View: 4214|Reply: 7
|
"Kau Tau Barang Kau Keras!," - Zarina Anjoulie Marah Lagi..
[Copy link]
|
|
Pelakon Zarina Anjoulie atau lebih suka dipanggil Anju terkenal dengan sikapnya yang terbuka dalam meluahkan perasaan dan pendapat di media sosial sehingga kerap menimbulkan kontroversi.
Bagaimanapun, semalam Anju telah mendapat sokongan daripada para pengikutnya apabila dia memuat naik video mengatakan perasaan tidak puas hati terhadap pembekal produk Chocojar yang tidak disebut jenamanya.
Menerusi video tersebut, Anju memberitahu yang dia menerima sejumlah wang untuk membuat ulasan produk daripada seorang ejen Chocojar namun telah memulangkan wang tersebut kerana kualiti produk yang kurang memuaskan.
Dia bagaimanapun tidak menyalahkan ejen tersebut sebaliknya mengatakan ianya berpunca daripada pembekal yang tamak, yang tetap mahu menjual produk walaupun sudah tahu kualiti produk tersebut teruk.
"Macam ni punya barang kau kasi agent kau?," marah Anju kepada pembekal tidak bertanggungjawab tersebut.
Posting Anju tersebut mendapat sokongan daripada para pengikutnya yang turut menyelar tindakan pembekal produk yang hanya mahu mengaut keuntungan semata-mata dan tidak mempedulikan kualiti produk.
Kredit foto : Ig Zarina Anjoulie
Ada betul apa yang dikatakan oleh Anju, berniaga kena jujur dan ikhlas. Penulis memang tak pernah minat nak beli Chocojar tu. Sebelum makan kena panaskan dulu. Leceh tau, tak? -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm ni pun nk jadi bahan gosip??????? |
|
|
|
|
|
|
|
Iols.letak.choc cadbury je ..
Sedap
Dedolu nyam nyam dah buat benda ni
Cuma dia asing choc tu dgn puff |
|
|
|
|
|
|
|
Masih pelakon ke dia ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
Penulis, ada je yang tak yah panaskan. Mahal sikit lerr tapi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sampah nye gosip ni.
Siyes la
Byk kali dah aku tegur. Ape2 IG update bukan news worthy semuanya.
Gi tgk IG Kartina Aziz lak. Leh buat gosip lg |
|
|
|
|
|
|
| |
|