CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

Kes-Kes Paranormal Dammerung Volume III (Kemaskini 13 April 2021)

    [Copy link]
Post time 19-1-2021 02:52 PM | Show all posts
best best !!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2021 06:10 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 20-1-2021 06:16 PM

Kes 7/2020 - Misteri Kawasan Rumah Sewa (Bahagian II)

Tangan yang terjulur dari semak berbulu hitam lebat, seakan tangan gorilla. Terdetik di fikiran Amir sekiranya Kak Mon memang ada membela gorilla dalam semak samun itu. Pandangan terhad membuatkan dia tak dapat melihat jelas makhluk di sebalik semak. Kak Mon kembali ke rumahnya dan Amir terbaring di lantai, cuba memproses kejadian surreal sebentar tadi. Persoalan bermain di fikiran, seperti apa akan terjadi sekiranya dia tak bersembunyi, atau adakah Kak Mon sering mencuri masuk setiap rumah penyewa sewaktu mereka tiada di rumah, apakah makhluk berbulu hitam itu dan macam-macam lagi.

Kalau diingat semula, Amir yakin dia tak rasa takut pada masa itu tapi untuk mengatakan dia seorang pemberani pun tak juga kerana Amir takut dengan anjing. Mungkin juga dia tak pernah menganggap Kak Mon sebagai seorang yang menakutkan, walaupun wajah bengis dengan rambut kerinting mengerbang itu sudah cukup membuatkan orang gerun dengannya. Apa-apa pun, Kak Mon tidak lagi membuat spot-check keesokan hari dan hari-hari berikutnya, malah Amir juga sudah terlupa tentang makhluk misteri yang mengambil pemberian Kak Mon itu.

Kejadian kedua berlaku pada Hari Raya ketiga tahun 1989. Raya tahun itu merupakan pertama kali mereka tidak pulang ke kampong. Atuk dan nenek beraya di rumah Mak Long di Perak dan ibu bagi alasan tidak dapat cuti, tapi sebenarnya tak cukup duit untuk beli tiket bas ke Perak memandangkan mereka membeli set TV. Amir juga tak kisah kerana dia tak rapat dengan sepupu-sepupunya dan gembira beraya di rumah dengan TV baru.

Ketika sedang asyik menonton rancangan sarkis Russia, ada orang memberi salam. Di luar Kak Mon tercegat di muka pintu. Amir masih ingat berlapis-lapis barang kemas membaluti tubuh Kak Mon, dan dia juga masih ingat baju kelawar bercorak harimau bintang yang dikenakan tuan rumah itu. Rambut Kak Mon masih mengerbang seperti biasa dan kuku tajam panjang diwarnakan pewarna oren.

"Jemputlah ke rumah ye, Kak Mon tunggu" kata Kak Mon sebelum beredar. Ibu tersenyum kelat, kerana Amir tahu ibu malas nak pergi beraya, lebih-lebih lagi ke rumah tuan tanah.

Lebih kurang sejam selepas itu, ibu dan Amir merentasi halaman menuju ke rumah Kak Mon. Banglo tuan tanah itu tidak seperti biasa dilihat. Tingkat bawah dibina menggunakan konkrit manakala tingkat dua dan tiga menggunakan bahan kayu sepenuhnya. Jika diamati, banglo itu asalnya hanya satu tingkat dan ditambah tanpa perancangan rapi. Pada usia masih muda dan menghabiskan sebahagian besar hidup di kampong tidak menjadi halangan baginya untuk mengetahui betapa huduhnya rekabentuk banglo Kak Mon.

Mereka tiba di hadapan rumah Kak Mon dan Amir terpegun sejenak melihat keunikan pintu rumah tuan rumah. Pintu satu daun itu amat besar, sehingga dirasakan boleh memuatkan lima orang dewasa di muka pintu. Tidak seperti pintu rumah biasa, pintu rumah Kak Mon diperbuat dari tembaga dan dihiasi ukiran-ukiran halus pernuh warna-warni, seperti pintu istana dari filem-filem fantasi yang pernah ditonton.

Amir dan ibu memberi salam. Tiada jawapan diberi dan pintu tembaga terkuak. Kak Mon menjulur kepala sambil tersengih.

"Kejap ye, Kak Mon kemas rumah kejap, bersepah ha" kata Kak Mon sebelum kembali menutup pintu.

'Kejap' Kak Mon memakan masa hampir setengah jam. Ibu sampai boleh balik rumah dan suruh Amir tunggu. Agak kekok apabila Kak Mon dah buka pintu siap menyambut mereka, Amir terpaksa berlari ke rumah panggil ibu.

Dipendekkan cerita, mereka sudah berada di ruang tamu. Kak Mon ralit berborak dengan ibu manakala Amir menyebukkan diri memakan rempeyek. Dalam pelbagai jenis kuih raya di atas meja, hanya itu yang kena dengan tekaknya. Lain-lain ada rasa kelat, pahit dan Amir juga tak faham macam mana lah Kak Mon buat kuih. Seteruk-teruk kuih raya pun sekurang-kurangnya masih boleh ditelan, ini nak kunyah pun seksa. Ibu hanya minum air dan kuih pertama diambil masih di tangan, buat-buat sibuk berborak sampai tak sempat mengunyah.

Ruang tamu Kak Mon penuh dengan barang-barang antik, terutama diperbuat dari tembaga. Ada seterika arang, mesin jahit singer klasik, set minuman teh dan lain-lain. Gambar-gambar keluarga lama memenuhi dinding. Amir merasakan Kak Mon berasal dari keluarga bangsawan melihat akan foto-foto hitam putih lama kerabat keluarga dalam pose yang dia biasa lihat di buku-buku mengenai sejarah.

Setelah Kak Mon mendapat tahu bahawa ibu bercerai dengan abah sebelum berpindah ke situ, Kak Mon agak tak malu nak tahu lebih lanjut tentang perceraian tersebut. Ibu serba salah kerana dia tak suka berkongsi perihal peribadi dengan orang lain, malah Amir sendiri pun pada waktu itu tak tahu kenapa ibu dan abahnya bercerai. Supaya tidak ditanya lebih-lebih, ibu mengubah topik dengan memuji keunikan koleksi barang antik Kak Mon dan bertanya tentang gambar-gambar di dinding.

Kak Mon memberitahu bahawa arwah moyangnya merupakan penasihat kepada Sultan salah satu negeri di utara dan merupakan pengamal ilmu kebatinan. Moyangnya bertanggungjawab dalam melindungi sultan dan kaum kerabat dari ancaman sihir yang didakwa berleluasa pada zaman itu. Sebagai membalas jasa, keturunan Kak Mon ditanggung istana selagi keturunan masih ada dan banyaklah pemberian-pemberian serta kelebihan-kelebihan dikurniakan sultan kepada moyangnya.

Menurut Kak Mon, posisi moyangnya diturunkan dari generasi ke generasi hinggalah arwah atuknya dan selepas itu pemerintah mula mendapat pendidikan Inggeris dan menolak amalan kebatinan. Selepas itu khidmat bomoh ditawarkan kepada orang awam dan antara khidmat popular termasuklah pemakaian susuk, pelaris, seru jodoh, tarik duit dan klien-klien ada dari golongan artis, ahli politik, tokoh korporat, pemain bola sepak dan sesiapa sahaja sanggup membayar pengeras minimum sekitar seribu ringgit.

Ada suara mengerang seperti budak menangis di tingkat atas dan Kak Mon tergesa-gesa meminta diri sebentar. Tak tahu pula ada orang lain di rumah kerana selama ini Amir sangkakan Kak Mon tinggal seorang diri. Tak lama kemudian Kak Mon kembali dan menyambung perbualan tanpa menerangkan siapa di tingkat atas.

Agaknya ibu curious sangat ataupun sengaja nak alihkan topik perbualan dari terus menjurus kepada perceraian, "Siapa kat atas tu Kak?" tanya ibu.

"Oh takde, itu si Pian" jelas Kak Mon macam ibu dan Amir kenal siapa Pian.

"Pian ni anak sedara Kak Mon ke?" jek ibu lagi.

Air muka Kak Mon berubah. Dia mengeluh beberapa kali dan menyedari ketidaksenangan Kak Mon, ibu berkali-kali meminta maaf dan menerangkan bukan niat dia nak busybody.

"Nak tengok Pian tak?" jelas Kak Mon dengan senyuman lebar.

Ibu mengangguk dan Kak Mon kembali ke tingkat atas.

Kak Mon turun sambil mendukung seseorang bertubuh cengkung. Kepalanya botak dan membonjol ke atas manakala kedua mata terjojol kemerahan. Mulutnya memuncung dan sering mengerang. Apa yang aneh, kulit Pian ini berwarna seperti kelabu.

"Ini Pian" kata Kak Mon sambil mengoyang-goyang dukung Pian seperti menenangkan seorang bayi. Cuma Pian bukan seorang bayi tetapi, entahlah.

"Pian sakit ape Kak?" tanya ibu yang jelas kasihan dengan kecacatan dialami Pian.

"Pian tak sakit ape, dari lahir memang macam ni, selalunya ligat je dia berlari kalau dibagi main kat luar. Mengada je ni sebab ada tetamu"

Pelik. Amir tak pernah pula lihat ada budak-budak main kat luar, lebih-lebih budak macam Pian. Walaupun jarang keluar, kalau ada budak-budak main di halaman mesti dia tahu.

"Mana mak ayah si Pian ni Kak?" tanya ibu lagi.

"Pian ni mane ade mak ayah, ni toyol belaan keluarga Kak Mon" balas Kak Mon selamba.

Amir lihat mata ibu terbuntang, tubuhnya kejung.

(Bersambung)
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow..pian..speechless..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 20-1-2021 06:10 PM
Kes 7/2020 - Misteri Kawasan Rumah Sewa (Bahagian II)

Tangan yang terjulu ...

Peh selamba jer ngaku bela toyol..siap ada nama lagi.. mabeles
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 20-1-2021 06:10 PM
Kes 7/2020 - Misteri Kawasan Rumah Sewa (Bahagian II)

Tangan yang terjulu ...

Peh selamba jer ngaku bela toyol..siap ada nama lagi.. mabeles
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Peeghhh...selamba ja kak mon ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2021 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya ampunnnnnnn Dam!!! Tolonglah terbitkan buku. Dah lama sangat tak baca cerita-cerita misteri, hantu paranormal macam ni! Meremang bulu roma
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 12:21 PM | Show all posts
matilanakkk...
kalau aku kat tempat mak amir camane la gaknye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2021 02:23 PM | Show all posts
fairy_fairy replied at 20-1-2021 11:07 PM
Ya ampunnnnnnn Dam!!! Tolonglah terbitkan buku. Dah lama sangat tak baca cerita-cerita misteri, hant ...

ya Damm...

tak puas baca cerita misteri u dalam ni...


Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 02:23 PM | Show all posts
kenapa kak mon selamba sangattt
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Paiya replied at 21-1-2021 02:23 PM
ya Damm...

tak puas baca cerita misteri u dalam ni...

Penulisan Dam ni macam penulisan orang generasi lalu. Bahasa yang tersusun dan baku tapi tetap boleh buat kita yang membaca ni berpeluh.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Cek in tanda hadir...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau aku di tempat Amir pun memang aku akan ingat sampai mampus kejadian ni. Punya steady mengaku bela toyol
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku membayangkan pian ni mcm watak smeagol dalam Lord of the ring lak
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 20-1-2021 06:10 PM
Kes 7/2020 - Misteri Kawasan Rumah Sewa (Bahagian II)

Tangan yang terjulu ...

waahhh dapat tengok toyol in real lifeeee
selamber kak mon oiiii
sambung lagi bradaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 11:35 AM | Show all posts
mak aiii lama pulak amir & maknya beraya umah kak mon, siap beramah mesra sembang panjang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2021 11:53 AM | Show all posts
omaiggoddd selamba je k mon.............
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman ni selamba aja mengaku bela toyol huhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 01:10 PM | Show all posts
selalunya yang bela toyol ni, depa tak mengaku.
hat ni pulak selamba badak je, siap perkenalkan lagi nama Pian
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 20-1-2021 06:10 PM
Kes 7/2020 - Misteri Kawasan Rumah Sewa (Bahagian II)

Tangan yang terjulu ...

Ya Allah lawaknya siap dukung kenalkan kt org wei

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.086770 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list