View: 2499|Reply: 15
|
Makin Kerap Baling Syiling Sebelum 'Terbang', Tak Serik Ditahan Ke?
[Copy link]
|
|
Semakin kerap masyarakat dari Tanah Besar China mengabaikan aspek keselamatan apabila lebih mengutamakan kepercayaan karut mereka.
Memetik Shanghaiist, seorang pelancong dari China ditahan selepas melempar beberapa keping duit syiling sebelum menaiki pesawat kononnya untuk memohon supaya penerbangan selamat.
Kejadian dilaporkan berlaku pada Selasa lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe.
Tindakannya itu disedari kakitangan lapangan terbang yang kemudian menahan lelaki bernama Xia berusia 31 tahun itu sebelum melakukan pemeriksaan dan menemui tiga keping syiling 1 yuan.
Selepas tertangguh selama 30 minit, pesawat Hainan Airlines berlepas ke Urumqi. Difahamkan, Xia menaiki pesawat itu bersama isteri dan anak perempuan mereka berusia empat bulan, namun hanya dia seorang yang ditahan dan tidak dapat meneruskan percutian mereka di Urumqi.
Xia kemudian mengakui tindakannya itu didorong idea ibunya yang percaya perbuatan melempar syiling akan memastikan penerbangan lancar dan selamat, lapor Chutian Metropolis Daily.
Menurut Xia, dia pada mulanya hanya memiliki sekeping syiling 1 yuan dan merasakan ia tidak mencukupi untuk memastikan penerbangan mereka selamat. Jadi, dia mengunjungi kedai terdekat untuk mendapatkan lebih banyak syiling.
Foto: Shanghaiist
Lelaki itu direman 10 hari dan tidak dapat dikenal pasti sama ada dia akan dikenakan hukuman tambahan atau tidak.
Menurut media tempatan, ia merupakan kejadian keenam dalam masa dua tahun ini dan kejadian seumpama dikatakan semakin kerap berlaku di negara itu. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hihi kesian...kan dah tak dapat bercuti |
|
|
|
|
|
|
|
Tu la.. kan dah kene tangkap. pastu bercuti pon xdapat. |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn disebabkan kepercayaan karut dia seorang,habis orang lain jadi mangsa nahas... |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh!! Nak selamat konon langsung terhempas! |
|
|
|
|
|
|
|
Jenis tak pernah naik flight cam tu ler perangainya |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak mh370 hilang dgn muatan warga china.
Maybe mereka trauma...? |
|
|
|
|
|
|
|
macam2 tabiat dorang nihh |
|
|
|
|
|
|
|
lain kali letak jer lar tabung ayam kat situ, dpt gak tambah modal syarikat penerbangan atas kebodohan mereka2 ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari selamat jadi tak selamat |
|
|
|
|
|
|
|
nape tak tabur duit kertas, lagila selamat
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 7-4-2019 03:16 PM
bezita60 replied at 5-4-2019 05:22 PM
Sejak mh370 hilang dgn muatan warga china.
Maybe mereka trauma...?
Hahaha.,..mungkin mereka perlu mempersiapkan dan menaburkan lebih banyak wang syiling jika naik MAS. .... lebih aman terbang dan selamat hingga tujuan katanya .... |
|
|
|
|
|
|
|
kena buat undang2 ketat lagi ni baru reti bahasa. kena ban dari naik flight utk tempoh 3 tahun, x boleh mendekati lapangan terbangdalam jarak 10 km, denda ribu2, penjara.
Etc, sila sambung. |
|
|
|
|
|
|
| |
|