CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

Kes-Kes Paranormal Dammerung Volume III (Kemaskini 13 April 2021)

    [Copy link]
Post time 7-11-2020 10:37 AM | Show all posts
assalamualaikum bang dam


finally bc smpi hbs kisah nenek kebayan
best2

klu dpt dibuat mcm filem pendek cerita2 dam ni mesti best
mcm kt youtube nu

anyway, look forward for more



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2020 10:53 AM | Show all posts
fealefea replied at 1-11-2020 01:54 PM
Alaaa, encik Dam, nk update baru.

abg dam biasa post br lps genap sebulan
kdg2 je berubah



Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2020 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Seram tapi best sangat ada lagi tak agak2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2020 06:55 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 11-11-2020 06:58 PM

Bahagian Akhir: Kampong Kucing

Baru-baru ini aku menerima mesej oleh seorang forumer yang memperkenalkan dirinya sebagai 'Hafiz'. Dia minta aku menceritakan semula pengalaman yang tidak dapat dilupakan semasa berusia 9 tahun. Aku tak pernah ambil material dari forumer disini tapi pengecualian diberi kepada Hafiz kerana aku rasa cerita dia menarik.

Pengalaman Hafiz ini merupakan bahagian terakhir bagi Kes 6/2020.

Dari usia empat tahun sehingga lima belas tahun, Hafiz tinggal di sebuah kawasan perumahan rakyat daerah di Negeri Sembilan. Ayahnya bekerja sebagai pemandu dengan JKR dan ibunya surirumah. Dia mempunyai sepasang kakak kembar ketika itu sudah bersekolah menengah.

Bersebelahan kawasan rumah, terdapat sebuah kampong yang Hafiz tak pernah tahu apa namanya, tapi dikenali sebagai 'Kampong Kucing'

Ironinya, di Kampong Kucing tak ada seekor pun kucing dilihat berkeliaran. Dikatakan, penduduk kampong tersebut suka makan kucing dan kalau ternampak ada orang tangkap kucing-kucing liar di pekan, orang itu pasti dari Kampong Kucing. Hafiz sering bermain basikal mengelilingi kampong itu kerana sebatang jalan di sebelah tali air dengan sawah, saujana mata memandang. Dari jalan itu, dia juga boleh sampai ke sekolah hampir sepuluh minit lebih awal dari ikut jalan biasa.

Hafiz tak pernah lihat orang kampong situ makan kucing, hatta makan sekalipun kerana penduduknya jarang-jarang berada di luar. Setiap kali Hafiz berlegar-legar di Kampong Kucing, jalan-jalan lengang dan pintu-pintu rumah semua bertutup. Hanya bunyi suara televisyen sayup-sayup kedengaran dari rumah-rumah. Cuma apa yang agak pelik, dia perasan mata-mata meninjau dari celah sisip tingkap di setiap rumah apabila dia melewati halaman rumah mereka.

Hafiz antara yang berani memasuki Kampong Kucing kerana rata-rata jiran-jirannya melarang anak-anak mereka mendekati kampong itu. Ibubapa Hafiz juga kalau tahu anak bongsu mereka selamba keluar masuk, memang dah kena rotan. Tapi kalau diketahui pun, Hafiz tetap akan menjadikan Kampong Kucing tempat permainan. Keberanian ke kampong adalah satu-satunya benda boleh dibanggakan dan modal gebang Hafiz ke rakan-rakan.

Namun begitu, keberanian bertukar menjadi ketakutan pada satu hari ketika cuti sekolah akhir tahun. Hafiz masih ingat, hari kejadian adalah Khamis dan waktu pagi. Setiap pagi selepas sarapan, Hafiz akan bermain basikal merentasi Kampong Kucing sehingga ke hujung di mana jalan bertemu jalan raya utama, kemudian mengayuh sehingga ke pekan dan kembali ke rumah.

Pagi itu langit gelap tetapi tiada kilat dan guruh. Emak awal-awal dah bagi amaran jangan keluar kerana langit gelap tetapi tak diendahkan. Larangan kakak kembarnya juga sekadar masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Bagi Hafiz, kampong itu bukannya besar mana pun, dari hujung ke hujung tak sampai pun setengah jam. Lagipun, apa dia mahu buat pagi-pagi di rumah. Tahun 1989 bukannya macam zaman sekarang, mahu menonton TV pun kena tunggu pukul empat petang baru mula siaran.

Bersendirian macam biasa, Hafiz menyusuri jalan belakang kawasan perumahan menuju ke Kampong Kucing. Jalan berlubang-lubang tidak diselenggara menandakan dia sudah memasuki kawasan kampong. Dentuman guruh sudah beberapa kali kedengaran dan tak tahu kenapa tak tergerak di hati Hafiz untuk membatalkan riadah pagi itu. Seolah-olah amat yakin dapat menyelesaikan rutin berbasikal sebelum hujan.

Titisan hujan pantas disusuli hujan lebat. Hafiz yang sudah berada di tengah Kampong Kucing tiba-tiba menggelabah, tak pasti samada nak teruskan sampai hujung kampong kemudian pulang atau berpatah balik menuju ke rumah.

Dalam kelam-kabut ditimpa hujan, Hafiz akhirnya berteduh di anjung salah satu rumah berhampiran.

Pintu tertutup. Tingkap sisip terkuak sedikit dihiasi langsir yang menghalang orang dari melihat ke dalam rumah. Hafiz mengimbangi tubuh di basikal sambil memegang tiang sementara menunggu hujan berhenti.

Hampir sepuluh minit menunggu, hujan tak juga berhenti. Malah dilihat tali air melimpah hingga menenggelam jalan. Timbul niat nak ketuk pintu, mohon jasa baik tuan rumah untuk menggunakan bilik air. Pada mula teragak-agak, tapi dah lama di anjung, tuan rumah pun tak ada halau, Hafiz nekad.

"Assalamualaikum..." salam Hafiz diserta ketukan pintu.

Tiada jawapan. Diulang lagi hingga empat, lima kali.

Dia cuba meninjau dari celah tingkap. Menggunakan jari, Hafiz menyelak langsir. Lampu tak dihidupkan tapi dari cahaya samar-samar, ruang tamu kelihatan baru dikemas dan sisip tingkap ditolak untuk pandangan lebih jelas.

Terkejut Hafiz melihat kelibat seseorang dari sebalik muka pintu bilik. Hanya separuh tubuh kelihatan dan apa membuatkan bulu roma meremang, mata orang itu bercahaya, seperti mata kucing.

Segera Hafiz kembali ke basikal dan mengayuh keluar dari anjung. Lantaklah hujan lebat ke, jalan banjir ke, kena rotan dengan emak ke, yang penting dia mahu segera sampai ke rumah.

Ternyata bukan senang nak mengayuh basikal dalam banjir. Setiap kayuhan terasa berat seperti mendaki jalan curam. Semakin hampir dia ke simpang jalan utama, pintu-pintu rumah terbuka. Berdiri di setiap muka pintu adalah penduduk kampong. Ada tua, muda, lelaki, perempuan, dewasa, kanak-kanak, bersendirian, berpasangan, sekeluarga, semuanya merenung Hafiz dengan wajah tidak berekspresi, yang perlahan melewati rumah-rumah mereka.

Hafiz menangis kerana teramat takut. Kayuhan semakin pantas walaubagaimana pun hanya melajukan sedikit basikalnya. Dia cuba tak melihat, tetapi curiga punya pasal, Hafiz menoleh ke arah keluarga sewaktu menghampiri sebuah rumah.

Sepasang suami isteri dengan dua anak kecil mungkin seumur empat tahun merenung dengan mata bercahaya. Apa membuatkan Hafiz menjerit sekuat hati tatkala melihat wajah satu keluarga itu persis...

....kucing.

Pandangan Hafiz terpaku kepada setiap tuan rumah, walaupun berusaha untuk tidak melihat.

Setiap penduduk berwajah kucing.

Hampir tiba di simpang, kayuhan semakin mudah, mungkin kerana banjir tidak setinggi di tengah kampong. Sebaik dapat mengawal kelajuan basikal, Hafiz memecut pulang ke rumah.

Seperti dijangka, Hafiz dileteri emak dan dirotan. Ayah yang jarang-jarang memarahinya juga tiba-tiba naik angin sebaik mendengar dia meredah hujan lebat di Kampong Kucing. Berbirat-birat betis Hafiz dilibas ayah menggunakan penyangkut baju. Hafiz tak menangis, setakat mendiamkan diri dan mengangguk dimana patut. Mindanya masih memproses kejadian aneh dialami sebentar tadi.

Keesokan hari, Hafiz tidak lagi ke Kampong Kucing. Dia juga tidak menceritakan pengalaman mengerikan itu ke sesiapa. Hafiz trauma walau untuk ingat kembali kejadian tersebut. Apa yang agak pelik juga, tak ada pula timbul rasa takut kalau tengok kucing. Cuma tak adalah dia nak usap-usap macam dulu.

Beberapa tahun berlalu, dan Hafiz memasuki tingkatan tiga. Menurut cerita ayah, Kampong Kucing dah jadi kampong tinggal. Tak tahu bila penduduk pindah keluar, tahu-tahu semua rumah dah kosong dan usang. Perkara ini disedari ketika banci pada tahun 1991.

Ketika Hafiz di tingkatan tiga, setelah sekian lama memendam, baru dia berani untuk merujuk semula pengalaman di Kampong Kucing. Sebulan sebelum PMR, sekolah menganjurkan program motivasi selama tiga hari dimana semua pelajar tingkatan tiga diwajibkan tidur disekolah. Malam terakhir sebelum menunggu qiamullail, Hafiz berserta tiga lagi rakan berkongsi cerita seram.

"Ini bukan dari cerita orang lain, tapi pengalaman aku sendiri. Korang tau kan Kampong Kucing?" kata Hafiz memulakan cerita.

Boleh dikatakan, cerita Hafiz paling win. Semua terpaku mendengar. Mungkin kerana pengalaman sendiri membuatkan cerita Hafiz lebih terperinci dari cerita-cerita yang didengar oleh orang lain.

"...macam tu lah. Lepas tu aku takde jejak kaki kat situ. Taubat. Terpulang kat korang nak percaya ke tak, tapi aku bersumpah memang betul aku nampak semua tu" jelas Hafiz di pengakhiran cerita.

"Pelik" kata Karim, salah seorang rakan.

Disangka Karim mahu menyangkal kesahihan cerita, tetapi sebaliknya.

Menurut cerita Karim, seorang jirannya pernah ambil upah mengendalikan mesin penuai di sawah sebelah Kampong Kucing. Ketika rehat, dia akan melepak di tebing tali air sambil makan tengahari. Satu hari hujan turun dan kerja dihentikan sementara. Terasa nak buang air kecil, gara-gara tak tahan, dia berlari ke tali air dan memilih melepaskan niat di sebalik pohon rendang.

Jiran Karim menghadap ke rumah dan dia melihat bagaimana para penghuni keluar berdiri di pintu masing-masing memakai topeng kucing. Pada mulanya diingat topeng tapi sebaik dilihat mata-mata bercahaya, dia yakin apa dilihatnya bukan manusia. Semenjak dari itu jiran Karim tidak lagi berani melepak di tali air.

Cerita Karim ini lebih kurang dengan pengalaman Hafiz. Apa membuatkan semua meremang bulu tengkok apabila si jiran itu hanya menceritakan sekali sahaja pengalaman dan meninggal dunia pada usia 30 tahun akibat kemalangan jalan raya.

"30 tahun, lama lagi aku boleh hidup..." seloroh Hafiz walaupun dalam hati Allah sahaja yang tahu.

"Aku rasa la sebagai pembela kucing. Kucing aku kalau time hujan dia suka melepak kat anjung tengok hujan, tak pun tido. Aku rasa kenapa orang-orang tu tak kacau ko time tu, sebab kucing takut air kot?" kata seorang lagi teman yang Hafiz sudah tak ingat nama.

Terngiang-ngiang penjelasan rakan-rakannya sepanjang minggu itu. Akhirnya Hafiz redha, dibuatnya ada sumpahan gara-gara orang-orang Kampong Kucing, ajalnya datang pada usia 30 tahun, tak apalah. Jodoh, rezeki dan ajal di tangan Tuhan.

Kini Hafiz dah hampir mencecah 40 tahun, dan masih tak suka dengan kucing.

Sekian.


Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Lain betul cerita ni. Orang muka kucing. Anyway nice story dam. The wait for new story is paid off
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 10:30 AM | Show all posts
dammerung replied at 11-11-2020 06:55 PM
Bahagian Akhir: Kampong Kucing

Baru-baru ini aku menerima mesej oleh seorang forumer yang memperk ...

hairan , mana hilangnya mereka dan hanya disedari ketika banci penduduk baru tau deols pindah?

alam ini penuh dengan perkara mistik.

aku rasa mak ayah dan org tua2 lama di kg tu, tau something psl penduduk Kg Kucing sb tu deols larang anak2 dari pegi sana.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2020 11:04 AM | Show all posts
baru baru ni kan aku check in hotel atas urusan keje..first nite ok..seken nigat youtube ceramah aku biar on..lepas tu terjaga aku tutup sebab ceramah tu panjang, tutup mcm paused kt laptop. apa kemungkinan bisa ter on sednri? atau paranormal yg on kan balik..sebab aku terjaga dengar ceramah tu balik dalam 2-3 pagi. aku tutup cancel off katup laptop smbg tido.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 11:20 AM | Show all posts
oppss..sorry tt, ot org citer psal nenek kebayan aku tertiba tnya pasal hantu lain.

tu kat umah aku..rajin dengar krak krik kt dapo la kadang..lama2 hilang gitu je. mula dulu ya..rumah tu previous indian. so faham2 je lah..since hari2 disirami kalimah2 ayat ayat suci yg merdu diawal subuh..rasa sejuk damai..insyaAllah tiada gangguan lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2020 12:34 PM | Show all posts
bestttttttttttt tak mengecewakan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 02:13 PM | Show all posts
best cite ni.. terbayang hermoinegranger cite harry potter  jadi kucing.. seramm.. tapi klu peminat kucing maybe dia gi serbu kampung ni ahahahahahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 02:45 PM | Show all posts
plot sama..cuma tukar watak jek..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita dari dammerung tak pernah mengecewakan! Best!
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Peminat kucing tak rasa seram kot sbb kucingkan comel... tapi tq Dammerung best citer...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Silap silap dibawak balik ape orang kampung kucing tu. Takpun ramai ramai cat lovers letak kucing tak terjaga kat situ. Hehe. Tapi mungkin juga mereka tu makhluk Tuhan yang halus kan..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2020 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
best.hafiz takda nak pergi sana ka lawat balik kpg tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2020 08:39 AM | Show all posts
abis sebelum2 nie org wat banci cemane kat kampung kucing tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2020 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
wow best cara bro damm bercerita
buat aku lagi seram dengan kucing
aku macam nak tahu lagi la
siapa sebenarnye org2 kampung kucing tu?
kena sumpahan ke ape?
dan ape jadi dekat kampung tu sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe terkena sumpahan kot pnduduk kpg tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 11:07 PM | Show all posts
terlepas dua cerita

kampung kucing ni teringat kat Jepun ke Korea, ada pulau yang menempatkan ratusan kucing.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 04:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Dr antologi dammerung membawa ke sini, akhir ya khatam gak.. Thanks TT, best Sgt..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.110918 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list