View: 3555|Reply: 9
|
Kongsi Petua Hamil Secara Semula Jadi, Sarimah Nasihat Tidak Terburu-Buru Buat I
[Copy link]
|
|
Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan zuriat bagi menyerikan lagi kehidupan rumah tangga. Tetapi tidak semua pasangan dikurniakan zuriat dengan cepat walaupun pelbagai usaha telah dilakukan lebih-lebih lagi ketika usia telah pun melebihi 35 tahun.
Berkongsi pengalaman hamil pada usaha 41 tahun secara semula jadi tanpa bantuan teknologi perubatan terkini, pelakon dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim atau lebih mesra dengan sapaan Sarimah berharap ianya dapat membantu pasangan yang masih lagi belum dikurniakan anak.
Menerusi IG Story, Sarimah mengatakan perkongsiannya itu adalah sebagai menjawab soalan yang kerap ditanyakan kepadanya.
Cara terbaik untuk mengandung terutama selepas usia 35 tahun..
Kredit foto : Ig Sarimah
"Kami (Sarimah dan suami) mencuba secara semulajadi- mengamalkan pemakanan sihat, senaman, membuat pemeriksaan dalaman dengan doktor..," tulis Sarimah sambil mengatakan yang dia dan suami akan mengelak persekitaran yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan seperti asap dan sentiasa berfikiran positif.
Nasihat Sarimah lagi, bagi yang berniat hendak melakukan IVF, tidak perlu tergesa-gesa sekiranya belum lagi mencuba memperbaiki gaya hidup seperti yang dinyatakan olehnya.
Bagaimanapun, Sarimah sempat mengatakan setiap orang mempunyai jalan dan cara yang berbeza dan setiap pasangan pasti akan mendapat apa yang dihajati apabila sudah tiba masanya.
Perkongsian Sarimah itu mendapat reaksi daripada kaum wanita yang rata-rata turut berkongsi pengalaman masing-masing.
kredit foto : Ig Sarimah
Semoga perkongsian Sarimah itu sedikit sebanyak membantu dalam usaha pasangan yang masih lagi belum menimang cahaya mata. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
yg penting we made it naturally..gitu!{:good |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg la sebelum ivf pun specialist akan check sume whats ur problem khen.
Kdg umur da kertu u rasa time is running out mmg ivf iui is the only option la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Even nak attempt ivf pun bkn senang n calang2, as candidate of course la kena match on requirements n paling penting moolah, duit! Memang biasa akan buat rawatan secara gradually, check masing2 laki bini, iui apa segala, last choice ivf la kan insya Allah kalau usaha, dulu i selalu baca blog - my arms are empty ke tak ingat dah, lagi sedih perjalanan dia |
|
|
|
|
|
|
|
Btulla tu..umpama org sakit,cpt sgt nk amek supplemnt itu ini walhal tak cek mkn tu elok ke tak,ada exercise ke,tido cukup ke |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dulu anak pertama lambat dapat, risau sgt... lps dah dapat berderet pulak yg ke2 dan seterusnya. |
|
|
|
|
|
|
|
{:love{:love{:love{:love{:love{:love{:love{:love{:love{:love{:love{:love{:love |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah sarimah. Excited nk dpt baby.
Hope iols dan teman lain pun ada rezeki juga  |
|
|
|
|
|
|
|
de_ikea replied at 4-4-2019 06:42 AM
Tahniah sarimah. Excited nk dpt baby.
Hope iols dan teman lain pun ada rezeki juga
Amin
Moga ada rezeki kita |
|
|
|
|
|
|
| |
|