CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

Kes-Kes Paranormal Dammerung Volume III (Kemaskini 13 April 2021)

    [Copy link]
Post time 29-3-2021 03:23 PM | Show all posts

tak isap darah jadi warna kelabu kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2021 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
TT okay ke? Bila nak sambung ni?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2021 04:11 PM | Show all posts
Aaaaaaaaaaaaaaaaaa nk tau sambungan Baby Pian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2021 04:51 PM | Show all posts
salam semua.

aku tak dapat nak update sebab busy gila Q1 ni.

aku cuba update sambungan by next week.

terima kasih.

-dam
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2021 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Seemoga sihat sentiasa en dam.. xsabar menanti sambungan cerita
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 01:42 PM | Show all posts
ya...tu la hampir terlupa cerita last yg aku baca.
nak scroll balik page 1. hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2021 01:57 PM | Show all posts
JulietTheOrange replied at 15-11-2020 08:39 AM
abis sebelum2 nie org wat banci cemane kat kampung kucing tu?

ntahnya, pelik jugak
sblm ni penduduk2 tu tak rupa kucing ke?

Hafiz tak nak melawat kampung tu semula ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 02:08 PM | Show all posts
dammerung replied at 12-10-2020 05:43 PM
Bahagian III: Gangguan Nenek Kebayan

Kejadian berlaku pada suatu pagi, hujung tahun 1993 ketika W ...

mcm lelaki ni...suka bersiul...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2021 02:51 PM | Show all posts

Apa yang terjadi kepada Jidin selepas tu?
Adakah dia di tangkap atau hilang di dalam hutan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2021 07:45 PM | Show all posts
Misteri KawasanRumah Sewa (Bahagian III)


Hilai tawa Kak Mon bergema satu rumah. Beria betul sampai terhempas duduk ke sofa.

"Adoiii" kata Kak Mon di antara gelak sambil berhati-hati menyapu air mata supaya tidak merosakkan maskara.

"Kak Mon gurau je lah! Takkan lah Pian ni hantu jembalang pulak dah kau ni!" jelas Kak Mon sebelum menyambung ketawa. Ibu keras kejung macam patung, cuma mata berkelip-kelip. Amir menyelitkan tangan ke belakang ibu dan cuba menyedarkannya dengan menggoncang perlahan pinggang ibu.

"Ohh ha haha..." bibir ibu herot-berot kerana senyum paksa.

Pian yang tadi elok perangai mula meronta-ronta. Kak Mon cuba menenangkan, pada mulanya lembut memujuk bertukar garang apabila Pian tidak memberi kerjasama. Sekali lagi Amirdan ibu terkejut apabila Kak Mon selamba melempar Pian. Makhluk itu kemas mendarat dengan kedua tangan dan kaki mencengkam lantai, seperti kucing melompat dari bumbung ke tanah.

Dengan tanpa seurat benang, Amir melihat jelas bonjolan-bonjolan tulang belakang melingkar panjang di belakang Pian. Dengan tempurung kepala bengkak membusut, tiada masalah bagi Pian pantas merangkak ke belakang rumah seperti biawak.

"Pian ni budak cacat. Tapi dia okey" kata Kak Mon ringkas. Mungkin Amir tak tahu tentang jenis-jenis kecacatan manusia tapi dia yakin Pian itu bukan manusia. Setidak-tidaknya tak ada warna kulit orang pucat begitu.

Setahu Amir, orang yang punya kulit sebegitu adalah orang yang dah mati.

Ibu menguis-nguis kaki Amir, isyarat untuk berbuat sesuatu supaya mereka boleh segera tinggalkan rumah Kak Mon. Amir pantas berbisik ke telinga ibu.

"Kak Mon, saye minta diri dulu lah ye, si Amir ni ha nak pergi jamban pulak dia" kata ibu.

"Tak payah,kat rumah Kak Mon je. Tu bilik air kat belakang" balas Kak Mon sambil menunjuk ke belakang rumah yang gelap. Ibu menolak dengan dengan hormat dengan alasan Amir tak biasa buang air besar selain dari rumah sendiri.

"Amboi. Tak sudi nampak!" sindir Kak Mon dengan nada agak keras. Ibu terdiam. Nak tak nak, terpaksalah Amir menggunakan tandas rumah Kak Mon walaupun dia tak terasa langsung untuk membuang.

Biasanya, tuan rumah akan ambil inisiatif hidupkan lampu kalau ada tetamu, tetapi Kak Mon buat tak tahu sahaja. Amir cuba bertanya semula di mana letaknya bilik air tapi Kak Mon hanya menjawab "ada kat belakang tu, pergi je nanti ko jumpalah".

Amir berhenti dihujung koridor yang menghubungkan ruang tamu dengan belakang rumah. Terdapat tangga curam turun ke bahagian bawah. Pada mulanya dikira dapur, tapi bila diamati betul-betul, bahagian belakang rumah Kak Mon adalah kawasan lapang dengan tiang-tiang seri tersusun simetri, mengingatkan Amir kepada ruangan masjid.

Amir menurunitangga dengan perlahan.

Pintu-pintu kayu kepada bilik-bilik tak tahu apa isi dalamnya tersusun di sepanjang dinding.Diingatkan nak masuk bilik air, cuci kaki ke apa kemudian pulang ke ruang tamu semula. Tapi ini bilik air pun entah di mana letaknya. Walaupun dia tahu rumah Kak Mon ini besar, tak tahu pula di dalamnya begitu luas.

Salah satu pintu terkuak. Ada seorang perempuan berbaju kurung dan kain batik lusuh berdiri dimuka pintu. Mata perempuan itu buntang seperti tak ada kelopak mata dan bahagian bawah muka berbalut selendang biru. Dia memanggil-manggil Amir dengan tangan tapi Amir hanya tercegat melihat perempuan misteri itu.

Amir terpaku. Dia merenung mata perempuan misteri yang kelihatan berair-rair. Naluri menyuruh Amir segera meninggalkan kawasan tersebut.

"Cepat betul?" tanya Kak Mon sebaik Amir terpacul di belakang sofa.

Amir tak menjawab.Hanya tersenyum-senyum sumbing melihat ibu.

Seperti mentol menyala di atas kepala, ibu tidak tunggu lama untuk menggunakan situasi tersebut sebaiknya.

"Dah agak dah.Amir ni memang betul tak boleh berak di rumah orang" kata ibu sambil ketawa paksa.

"Bagilah kunci ke anak kau, dia boleh balek sendiri. Kau teman lah Kak Mon borak kejap"

Air muka ibu berubah. Bibirnya dari senyum bertukar mendatar. Tak menjadi taktik. Kunci dihulur perlahan.

Pintu tembaga berdentum tutup sebaik Amir berada di halaman. Dia memerhati rumah Kak Mon. Tak sanggup dia nak jejakkan kaki ke rumah tuan rumah itu lagi. Bila dah tiba di rumah baru lah keseraman terasa. Bulu roma meremang dan satu badan mengigil. Amir cuba melupakan penampakan rumah Kak Mon dengan menonton televisyen. Terdapat siaran program mengajar kanak-kanak membaca Muqaddam.Pertama kali Amir bersungguh ikut mengaji, selama ini tak pernah peduli punrancangan tersebut.

Lebih kurang sejam,ibu pulang ke rumah. Tubuh dihempas ke sofa rotan sambil mengeluh. Termenung lebih kurang, ibu bingkas bangun dan menutup semua tingkap dan pintu.

Amir bertanya tapi ibu tak menjawab. Mereka makan malam awal pada hari itu. Ketika sedang menonton berita, ibu menarik tilam ke ruang tamu.

"Kita tidur kat luar je lah malam ni ye" kata ibu. Amir tak tanya lebih-lebih. Dia tahu ada sesuatu yang tak kena.

Kedua beranak menonton televisyen sehingga lagu Negaraku berkumandang menandakan tamat siaran. Selalunya ibu akan menyuruh Amir masuk tidur sebaik berita Dunia Jam 10 mula disiarkan. Amir masih ingat malam itu ada filem lakonan Badul dan ibu yang suka filem-filem pelakon komedi itu biasanya gemar ketawa kuat-kuat. Tapi ibu hanya mendiamkan diri.

Ibu seperti tersedar apabila Amir mematikan televisyen. Dengan pantas ibu mematikan lampu dan terus masuk bawah selimut.

"Siti...Siti..."suara Kak Mon mengejutkan Amir yang baru nak terlelap.

Apa kejadah Kak Mon datang rumah tengah-tengah malam buta. Amir lihat ibu buat tak tahu dan diatahu ibu masih belum tidur kerana terdengar geseran badan ibu di tilam sebaik Kak Mon memanggil-manggil.

Amir memanggil ibu berkali-kali tetapi tiada jawapan. Bengang dengan Kak Mon tak henti-henti panggil nama ibu di luar pintu, Amir bangkit dari tilam untuk ke pintu. Tangani bu pantas mencengkam buku lali anaknya.

"Tidur! Tidur!" bisik ibu dengan marah. Jarang ibu nak marah-marah, jadi Amir tak cakap banyak dan kembali baring di tilam.

Kak Mon berhenti memanggil ibu. Apa terjadi selepas itu membuatkan Amir tersentak.

"Amir...Amir...Amir" suara ibu menggantikan suara Kak Mon.

Ibu beralih posisi dan kedua beranak berpelukan dalam ketakutan. Mulut ibu berdesas-desus seperti membaca sesuatu. Bila diamati, Amir sedar ibu membaca Al-Fatihah berulang kali.Jika dikenang semula, Amir tak rasa takut tetapi sangat simpati dengan ibu, sedaya-upaya cuba melindungi Amir walaupun diri sendiri takut bagai nak mati.Kalau lah bapanya mempunyai walau sedikit pun rasa tanggungjawab, mungkin mereka tak perlu menyewa di tempat terpencil di halaman rumah Kak Mon.

Kak Mon. Sah anak dara tua itu pembela iblis dan jin ifrit. Perasaan simpati dan marah bercampur baur. Panggilan 'ibu' di luar masih berterusan disulami tangisan ibu yang sedang memeluknya.

Suara terhenti.Bunyi seperti seretan perabut kayu ditolak atas lantai simen mengelilingi rumah. Bunyi terhenti sebentar di setiap tingkap dan sayupan seretan terhenti agak lama di pintu dapur. Permukaan papan pintu dihentak berkali-kali. Perasaan takut mula menyerap jiwa. Kali ini Amir menyertai ibu menangis ketakutan dalam pelukan.

Tak tahu bila tertidur, sedar-sedar dah siang. Bukan siang pagi, tapi siang tengahari. Dua beg besar terdampar di muka pintu. Ibu yang sedang bersiap sibuk keluar masuk bilik.

"Cepat mandi" arah ibu.

"Kita nak pergi mana bu?" tanya Amir.

"Balik kampong" jawab ibu ringkas.

Dipendekkan cerita, ibu dan Amir menunggu bas di tepi jalan besar berhampiran rumah. Terik matahari yang betul-betul tegak di kepala tak diendahkan. Mereka tak sanggup untuk bermalam lagi di rumah setelah apa terjadi pada malam tadi. Hampir tiga jam menunggu bas yang tak kunjung tiba, mereka dengan hampa pulang semula ke rumah.

Sewaktu melewati depan rumah Kak Mon, Amir melirik melihat rumah yang pintu dan tingkap-tingkap sentiasa tertutup rapat. Tak kisahlah langit cerah macam mana pun, persekitaran rumah Kak Mon sentiasa kelihatan suram dan seram.

"Sitiiii..."sayup-sayup suara Kak Mon dari dalam rumahnya. Ibu dan Amir secara automatis berlari tak cukup tanah. Sofa rotan diletak menghadang pintu sebaik masuk ke rumah.

"Sitiii..."suara Kak Mon muncul betul-betul di luar pintu rumah sewa.

"Sitiii ohhh Sitiii..."

"Kak Mon, tolonglah jangan ganggu lagi. Tolonglah Kak Mon" pinta ibu.

"Kauuu dah janji Siti oiii. Kau kena ambik baranggg niii. Kauu dah janjiii" kata Kak Mon dengan irama mendayu-mendayu.

Wajah ibu cembeng dan menangis teresak-esak seperti budak-budak. Dalam hati Amir tertanya-tanya barang apa Kak Mon maksudkan.

"Kau kena jemputt dia masukkk Sitii. Kalau tak dia tungguuu je kat luar ni haaa" jelas Kak Mon lagi.

Sifat ingin tahu Amir membuak-buak. Persetujuan apa yang dua orang ini dah capai sewaktu dia pulang ke rumah? Tanpa menghiraukan perintah ibu, Amir meluru ke dinding dan cuba meninjau dari rekahan.

Samar-samar dia melihat susuk perempuan dewasa berdiri depan rumah. Perempuan itu berpakaian baju kurung lusuh dan separuh wajah dilitupi selendang biru. Nafas Amir tersekat.

Tengkuk dicekak dandi tarik ke belakang hingga terpelanting. Mata ibu merah menyala menahan kemarahan.

"Diam!" jerkah ibu ketika Amir cuba menerangkan bahawa perempuan di luar adalah orang sama dilihat di ruang belakang rumah Kak Mon.

"Siti tak nak Kak Mon. Kak ambil balek. Siti tak nak. Tolonglah Kak Mon. Kalau tak kesian kat saye, tolong kesiankan anak saya Kak" rayu ibu bersungguh-sungguh.

"Kau dah janjjiiiiiii!" suara mendayu-dayu tadi terus bertukar garau dan garang.

"P**tek kau!,P**kimak si*l!" Amir hanya sempat dengar pembuka maki sahaja sebelum ibu menekup rapat telinganya. Bila sampai dah berdegar-degar pintu rumah baru mereka masuk ke bilik.

Tingkap pula berdentum-dentum dan maki hamun bersambung. Dari setakat maki hamun, makin lama makin berbaur ugutan, siap nak kelar leher bagai. Kalau zaman sekarang bolehlah telefon polis pakai handphone, tapi pada masa itu jangan kata telefonrumah, telefon awam pun tak ada.

Segigih mana pun nak sumpah seranah, orang biasa hanya larat sejam dua. Kalau dah tiga jam steady maki hamun, sampai tak ada break minum air, sah-sah bukan orang. Ibu dan Amir pun jika pada mulanya berpelukan, boleh melepak tunggu makhluk di luar berhenti.

Dah dekat subuh, baru senyap. Amir tak sabar nak tunggu matahari terbit. Kedua beranak nekad nak menapak menuju ke pekan. Sebaik sinaran pertama muncul di ufuk, ibu dan Amir meninggalkan rumah. Kali ini tak peduli, lantak lah kalau kena tidur di stesyen bas pun malam nanti. Lebih baik dari tidur di rumah sewa.

Sedang berjalan dilorong kecil menuju ke jalan besar, kedengaran suara garau memanggil nama ibu dari hutan belukar.

"Siti! Siti" Amir lihat ke arah puncak pokok, dimana suara itu datang.

Segerombolan burung tiong bertenggek memenuhi ranting-ranting di puncak pokok.

Amir takkan lupakan bagaimana selepas itu, sahutan burung tiong memanggil nama ibu bergema di kiri dan kanan lorong. Ibu dan Amir berlari, lagi cepat tiba di gigi jalan besar,lagi bagus.

Hari itu mereka bernasib naik. Jalan sibuk dengan kenderaan. Orang dah mula masuk kerja dan pemandangan paling indah dilihat muncul di hujung jalan, bas awam nombor 39.

Amir dan ibu menginap di rumah sepupu ibu di Gombak dan kemudian berpindah ke kampung halaman. Sejak dari itu, ibu sering jatuh sakit, perut membusung dan mengalami beberapa kali episod kerasukan. Amir dah tak terkira berapa puluh kali keluar masuk hospital, berapa ramai pengubat dilawat dan berapa ribu ringgit habis untuk mengubat ibu.

Pada tahun 1994, setelah hampir 5 tahun merana, akhirnya seorang ustazah berjaya mengubati ibu. Waktu itu ibu cuma tinggal kulit dan tulang. Amir masih ingat 4 hari 4 malam ibu melolong kesakitan ketika berubat hingga rumah kampong dah jadi macam sarkis kerana begitu ramai orang kampung datang menyebuk.

Tak ada siapa dibenarkan masuk bilik ketika sesi berubat dijalankan, kecuali ustazah dan nenek.

Ibu kembali pulih selepas itu. Dah mula berselera makan dan kepala yang dulu hampir botak gara-gara rambut ditarik-tarik hingga tercabut, mula lebat semula. Ibu juga mula banyak cakap, cuma jangan tanya pasal apa-apa pun tentang sakitnya. Kalau ditanya, ibu akan naik angin dan mengamuk hingga lempar barang bagai.

Amir lah jadi tempat kaki busybody bertanya akan kejadian dan sampai satu tahap Amir dah jelak nak bercerita kejadian sewaktu tinggal di rumah Kak Mon.  Malah ustazah yang mengubat ibu juga mengunci mulut. Kata ustazah, apa terjadi kepada ibu amat mengaibkan.

Selepas sembuh, ibu tak lagi macam dulu. Ibu tiba-tiba jadi outgoing. Pergi kenduri kahwin di kampong pun melaram macam masuk pertandingan ratu cantik. Ibu juga rajin ke kafe internet di pekan, menghabiskan berpuluh ringgit duit atuk setiap hari main chatting berjam-jam. Boleh dikatakan ibu menyerahkan tanggungjawab membesarkan Amir seratus peratus ke orang tuanya dan mujur Amir seorang yang berdikari.

Pada tahun 1998, ibu umum nak bernikah dengan jejaka yang dikenali menerusi MiRC. Atuk dan nenek tak membantah tapi Amir tahu mereka kecewa dengan keputusan ibu. Acara akad nikah berlangsung ringkas dan tak lama selepas itu ibu meninggalkan Amir untuk memulakan hidup dengan suami baru di Kedah.

Amir kecewa. Sampai hati ibu tinggalkan dia begitu sahaja. Kekecewaannya terhadap ibu sering diluahkan kepada atuk dan nenek. Baginya, ini semua salah atuk dan nenek yang membiarkan ibu berbuat sesuka hati, bukan setakat melupakan anak sendiri malah mereka sekeluarga jadi bahan jenaka orang kampung.

Satu malam ketika Amir sedang menonton televisyen sendirian di ruangan keluarga, nenek datang duduk di sebelah. Tak pernah-pernah nenek datang duduk sebelahnya. Dari riak wajah nenek, Amir tahu ada perkara penting yang hendak diberitahu.

"Amir janganlah marah dengan ibu lagi" kata nenek.

Amir tak menjawab. Menarik muka.

"Ni aku nak cerita apa jadi kat ibu kau..."

(Bersambung)



Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduss..dammerung
...terseksa oo nak menunggu abih cerita..

Apa2 pun tq kerana update cerita

Selamat berpuasa kpda para pembada board mps
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Damn.. Bersambung lg. Tak sabar nk tahu apa jadi kat ibu. Nice write up dam
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 12:32 PM | Show all posts
halaaaa...macam drama korea pulak nak nunggu episod seterusnya
sungguh tragis hidup ini ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 02:22 PM | Show all posts
waduhhh suspen nyaaa...
kena tunggu 2-3 bulan lagi ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
jangan biarkan hidup diselubungi misteri...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 03:35 PM | Show all posts
huhuhu ada sambungan lagik... sabar je dam ni. saja nk kasik luruh jantung ni... aku syak ibu amir ni sebenar dah mati. tu belaan k mon... huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2021 04:18 PM | Show all posts
harap penantian tak terlalu lama hehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoii...suspen ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 13-4-2021 07:45 PM
Misteri KawasanRumah Sewa (Bahagian III)

Hilai tawa Kak Mon bergema satu rumah. Beria betul sampa ...

wooowwww best betul sambungan ni,banyak rahsia kak mon terbongkar & harap bro tak tinggal lama sangat nak sambung lagi hihii
anyway, thank you bro damm! kipidap!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Alaaaaaaaa.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.553319 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list