View: 3233|Reply: 17
|
Kumpulan NAMA Memukau Juri, Mara Ke Final Asia's Got Talent
[Copy link]
|
|
Kumpulan vokal wanita Nama dan pelajar, Yaashwin Sarawanan yang juga dikenali sebagai Manusia Kalkulator bakal mewakili Malaysia ke pertandingan akhir Asia's Got Talent Musim Ketiga apabila masing-masing memberikan persembahan yang memukau pada pertandingan separuh akhir minggu ini.
Kredit foto: Youtube
Memetik berita The Star, seorang ahli kumpulan Nama, Nur Fazrina Mohd Ani, 28 berkata mereka tidak menjangka akan berjaya ke final. Dalam episod separuh akhir yang ditayangkan malam tadi, kumpulan itu manjadi Pilihan Juri dan secara automatik layak ke final atas keputusan juri David Foster, Anggun dan Jay Park.
Anggota kumpulan Nama yang terdiri daripada Nur Fazrina; Noor Syamimi Makhetar, 24; Nor-fazira Malik, 24; and Nur Farahida Dolhadi, 24 mula berkenalan ketika menyertai festival seni di Universiti Malaya lalu menubuhkan kumpuan mereka pada tahun 2017.
Kredit Foto: Youtube
Mereka kini dikatakan gigih berlatih empat hingga lima kali seminggu untuk persembahan akhir bagi merebut wang kemenangan bernilai US$100,000 (RM407,500). Menurut mereka, jika menang mereka akan menggunakan wang itu untuk mengeluarkan sebuah single dan seterusnya album.
Kredit foto: Carian Google
Kemenangan Nama amat manis berikutan banyak komen netizen dalam persembahan mereka semasa peringkat ujibakat. Mereka dikritik kerana dikatakan mempunyai harmoni suara yang tidak mantap dan pakaian yang terlalu kasual 'seperti makcik kantin ke kelas zumba'.
Kredit Foto: The Star
Bagaimanapun, persembahan mereka kali ini memukau ramai.
Kredit foto: Youtube
'Tahniah NAMA... Aku mmg suka yg semi finals banyak improve... Dan pemilihan pakaian lebih kemas cantik style banding ujibakat yg ala2 mcm senam robik haha... Gud luck final nnti perbaiki lagi dan buat lagi baik persembahan nnti... Dh sampai final pun dh cukup membanggakan rakyat Malaysia' kata seorang netized di Youtube.
Seorang lagi berkata beliau merasa menyesal kerana salah menilai kumpulan itu dahulu ketika persembahan ujibakat.
Kredit foto: Youtube
'Wow I totally misjudged them. With a stylist, a good song choice (not great, but better than first auditions) and a changed choreography style they improved so much from their zumba-esque performance. I'm glad Jay & Anggun passed them' kata seorang lagi.
Bagaimanapun, peminat berharap kumpulan Nama akan terus berusaha dan mengambil positif komen David Foster supaya berjaya di peringkat akhir. Tidak ketinggalan, salah seorang ahli kumpulan itu , Nur Farahida Dolhadi mengucapkan terima kasih kepada sokongan peminat mereka di ruangan komen.
Kredit foto: Youtube
Semoga berjaya diucapkan kepada kumpulan NAMA! - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau mng duit nk buat single n kua album. Hmmm bakalan sendu to the max. Sorry NAMA, sejak awal hingga skrg xtau kenapa aku rengsa dgn korang. |
|
|
|
|
|
|
|
Beshe beshe jer..skala menguap 8 |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sedap pun. biasa biasa sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
Suara ok even yg tiding ijo tu dpt pujian dr jay park tu. kena upgrade bab menari tu mmg kelaut la |
|
|
|
|
|
|
|
Baik guna duit tu ke arah lain daripada buat album. Ini Msia dek album uols bakalan sendu dan x laku . De Fam yang super cantik dan pandai menari tu pun sederhana jer populariti di Msia inikan pulak chuols yang berhijab . |
|
|
|
|
|
|
|
Besye besye je..
Tapi sesuatu yang boleh dibanggakan.
Buka senang Malaysia nak pi Final. Aku ingat sorang je wakil malaysia kat Asia Got Talent.
Magician tu... rasa dia lagi okay kot..
Apa -apa pun. iuols ok jee. Janji harum nama Malaysia sudah.
Chaiyokk! NAMA. Leklok bawa 'nama' Malaysia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kekuatan nama kt harmoni..xde grup pompuan kt malaysia yg mcm ni..fokus kat lagu yg sedap ye mcm semi ni..dance xperlu lbh,mcm no body but u dance style pon ok.kqlo xdance pon buat gerakn yg dramatik ikut kerancakn lagu ..xmau girl dance grup,tp terpacak angat tgn je pon xmau...all dbest |
|
|
|
|
|
|
|
Org filipina byk respon bagus kt nama..suka keadaan cm ni nmpk harmoni je |
|
|
|
|
|
|
|
So kampung. menang lah sekalipun tetap hauk. |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah la bg aku bese je.... ak dgr x abis pon persembahan deme sb bingit hehehe.... sorry ler kpda peminat2 NAMA.... |
|
|
|
|
|
|
|
ingat sy je rasa tak outstanding pon nama ni, awkward ada la. dah mcm ala2 minta undi guna modal hijab, kekonon walaupon berhijab kami boleh berjaya. sebenarnya kebanyakn penyanyi kat got talent membosankan, kita nak tgk talents yg unik dan wow, menyanyi dgn menari blh masuk competitions lain ok. |
|
|
|
|
|
|
|
Masih perlu penambah baikan untuk benar2 dapat wow. Tarian ok ler sikit dari peringkat dulu yang ala2 pelek je banyak. Yang pakai tudung hijau tu banyak membantu memanstikan mereka masuk peringkat akhir. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh la.
bagi aku masa semi final performance tu, prop yang dieorang pakai dgn lighting tu kena.
plus lagu dieorang bawak tunjuk something improvement dari audition mula2.
sebab tu boleh pikat juri. |
|
|
|
|
|
|
|
apa yang memukaunye
mcm koir sekolah je |
|
|
|
|
|
|
| |
|