Pulau Komodo di Indonesia yang terkenal kerana menjadi habitat bagi biawak terbesar di dunia kini bakal ditutup susulan laporan bahawa terdapat penyeludup yang mencuri dan menjual binatang itu, lapor media.
Kredit foto: Carian Google
Penutupan dijangka berkuatkuasa mulai Januari 2020, selama setahun. Menurut sumber Tempo, keputusan itu dibuat berikutan tertangkapnya sembilan orang lelaki yang didakwa mencuri 41 ekor Komodo dan menjualnya ke luar negara dengan harga RM145,000.
Komodo adalah spesis berharga yang dilindungi oleh Kesatuan Perlindungan Alam Antarabangsa. Menurut UNESCO dianggarkan hanya sekitar 5,700 ekor Komodo di dunia, kesemuanya didapati di Komodo National Park, Indonesia yang merangkumi tiga pulau besar, Komodo, Rinca dan Padar dan beberapa pulau kecil lainnya.
Kredit foto: Carian Google
Menurut laporan itu lagi, hanya pulau Komodo yang akan ditutup kepada pelancong, yang selama ini menerima 10,000 pengunjung sebulan. Jurucakap Nusa Tenggara Timur, Marius Jelamu berkata penutupan itu akan memberi peluang kepada pihak Taman untuk mengambil langkah-langkah melindungi haiwan itu termasuk memperbaiki habitat dan memberikan makanan secukupnya.
Kredit foto: Carian Google
Komodo yang boleh membesar sehingga 10 kaki dan seberat 140 kg, sudah lama menjadi sasaran pengumpul binatang eksotik.
Dalam kes tangkapan terkini, haiwan itu dikatakan dijual untuk kegunaan perubatan. Darah Komodo mengandungi antimicronial yang mempunyai potensi antibiotik untuk manusia.
Kredit foto: Carian Google
Bryan Fry, penyelidik di University of Queensland bagaimanapun memberikan amaran bahawa kajian darah Komodo masih lagi di peringkat awal dan tidak selamat untuk digunakan sebagai ubat, dan memerlukan bertahun-tahun lagi untuk pengesahan.
'Ini adalah satu lagi fantasi orang ramai, sama seperti ubat dari tanduk badak yang memusnahkan sepsis itu kerana dikatakan membantu menaikkan syahwat' kata beliau lagi.
Yang nyata, satu lagi spesis binatang baka terancam berikutan kerakusan manusia. -CARI |