nama sebenar Bobot, nenek cuma ingat ibunya dipanggil Mak Enab. Dari ingatan nenek, Bobot ketika itu sudah melebihi umur wajib nikah, dikampong itu biasanya anak-anak dara akan bernikah sekitar usia 15 hingga 17 tahun. Jadi, Bobot dalam lingkungan 18 ke 20 tahun.

Bobot ini kerja dia hari-hari, merayau dari pagi sampai petang. Sepanjang dia merayau itu, Bobot hanya akan pulang sebentar untuk makan  tengahari, itupun kerana Mak Enab akan keliling satu kampong mencari anaknya. Kata nenek, waktu itu sudah terbiasa setiap kali tengahari dan petang akan terdengar lantang;

“Boboooott, Boboooott”

Mak Enab menetap di rumah terletak paling hujung, dimana dari pemahaman Khairul, jalan menuju ke arah kawasan air terjun dipanggil Jeram. Mak Enab ada suami tetapi lepas mendapat kerja di Singapura, suaminya tak pulang-pulang. Manakala anak-anak yang lebih tua sudah berhijrah keluar kampong dan tiada khabar berita.

Tinggal lah Mak Enab sebatang kara menguruskan anak terencat akalnya itu. Menurut cerita nenek, Bobot ini ramai orang kampong tak suka sebab suka rosakkan tanaman dan mendera binatang-binatang ternakan, ada yang sampai mati.

Setiap kali mangsa hasil kerja Bobot berdepan dengan Mak Enab untuk menuntut ganti rugi, dia akan mendakwa mereka sengaja menuduh tanpa bukti kerana anaknya terencat dan macam-macam lagi. Mungkin disebabkan itu, remaja-remaja kampong waktu itu gemar membuli Bobot. Sepak terajang baik dari lelaki, perempuan hinggalah budak budak usia tadika semua mengambil giliran untuk membuli Bobot setiap hari.

Nenek mengaku pernah beberapa kali terjebak membuli si Bobot sewaktu usianya mungkin 7 atau 8 tahun. Bobot ini suka berendam dalam tali air yang pada zaman itu terletak sebelah sawah. Terikut dengan rakan-rakan lain, nenek membaling-baling batu ke arah Bobot yang sedang berada di dalam tali air.

Bobot mempunyai fizikal agak berbeza dengan gadis-gadis kampong. Boleh dikatakan, Bobot adalah penduduk kampong paling tinggi, dan dengan tubuh kurus melengkung, tak susah nak cam dari jauh, apatah lagi nak baling batu.

Bobot tak pernah mengelak atau menangis atau menyerang balas. Dia hanya akan membiarkan dirinya dibuli, didera sehingga selesai dan kemudian meneruskan aktiviti macam biasa. Nenek dan lain-lain hanya akan berhenti bila nampak darah mengalir. Pernah sekali, Mak Enab menyerang setiap rumah di kampong itu gara-gara Bobot lebam-lebam satu badan.

Kata nenek, itulah kali terakhir dia terlibat dalam pembulian anak Mak Enab. Kehidupan diteruskan seperti biasa, sehinggalah semua mula mempersoalkan perubahan fizikal Bobot. Sudah terang lagi bersuluh, Bobot mengandung dan sudah pasti juga bukan hasil dari hubungan suka sama suka.

Penghulu dan beberapa orang masjid pernah cuba berbincang dengan Mak Enab tentang permasalahan itu, tetapi Mak Enab hanya ketawa sahaja. Alasannya, Bobot membuncit kerana kuat makan, bukan kerana mengandung.

Orang kampong mungkin rata-rata tidak berpendidikan, tetapi mereka bukan bodoh sehingga tak tahu bezakan perut membesar kerana obesiti atau hamil. Tapi, kalau ibunya sendiri sudah berkata demikian, apa lagi yang hendak dipersoalkan.

Pada satu hari, kampong terasa agak sepi kata nenek. Sepi sebab tiada suara Mak Enab memanggil Bobot. Malah ayah nenek juga pulang dari bendang mengatakan benda yang sama, tak nampak langsung Bobot hari itu.

Ini berterusan, sehingga seminggu. Beberapa penduduk berpakat melawat Mak Enab, bertanya khabar. Mak Enab menerima tetamu di luar tangga rumah, alasan tidak mempelawa masuk adalah kerana Bobot sedang berehat sebab sakit. Bila ditanya sakit apa, Mak Enab cuma kata demam. Di waktu wakil-wakil penduduk kampong hendak meminta diri, terdengar tangisan bayi. Mak Enab bergegas masuk ke rumah dan tak keluar-keluar walaupun berkali-kali ditanya mereka diluar samada semua okey atau tak, akhirnya beredar begitu sahaja tanpa salam.

Tak lama selepas itu, kedengaran semula suara Mak Enab dan Bobot juga kembali merayau-rayau. Tapi kenormalan rutin kampong tidak lagi seperti dulu. Bobot tidak lagi dibuli dan orang kampong mula memindahkan ternakan ke tempat lebih jauh dan memperkukuhkan pagar ladang tanaman supaya tidak dicerobohi Bobot.

Bobot juga sudah banyak berubah. Kalau dulu masih lagi berikat rambut, kini rambut dibiarkan mengerbang menutup wajah. Baju pun sudah jarang dikenakan, kejap berbaju tapi tak berkain atau sebaliknya, kadang-kadang berbogel terus. Sebab utama budak-budak tak berani mendekati Bobot, dia sudah mula merayau-rayau sambil bawa parang panjang. Siapa-siapa dekat dengannya, walau berselisih jalan, akan dilibas-libas. Sudah berapa kali orang kampong menasihati Mak Enab akan tindakan berbahaya Bobot mengusung parang, jawapan ibuBobot mudah, kali ini dia takkan biarkan anaknya dibuli seperti dahulu.

Sebelum ini, Bobot hanya melampiaskan kegilaan terhadap ternakan dan tanaman orang. Sejak baik dari demam, dia mula menjadikan anak-anak kecil, terutama sekali budak lelaki jadi mangsanya. Mana-mana budak lelaki usia 5, 6 tahun bermain sendirian di luar rumah, akan di culik dan dijadikan peneman aktiviti merayaunya. Biasanya, tak sempat pergi jauh pun kerana tangisan mangsa segera membuatkan penjaga bertindak, itu pun terpaksa mengambil risiko kena parang dengan Bobot.

Tidak tahan dengan kegilaan Bobot semakin menjadi-jadi, semua sepakat untuk memasukkan Bobot ke hospital gila di Perak. Pihak berkuasa di bandar berdekatan sudah dimaklumkan dan hanya satu sahaja yang tinggal, iaitu memaklumkan kepada Mak Enab. Sekali lagi, penghulu dan beberapa penduduk kampong ke rumah Mak Enab selepas Isyak. Tiba di rumah, mereka mendapati pintu dan tingkap masih terbuka. Salam diberi tak berjawab-jawab. Salah seorang memanjat tangga untuk memeriksa di dalam dan terjatuh ke bawah apabila Bobot tiba-tiba muncul di muka pintu.

Bobot  menuju ke arah jalan tanah merah depan rumah. Dia memanggil-manggil untuk mengikutnya. Penghulu dan lain-lain tak pasti kerana parang panjang masih tersemat di tangan Bobot.

(Bersambung)

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Hah sudah..mati pulak mak enab kena belasah parang si bobot..

Best damm..aku suka cerita mcm ni..bukan typical stories
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 09:08 PM | Show all posts
Entah entah si bobot ni dah bantai mak enab dgn baby dia
Orang macam ni jangan buat main



Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah dr dam mmg rare..
Smpai la..sebut ja bama dammerung terinvat2 kisah guard yg jg rumh besaq tu. Ternginag2 hantu tu dok panggil oii oii
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok x sabar nk baca part seterusnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2019 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
raihaneem replied at 18-10-2019 11:00 PM
Kisah dr dam mmg rare..
Smpai la..sebut ja bama dammerung terinvat2 kisah guard yg jg rumh besaq tu ...

citer ni tgh popular kt fb..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
done! nak lagi!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2019 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Seramnya... terima kasih dam
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
nooriesz replied at 19-10-2019 07:35 AM
citer ni tgh popular kt fb..

Ya ka..depa kredit ke dammerung ka tak?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka semua cerita dammerung. Tapi citer yang paling xleh lupa, yang check in hotel kat KL pastu bangun pagi tu tgk2 kembali ke zaman dulu2. Satu lagi Mat Sentul dalam hutan. Huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Bunga88 replied at 19-10-2019 07:01 PM
Suka semua cerita dammerung. Tapi citer yang paling xleh lupa, yang check in hotel kat KL pastu bang ...

Yang indon kongsi bercerita tu best gak apart from dua cerita ni..
Tangga batu kat sekolah pun best...eh banyakla best..teringat2 cerita legend nih
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
awaynepian replied at 19-10-2019 08:39 PM
Yang indon kongsi bercerita tu best gak apart from dua cerita ni..
Tangga batu kat sekolah pun be ...

Kan..rasa mcm masuk dalam cerita. Even xde background knowledge pasal benda2 dalam cerita tu pun blh paham. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 10:28 AM | Show all posts
K_Lily replied at 18-10-2019 03:10 PM
kan dia ada bagitau, tiha dah kawen ada anak 3.

duit yang tiha bagi ke syam tu, si tiha songlap ...

meols tetap nk rasa x best sb bab hati perasaan teha tu mcmne. sb mengharapkan deols jumpa depan2. ala2 slot akasia gtuh.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Waiting for sambungan bobot
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 04:52 PM | Show all posts
chinta89 replied at 20-10-2019 10:28 AM
meols tetap nk rasa x best sb bab hati perasaan teha tu mcmne. sb mengharapkan deols jumpa depan2. ...

Amboi uols

Kalau ditulis kisah tiha dn syam, dah jadi slot akasia
Bukan lagi slot detik 12 malam

Apa pun, kalau slot akasia, memang rasa tergantung kisah syam dan tiha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2019 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
raihaneem replied at 19-10-2019 05:19 PM
Ya ka..depa kredit ke dammerung ka tak?

ade.. diorg kredit nme damm.. ramai gk yg mention thread ni kt fb..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2019 09:21 AM | Show all posts
chinta89 replied at 20-10-2019 10:28 AM
meols tetap nk rasa x best sb bab hati perasaan teha tu mcmne. sb mengharapkan deols jumpa depan2. ...

aku kan..macam rasa apa yg teha rasa
lelaki kalau belah camtu je tanpa sepatah kata mmg spesis pengecut


Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2019 11:02 AM | Show all posts
haifawehbe replied at 12-10-2019 12:12 AM
boleh share contact no syam? nak suruh dia tangkap jin dlm rumah ni

mmg tak sangka betul keje2 menangkap hantu ni wujud
tapi Syam masih lagi sebagai umpan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2019 11:06 AM | Show all posts
bottombikini replied at 21-10-2019 09:21 AM
aku kan..macam rasa apa yg teha rasa
lelaki kalau belah camtu je tanpa sepatah kata mmg spesis pe ...

Teha tu masih hidup lagi la kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.105608 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list